Friday, April 24, 2009
ingat masa susah

Saya masih ingat lagi semasa zaman hidup susah dulu. Masa tu baru kak Maya seorang je yang dah bekerja. Abah pulak lepas accident tak boleh kerja berlasak. Pernah sekali kak Maya hantar duit ke kampung. Nak pergi pekan ambik duit di pejabat pos kena naik bas. Tambang bas ke Pagoh masa tu lima puluh sen je. Tapi sebab dah memang tak ada duit, korek sana sini tak jumpa juga. Paling best siap menyerodok bawah rumah mana tau jumpa duit siling. Tak jumpa jugak. Pilihan terakhir mak suruh pegi rumah mak long pinjam duit. Siap kelentong cakap tak ade duit kecil nak naik bas. Pakai duit besar takut kena marah konduktor bas. Tak tau dalam poket lima sen pun takde.... Mak long dan Pak Long banyak berjasa pada keluarga saya. Itulah tempatnya kami meminta tolong bila keadaan terdesak. terima kasih tak terhingga.


p/s semoga Pak Long cepat sembuh 

related posts:

2 comments:

me, myself & mbek said...

lima puluh sen ke tiga puluh sen???
masih segar lg dlm ingatan....

*GAS memasak abis... jgn sampai citer tu ada org tahu... mati aku nanti... hahahahahhaa

Chemong said...

Masa tu, simply because I refused to accept duit baki yang koyak, I was called a nut....by mom's own cousin. Sayu ati ingat pesan aruah cikgu dollah, kalau kita miskin, semua lari, takut nak mengaku sedara. Yes I agree, mak long ngan pak long memang banyak tolong kita...................mak n abah tak pernah ajar dendam, tapi bila teringat tu, teramat hiba.

Blog Widget by LinkWithin