Salam Ramadhan.... Selamat menunaikan ibadah puasa dengan penuh tawadhuk. Dan semoga segala amalan kita memperoleh keberkatan di bulan yang mulia ini, amin.
Tahun ni persiapan untuk hari raya bermula agak lambat dan ala kadar sahaja, insyaallah. Sekadar menghormati pemergian adik ipar suami kembali menemui Pencipta pada 22hb Mei yang lalu kerana kemalangan jalan raya. Luluh hati melihatkan anak-anak arwah seramai 4 orang tidak termasuk seorang lagi di dalam kandungan, menjalani kehidupan tanpa seorang bapa. Ketentuan Illahi. Tiada siapa menyangka apatah lagi menghalang. Al fatihah untuk arwah. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan hambanya yang beriman dan beramal solleh, amin.
Dan hari raya ini tentunya sangat berbeza, tiada teman meronda ke bandar Segamat mencari itu dan ini untuk persiapan hari raya. Tiada lagi teman berceloteh di malam raya tak sedar sampai ke pagi. Tiada lagi markah untuk hidangan yang saya masak. Al fatihah sekali lagi.
0 comments:
Post a Comment