|
||
|
Masih tak habis-habis lagi..... Ini cerita tentang perjalanan pulang ke Shah Alam. Dari rumah kak Maya, perjalanan pulang kami menyusuri pantai. Bayangkanlah sepanjang perjalanan kami asyik pandang kiri sahaja. Kalau boleh tidak mahu terlepas pandang . kalau boleh bawa balik, kami semua dah angkut pantai yang biru itu pulang ke rumah. Indahnya alam ciptaan Tuhan kan. Rumah-rumah kayu di pesisir pantai menambahkan lagi unsr-unsur dramatik. Alangkah bertuahnya kalau saya ada rumah di tepi pantai macam tu......
Kami singgah di Pantai Teluk Bidara. Di sini tidak dibenarkan mandi. Bahaya. Pantainya sungguh-sungguh cantik dan bersih sekali. Pasirnya sangat halus dan putih. Rugi kalau tidak singgah barang sekejap pun. Panas bukan main, tapi kami tak kira. Luqman main air dengan Ika tetapi di gigi air sahaja. Nak pergi lagi jauh ke dalam air takut lah jerlus pulak kan. Kalau nak tahu bagaimana jernihnya air di sini, belek-beleklah gambar-gambar ni......
Kalaulah saya ada rumah di tepi pantai begini, saya akan buatkan bangsal di bawah pokok kelapa tu... lepas tu petang-petang saya buat keropok lekor dan jemur ikan masin kat situ....
wah mengancam tak yang idea ibu ni.......
Luqman kalau nampak pantai memang terus jadi macam ni. Tak sempat buka-bukaan dah terus duduk kat pasir. Tapi tak apa, pasir tu bersih. Duduklah puas-puas....
Di bawah sinar terik mentari... rasa-rasanya suhu ketika itu mencecah 40 degrees celcius. Tetapi, nak bergambar di tepi laut punya pasal, kami redah je sampai terseringai tersengih dibuatnya.
Ni yang dua orang ni sebenarnya tak puas hati sebab tak dapat mandi. Dapat main sikit-sikit pun jadilah. Sejak dari bertolak tadi dah tak sabar-sabar nak singgah di tepi pantai.
Jernih kan airnya...... siapalah yang tidak geram. Kalaulah di Selat Melaka ni airnya jernih sebegini, agaknya setiap minggu kami akan berkampung di tepi pantai. Best sangat....
Terakhir sebelum pulang, kami singgah di Cherating. Nak dijadikan cerita, kereta kami terbenam di dalam pasir. hahaha.... padan muka kami. Masa kami mula-mula sampai, ada kereta tu parking betul-betul di belakang kereta kami. Jadinya bila tidak boleh reverse, encik suami terpaksalah pusing ikut depan. Dan oleh kerana hendak mengelak tiang lampu yang ada di situ, kereta kami pun kedepanlah sedikit. Dan kesudahannya........
Sebenarnya tempat kereta ni terbenam betul-betul di tepi tempat parking. Tetapi disebabkan pasirnya sangat halus dan agak dalam, lalu apa lagi. Terimalah.....
Nasib baik di tepi pantai tu ramai hero-hero idaman Malaya. Sekali Ika senyum je.... berderet-deret yang datang menghulurkan bantuan. Muda-muda belaka....
Tolakkkk bang.... kuat lagi bang..... Terima kasih buat semua yang menolong. Terima kasih yang tidak terhingga. Kalaulah tidak ada orang lain ketika tu.... maunya kami terpaksa panggil abang bomba datang.
Penat menolak kereta, bermandi mandalah kami di Pantai Cherating ini. Maklumlah pertama kali sampai di sini. Adalah unsur-unsur 'J' sedikit. Masing-masing tak sabar nak berendam dalam air. Sempat lagi mencari pelampung untuk Luqman dan Udin.
Udin buat apa tu..... tak boleh jumpa apa benda pun di tepi pantai, mesti Udin ambil lepas tu buat main... tapi bila nampak anak ketam, udin takut.
Udin tak mahu dipegang langsung. Makin lama-makin jauh ke dalam air. Bila ombak datang lagilah Udin suka. Bila terminum air masin Udin lagi suka. Terkekek-kekek dia ketawa.
Ombak di sini agak kuat. Itu yang seronoknya mandi di sini. Luqman dah tak ingat abah dan ibunya. Seronok main ombak dengan kakak Ika. Terjerit-jerit tak ingat dunia dah masing-masing.
Menunggu ombak tiba. Udin tak puas hati tak dapat ke tengah laut. Mana tidaknya, Acik Gee dengan Ika dah ketengah sama-sama dengan abang dia. Sorry la Udin bukan ibu tak nak bawa Udin ke tempat yang dalam sikit. Sebenarnya ibu tak pandai berenang...... kesian kan.
Meriah. Seronok. Abang Zam tak habis-habis menyakat Luqman. Ada-ada saja diusiknya budak Luqman tu. Tapi Luqman enjoy betul masa mandi tu.
Yeahhhhaaaaaa.......
Selamat tinggal Cherating......
selamat tinggal untuk sebuah perjalanan yang sangat indah
related posts:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
wahhhhhhhh akak i like the pantai :)
memang besttttt sangat...... rugi tau tak pergi.
Post a Comment