Tuesday, May 12, 2009
Debar menanti.....

Ramai yang berdebar menanti apakah agaknya kesudahan PPSMI yang isunya belum lagi selesai sejak perlaksanaan penuh PPSMI pada tahun 2007 bagi sekolah menengah dan 2008 untuk sekolah rendah. Bagi yang kurang maklum, dan sekadar berkongsi informasi, perlaksanaan PPSMI adalah bertujuan untuk memastikan penguasaan yang lebih baik para pelajar kita dalam bidang sains dan matematik. Mengapa pula penguasaan para pelajar akan jadi lebih baik dengan PPSMI?Jawapan yang diberikan adalah kerana sebahagian besar daripada sumber-sumber ilmu ini adalah di dalam bahasa Inggeris. PPSMI ini jugalah yang kemudian harinya nanti dikatakan akan dapat melahirkan generasi yang cemerlang Bahasa Inggerisnya.

Janji yang diberikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menilai semula perlaksanaan PPSMI ini diharapkan dapat memberikan satu keputusan yang adil untuk letak duduk darjat Bahasa Melayu itu sendiri. Usah digusarkan akan sumber-sumbernya yang di dalam bahasa inggeris itu kerana rasa-rasanya tidak terbilang dek jari barisan cendikiawan kita yang mampu menterjemah sumber-sumber yang di dalam bahasa Inggeris itu.
Tidak menolak kepentingan bahasa Inggeris, hanya sayangkan bahasa Melayu.......

related posts:

2 comments:

Jawa pndai jawi said...

hidup pak usu.....

Anonymous said...

Kalau batuk, boleh ke minum ubat kudis?

Ambil iktibar kisah singapura dilanda todak. Penyelesaiannya isu ni mudah saja sebenarnya.

Sama-samalah kita lapangkan dada, tajamkan fikiran dan betulkan nawaitu....InsyaAllah!

Blog Widget by LinkWithin