Friday, October 30, 2009

sedang mengajar anak
menabung di rumah


Luqman sibuk dengan money plan..... saya pun bagilah sokongan. Eloklah tu. kalau tak duit habis kepada perkara yang bukan-bukan. Asyik nak beli mainan je. Bila ada duit sikit pun, langkahnya panjang saja.... sekarang ni apa juga yang nak dibeli saya akan pastikan Luqman kumpul dahulu duit sampai cukup. Sertelah cukup. barulah boleh beli apa yang diinginkan. Kalau dah tak cukup sangat baru abah tambah.

Nampak agak kejam kan. Tapi saya semakin sedar, saya harus mendidik anak-anak saya dari sekarang. Supaya mereka akan lebih bersifat menghargai apa jua yang mereka miliki. Dan yang lebih penting saya mahukan anak saya lebih berdikari serta bijak menyelesaikan masalah. Maklumlah, tak lama lagi Luqman dah nak masuk darjah satu.

Tapi gambar yang di atas tu bukanlah duit Luqman ye...itu duit acik Nanang. Takut la nanti kena saman pulak dengan acik Nanang. kena masuk court la pulak!




Wednesday, October 28, 2009

Pesanan Imam Ghazali
Sekadar buat renungan kita bersama
terima kasih buat teman kerana sudi berkongsi ilmu yang amat berguna ini...yang baik kita uar-uarkan....

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI.
Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati
( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah
HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179).
Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah
MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya
berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka
kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun
Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan
sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT.
Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali : itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA!
Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri...


Thursday, October 15, 2009


Menu selepas raya.....


Lepas-lepas raya ni, nak masak pun tak berapa rajin kan..... selera pun bercelaru ..... rasa macam nak makan sesuatu tapi apa dia ya....... dan akhirnya atas persetujuan bersama, kami pun pergilah menjala di kedai baru buka dekat dengan rumah. Dapatlah cik udang dan cik sotong. Jadilah kan.....




Proses pembakaran pun bermula.....




Nak cuba datanglah rumah....jangan malu-malu




Jagung yang sangat manis dan juicy sekali. Jagung ni kami tak bakar. Steam saja. Tak dipotong-potong sebab tersangatlah rajinnya. Bila sudah masak sapukan dengan butter dan taburkan sedikit garam... emmmm..... yummy....


Tuesday, October 13, 2009

Door gift - Armalia Enterprise


Hari Jumaat, saudara Azmi Mahat dari ACW telefon untuk door gift. Ada open house di rumah YB Datuk Rosnah, Timbalan Menteri Kesihatan. Antara dua hati....nak terima ke tak nak terima...400 banyak tu. 395 units untuk VIP dan 5 lagi untuk VVIP. Kalau untuk kerja kawin tu tak apa lagi. Open house tu hari Isnin. Alamak 2 hari je. Mana nak cari barang lagi...nak siapkan lagi.... waduh. Tapi saya nekad terima saja.... dan akhirnya ramai yang menjadi mangsa .... ya ampun.....

Langkah pertama saya telefon babyblu...partner paling sporting dalam dunia....macam biasalah kami keluar untuk cari gift VVIP dulu. Itu yang paling penting. Terima kasih Ame untuk idea keris tu...cantik ... lepas mintak tolong zetty untuk siapkan beberapa perkara lagi. Hari Sabtu pulak ayun dan ila temankan cari barang dan order cup cake. Petang pergi SSF beli segala macam keperluan lain. Ahad, ambil cup cake dan nak ambil bekas cup cake. Laa....barang pulak tak cukup. Maknanya sehari dihabiskan untuk mencukupkan bekas cup cake.

Ingatkan nak tukar bekas, tapi masalahnya nanti sama saja, nak dapatkan 400 unit dalam satu masa. Akhirnya plan asal diteruskan juga. Dan inilah hasilnya........







Inilah bekas cup cake yang cukup kontroversi. Punyalah susah nak dapatkan benda alah ni dalam kuantiti yang banyak. Tapi Alhamdulillah akhirnya Allah permudahkan juga. Jadilah akhirnya gift untuk VIP. Legaaaa..... Cuma cemas dalam hati samada pihak yang di sana suka atau tidak...dag...dig...dug





Ini pula gift untuk VVIP. Dalam keadaan yang agak blur, inilah yang terhasil. Terima kasih semua... Imas, chemong, kak cha dan semua yang memberi sokongan.





Kepada yang banyak membantu.... luv u all sangat-sangat.....
Juga buat Kak Rock dan Wan Intan dari AWC yang sangat penyabar dan baik hati.

Wednesday, October 7, 2009

cerita arwah embah Hassan Ahmad dan pencuri kambing

Abah banyak bercerita tentang arwah embah lanang (panggilan kami untuk arwah atuk lelaki). Arwah embah lanang lahir pada tahun 1898 dan meninggal dunia pada tahun1976, pada usia 88 tahun. Alfatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong dikalangan orang-orang yang beriman. Amin

Saya tidak berkesempatan berjumpa dengan arwah. Abah, emak, kakak-kakak saya dan abang-abang saya selalu bercerita tentang arwah embah. Tentang betapa baiknya arwah embah lanang. Karektor arwah selalu dikaitkan dengan watak Anjang Aki.

Ada satu kisah, walaupun kecil dan simple tetapi amat bekesan sebangai panduan buat saya. Ketika itu zaman Jepun. Keadaan ekonomi sangat teruk. Semua orang pun hidup dalam kesusahan.

Arwah embah lanang ada mengusahakan sedikit sawah padi. Ada dua sebab mengapa arwah memikul padi pulang ke rumah pada waktu malam. Sebab pertama kerana bimbang dilihat oleh tentera jepun. Sebab kedua tidak mahu dilihat oleh penduduk kampung. Maklumlah, berasnya cuma sedikit. Hendak dibahagikan sesama mereka tentunya tidak mencukupi. Kerana tidak sampai hati, arwah embah pun memikullah beras di malam hari.

Sesampainya di rumah, arwah mmendapati kandang kambing milik arwah terang. Bila arwah menghendap, didapati ada pencuri sedang melapah kambing. "Empun setonnggel mawon" Arwah berkata dalam bahasa Jawa halus. Maksudnya "cukuplah, seekor sahaja". Mungkin kerana terkejut ataupun malu, pencuri tersebut tergesa-gesa hendak melarikan diri. Arwah menahan..... "bawak dagingnya sekali, bawak.... makan-makan....saya ikhlas...."

Abah pula...mungkin mewarisi sikap dan sifat arwah embah - pernah suatu ketika abah mendapati pisang di kebun abah selalu sahaja dicuri orang. Satu hari abah menghendap nak tahu siapakah gerangan pencuri tersebut. Ketika itu abah ternampak orang asli sedang mencuri pisang. Abah biarkan sahaja sehingga mereka habis mencuri. Kata abah, "biarlah, cuma pisang aje... nanti kalau ternampak abah dia segan pulak..."

Kami anak-anak belum ada yang mewarisi sifat arwah embah lanang dan abah. Semuanya umpama sarang tabuan, tak boleh diusik pasti akan menyengat balik. Satu nasihat abah yang selalu saya pegang, biarlah orang buat kita, kita jangan balas balik sebab itu kerja Tuhan....


Thursday, October 1, 2009


Terima kasih Luqman......

Balik dari sekolah tadi, Luqman bersungguh sungguh mencari saya. "ibu....ini lagu untuk ibu....." Sekeping kertas putih, ada lirik lagu Airmata Ibu. lagu Siti Nurhaliza. "Teacher yang bagi......" katanya. Tak sabar, luqman terus ke komputer mencari di YouTube. Bila dah jumpa clip video lagu tu, tak habis-habis Luqman memanggil saya duduk disebelah.....


Apakah sebenarnya
Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu

Ucapkanlah padaku
Tak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu

Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu

Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakanku
Hanya bisa ditangguing oleh hati ibu

Namun kupercaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus

Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda...
Duhai ibu

Sayang sekali saya tidak pernah menonton cerita tersebut. Akan saya download...... Nampak macam cerita sedih je. Saya ni kan ratu air mata.....jadi kenalah sediakan sekotak tisu sebagai persediaan.




Sedap lagu ni..... terima kasih Luqman.