Bila dah kawen, saya masih terbawa-bawa dengan tabiat pelupa. Masa tu bulan puasa. Nak buat rojak untuk berbuka. Sambil menggoreng tauhu saya baca majalah. Tak sedar kat dapur api dah marak bakar dinding dan bumbung rumah. Dah la tinggal di apartment. Nasib baik tak terbakar rumah orang atas. Masa nak pindah, tak pasal-pasal duit deposit burn sekali.
Masa duduk Kantan Permai, saya ada jiran yang pelupa kategori sama macam saya. Satu hari dia lupa bawak kunci rumah. Terkunci dari luar. Nak masuk ikut pintu belakang kena panjat pagar, dia terpanjat pagar rumah saya. Jiran saya ni pun ceritalah, pernah sekali dia pergi ke rumah kakaknya yang tinggal di apartment. Setelah sampai, oleh kerana dah tak tahan nak buang air kecil dia terus meluru ke bilik air. Bila semuanya selesai, jiran saya ni pun pergilah ke ruang tamu untuk bersalaman. Masa itulah baru dia sedar yang dia sebenarnya tersalah masuk rumah orang lain. Lupa nak tengok nombor rumah.
Terlupa bukan sengaja. Tetapi selalunya terlupa juga boleh menyebabkan bahaya pada diri kita dan orang lain juga. Dan boleh menyusahkan orang lain juga.....
4 comments:
sah pelupa... tu belum tertinggal beg kat kg... etc... terlupa yg dia sebenarnya mengejar abg alim ke KLIA sebab ada hajat... last2 lupa nak sampaikan hajat... wakakakkaa..
lawak la cerita kak maz ni..nak2 yg masuk salah umah tu..x bagi salam la tu..
Selalunya, benda yang kita kuat nak ingatkan tu la kita cepat lupa. Tapi, benda yang kalau bole memang nak lupa terus, yang tu jugak la kita dok teringat.
Paling tak leh lupa.....aruah Mbah Hassan Ahmad terlupa kat mana rumah abah.......sedih betul masa tu. mak kejar ngan basikal sebab mbah dah jalan jauh sangat, terlepas umah.
Tak boleh lupa, masa tingkatan dua pernah beg sekolah jatuh dalam parit masa tunggu bas. Nasib baik tak hanyut jauh. Entah apa apa lah kan.....
Post a Comment