Sunday, April 05, 2009
masih ingat lagi......

Masa tu kan, kak ani masih belajar kat MRSM. Cuti sekolah kak ani pun balik kampung. Nak jadi cerita, masa A (bukan nama sebenar) nak keluar dari kerombong, kak ani pun nak masuk. Oleh kerana cuai punya pasal, si A (bukan nama sebenar) pun tutuplah pintu bilik air tu dengan agak kurang bertatasusila. Laaa apa lagi, maka luka dan berdarahlah kaki kak ani mase tu. Semua orang panik. Abang Musa pun jadilah bidan terjun. Agaknye cari ubat tak jumpa, ditaramnya serbuk kopi atas luka dengan harapan darah berhenti mengalir (Abg Musa jgn kecik ati yek...) Yang menjadi misteri ialah, siapakah A (bukan nama sebenar)? Kerana lepas tu, kak ani tak ada ungkit langsung pasal penjenayah tu. Samada tak tau atau buat-buat tak tau, tak tau lah. Orang lain pun tak de sebut apa-apa. Yang pasti Si A (bukan nama sebenar) pun terselamatlah daripada kena marah masa tu.
Siapakah si A (bukan nama sebenar) itu..... 

related posts:

4 comments:

me, myself & mbek said...

ngeh..ngeh.ngeh...sapa yerk penjenayah itu?...

**dan kak ani dikenali sebagai singa betina waktu tu... kalau tau dia nak balik..semua dah bepeluh... tapi sekarang.. x pernah nampak kak ani marah... heheheheh

lilyto lilo said...

A bkn nme sbena tu 1st commenter ke? hahaha

maznah said...

korang ni kan, bab gossip-gossip ni memang le. Ish... ish... ish...

B said...

down memory lane.......ojo kesandung, wedik kejjedhut.

Blog Widget by LinkWithin