Saturday, February 28, 2009

Nanang




Saya banyak bertanyakan kepada Nanang tentang apa yang ada di dalam hatinya. Tentang rasa yang tak pernah dapat dia luahkan. Dengan Nanang saya lebih berterus terang. Pernah saya bertanya, "Nang, ko pernah tak rasa sedih bila tengok orang lain?" Nanang angguk laju. Tangannya ditepuk-tepuk ke dada. Dia pandang saya dengan linangan air mata. Saya pun menangis sama. Saya tidak menyesal kerana membuatkan Nanang sedih. Bagi saya, itulah caranya saya dapat menolong Nanang melepaskan apa yang terbuku di dalam dada.
Untuk Nanang, akak sayangkan Nanang. Akak tahu Nanang banyak memendam rasa. Banyak perkara yang melukakan hati Nanang. Akak akan simpan setiap cerita itu baik-baik. Yang penting, kami satu keluarga amat menyayangi Nanang. Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup Nanang. Amin.

Banjir besar 2007

Anak duyung ni terlepas kat depan parit rumah mak, dapat tangkap satu.

Ulangtahun yang banjir.....

Rancangan asal untuk meraikan ulang tahun perkahwinan emak dan abah. Kebetulan Hari Raya Aidil Adha. Kami semua adik beradik pun seronoklah dapat berkumpul beramai-ramai. Tiba-tiba hujan turun lebat le pulak..... apa lagi, banjir!!!!!!!!!!!!!!!!! Maka berseronoklah kami berendam dalam air banjir. Yang best tu bukan budak-budak yang seronok, tapi mak dan bapak budak yang lebih-lebih. Budak kecik tak boleh main air banjir, nanti demam..

Dua perempuan yang tak sesuai....


Yang pakai tudung ijau tu nama dia Acik Cha. Tudung coklat tu Acik Gee. Gambar ni masa birthday Abg Mie yang ke 40.

Friday, February 27, 2009

Emak dan Abah

Emak banyak mengajar saya tentang hidup. Tentang menjadi seorang isteri. Tentang menjadi seorang anak. Melihat ke dalam diri emak, saya cukup kagum. Bukan mudah untuk menjadi emak saya. Wanita besi.



Abah selalu pesan, biar kita miskin harta tapi jangan miskin ilmu. Kerana itulah abah bersusah payah sekolahkan kami sebelas orang adik beradik (sepuluh je, kesian nanang tak dapat pergi sekolah... ada nisah, lari le pulak). Terima kasih abah.

Thursday, February 26, 2009

yang pertama....

"Wahai Tuhanku, berikanlah kepadaku iman yang kuat
dan keyakinan yang tidak lagi dipengaruhi kekufuran
dan berikanlah kepadaku rahmat yang dengan dia
aku mencapai kemuliaan dari kemuliaanmu
di dunia dan akhirat"