Sunday, May 17, 2009

Terima kasih cikgu.....

Selamat hari guru saya ucapkan buat guru-guru saya sejak mula saya bersekolah rendah hinggalah saya menamatkan pengajian saya. Bermuala dari Sekolah Kebangsaan Paya Redan, Kemudian Sekolah Menengah Sultan Alauddin dan akhir sekali Sekolah Menengah Tun Perak.
Doa saya semoga semua guru-guru saya dirahmati Allah swt. Terima kasih yang tidak terhingga atas segala ilmu yang dicurahkan kepada saya. Buat teman-teman yang bergelar guru....Mar, Ena, Ma, Wati, Zura... Selamat hari guru.

Thursday, May 14, 2009

Sambal Totok

Sambal totok simple dan sedap. Makan dengan nasi panas-panas, sayur bening bayam, ikan goreng tak pun dengan ikan masin. Mesti berpeluh.

Bahan-bahannya mudah dan murah. Ikan bilis, bawang putih, bawang merah dan cili api. Cili api biasa mak pakai cili yang warna hijau tapi oleh kerana kehabisan stok, cili merah pun sodap.... pernah cuba campur hijau dan merah. lagi sedap. Nak letak banyak mana tu agak-agaklah citarasa sendiri. Kalau tengah hot kat cik abang tu nak letak cili sekilo pun boleh.

Goreng sampailah masak. Kalau suka sambal tu nanti jadinya kering maka gorenglah sampai garing. Saya suka kalau tak garing sangat. Lagi sedap. Dulu abah suka kalau dikukus masa tanak nasi. Letak bahan-bahan dalam mangkuk, agak-agak air nasi dah kering, letak mangkuk atas nasi. Tutup periuk. Nasi masak, angkat mangkuk dan sejukkan. Lepas tu tumbuk. Baik untuk kesihatan. Tak berminyak.

Lepas sejukkan, tumbuk. Tak payah lumat sangat. Tak best. Tumbuk ala-ala je... Kalau malas sangat nak tumbuk letak je kicap sikit. Crot..crot.. kalau letak kicap makan dengan nasi sejuk sedap.....

Dah siap. Apa lagi. Jom lah kita menjamu selera ala kampung. Hai gambar ni tak nak selari le plak ngan kawan-kawan dia kat atas tu.....

Tuesday, May 12, 2009

Nyam...nyam....

Kacang tanah ni memang sedap betul.... ada lada kering, bawang putih, daun kari, ikan bilis. Perasa dia tu yang tak tau apa bendanya. Kalaulah dapat buat........sedapnya


Buttered soft shell crab


Garupa with sweet and sour sauce


Bersempena dengan hari ibu kelmarin, kami makan di Restoran Tasik Indah. Yummy..... sedap..... Nanang jangan jeles eh...

Debar menanti.....

Ramai yang berdebar menanti apakah agaknya kesudahan PPSMI yang isunya belum lagi selesai sejak perlaksanaan penuh PPSMI pada tahun 2007 bagi sekolah menengah dan 2008 untuk sekolah rendah. Bagi yang kurang maklum, dan sekadar berkongsi informasi, perlaksanaan PPSMI adalah bertujuan untuk memastikan penguasaan yang lebih baik para pelajar kita dalam bidang sains dan matematik. Mengapa pula penguasaan para pelajar akan jadi lebih baik dengan PPSMI?Jawapan yang diberikan adalah kerana sebahagian besar daripada sumber-sumber ilmu ini adalah di dalam bahasa Inggeris. PPSMI ini jugalah yang kemudian harinya nanti dikatakan akan dapat melahirkan generasi yang cemerlang Bahasa Inggerisnya.
Janji yang diberikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menilai semula perlaksanaan PPSMI ini diharapkan dapat memberikan satu keputusan yang adil untuk letak duduk darjat Bahasa Melayu itu sendiri. Usah digusarkan akan sumber-sumbernya yang di dalam bahasa inggeris itu kerana rasa-rasanya tidak terbilang dek jari barisan cendikiawan kita yang mampu menterjemah sumber-sumber yang di dalam bahasa Inggeris itu.
Tidak menolak kepentingan bahasa Inggeris, hanya sayangkan bahasa Melayu.......

Sunday, May 10, 2009

dari luqman untuk ibu....

Kad dari Luqman untuk ibu sempena mothers day.... thank you Luqman.......


Saturday, May 9, 2009

Kasihnya ibu




Kasihnya ibu membawa ke syurga
kasihnya saudara masa berada

Berkorban jiwa rela binasa
Berkorban nyawa tanda kasihnya

Berkorban jiwa rela binasa
Berkorban nyawa tanda kasihnya

Kasihnya ayah sanggup kau berpisah
Dan kasih anaknya berkorban ...
(Biarpun) jiwa kan tersiksa

Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan membesarkan
Tiada bahagia bila tiada doa puja restu
Syurga itu ditelapak kaki ibu

---

Selamat hari ibu


Thursday, May 7, 2009

Hari ini dalam sejarah

Masjid Lama Olak Sepam



Mungkin tidak ramai yang menyedari banyak tempat bersejarah kat sekitar kita. Ye la, kisah sejarah ni tak ramai yang berapa nak minat. Masjid ni besar juga lah.... nampak ada sejadah yang dibentang. Rasanya ada juga orang yang singgah sembahyang kat sini sebab depan masjid ni pun tempat kaki pancing turun dan naik dari sungai.

Wednesday, April 29, 2009

Asam gelugur


Kalau nak tau, inilah buah asam gelugur. Buah ni dah masak. Kalau ada sesiapa yang ingin melihat bulan dan bintang, silalah makan. sungguh enak walau dimakan begitu saja.....


Yang ini pulak asam gelugur yang tengah dikeringkan. Abah buat sendiri. Cara buat asam gelugur ni, mula-mula tu hiris nipis-nipis. Lepas tu jemur di tempat panas. Sepit kat ampaian pun boleh. 

Friday, April 24, 2009

Tak jadi gi Langkawi....kesian

Nampaknya terpaksalah bermain air di tepi sungai semeriut aje la ye....  soping kat bukit Gambir pun ok ape. Tak pe. Jangan sedih ye... lain kali boleh pegi.... Kesian. Dah, jangan menangis.
Buat pengubat luka, tengoklah ni gambar pantai yang amat cantik kat Langkawi. Cantik betul kan!

ingat masa susah

Saya masih ingat lagi semasa zaman hidup susah dulu. Masa tu baru kak Maya seorang je yang dah bekerja. Abah pulak lepas accident tak boleh kerja berlasak. Pernah sekali kak Maya hantar duit ke kampung. Nak pergi pekan ambik duit di pejabat pos kena naik bas. Tambang bas ke Pagoh masa tu lima puluh sen je. Tapi sebab dah memang tak ada duit, korek sana sini tak jumpa juga. Paling best siap menyerodok bawah rumah mana tau jumpa duit siling. Tak jumpa jugak. Pilihan terakhir mak suruh pegi rumah mak long pinjam duit. Siap kelentong cakap tak ade duit kecil nak naik bas. Pakai duit besar takut kena marah konduktor bas. Tak tau dalam poket lima sen pun takde.... Mak long dan Pak Long banyak berjasa pada keluarga saya. Itulah tempatnya kami meminta tolong bila keadaan terdesak. terima kasih tak terhingga.

p/s semoga Pak Long cepat sembuh 

Friday, April 17, 2009

trip ke langkawi

Dengar cite akan ke langkawi mak-mak dare kita tu ye.... wah! nak kirim.. nak kirim.. kepada yang tak dapat pegi bersama-sama tu harap-harap sediakanlah tisu bebanyak ye sebab lintas langsung acara bersoping dan makan-makan akan disiarkan melalui tv3 kol lapan malam. Orang ganu pun digosipkan akan turut serta. Dasat....dasat..... takpe...takpe...

Wednesday, April 15, 2009

mengatasi stress

Stres adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin merupa-kan perkara-perkara yang datang dari luar atau mungkin juga datang dari fikiran sendiri .Stres seringkali dianggap sebagai sesuatu perkara yang buruk. Namun sesungguhnya setiap orang memerlukan sedikit tekanan agar mereka memiliki hidup yang lebih baik.

Teknik atasi stress yang sihat, antara lain:

1. Tidur Sejenak

Tidur sejenak selama 30 - 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.

2. Pengurutan

Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda.

3. Mengekspresikan diri secara artistik

Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar akting, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media pereda stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stres.

4. Kerap ketawa

Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres yang ada hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda.

5. Bersikap lembut terhadap diri sendiri

Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus berbicara kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Anda boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui pembicaraan yang positif kepada diri anda sendiri. Malahan pembicaraan tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimiawi tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan relaksasi. Sebaliknya, pembicaraan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan.

Sunday, April 5, 2009

masih ingat lagi......

Masa tu kan, kak ani masih belajar kat MRSM. Cuti sekolah kak ani pun balik kampung. Nak jadi cerita, masa A (bukan nama sebenar) nak keluar dari kerombong, kak ani pun nak masuk. Oleh kerana cuai punya pasal, si A (bukan nama sebenar) pun tutuplah pintu bilik air tu dengan agak kurang bertatasusila. Laaa apa lagi, maka luka dan berdarahlah kaki kak ani mase tu. Semua orang panik. Abang Musa pun jadilah bidan terjun. Agaknye cari ubat tak jumpa, ditaramnya serbuk kopi atas luka dengan harapan darah berhenti mengalir (Abg Musa jgn kecik ati yek...) Yang menjadi misteri ialah, siapakah A (bukan nama sebenar)? Kerana lepas tu, kak ani tak ada ungkit langsung pasal penjenayah tu. Samada tak tau atau buat-buat tak tau, tak tau lah. Orang lain pun tak de sebut apa-apa. Yang pasti Si A (bukan nama sebenar) pun terselamatlah daripada kena marah masa tu.
Siapakah si A (bukan nama sebenar) itu.....