Saturday, December 31, 2011
Selamat datang 2012
Esok, 1 Januari 2012. Meninggalkan 2011 dengan doa dan harapan untuk menjadi lebih matang dan paling penting menjadi insan yang lebih bertanggungjawab terhadap Yang Esa, suami, anak-anak, ibubapa, abang-abang, kakak-kakak, adik-adik dan seluruh keluarga saya. Lebih menghargai setiap insan yang sentiasa berada di sisi saya..... yang selama ini sangat menyayangi saya seadanya saya. Buat keluarga dan teman-teman yang sangat memahami dan mengambil berat, tiada yang lebih bermakna dari ucapan segunung terima kasih. Semoga Allah swt memberkati hidup kita semua dengan keredhaanNya, amin.
Friday, December 30, 2011
Alhamdulillah, ibu mertua saya selamat menjalani pembedahan semalam. Dengan faktor usia dan beberapa perkara lain sebagaimana yang dijelaskan oleh doktor sebelum ini, bohong kalau saya katakan kami sekeluarga tidak merasa bimbang dan gusar. Selain doa, hanya sokongan moral yang dapat kami berikan kepada emak. Pembedahan mengambil masa lebih kurang dua jam setengah, dan sepanjang tempoh itu kami tidak senang duduk. Sekejap duduk, sekejap berdiri, sekejap lagi berjalan tetapi kaki tak tahu hendak kemana.....
Syukur, prosedur pembedahan berjalan lancar. Emak dibenarkan pulang ke wad, dengan dua tiub disalurkan dari tempat pembedahan kepada dua beg plastik yang digantungkan di sisi katil. Menurut doktor, ianya untuk memgalirkan darah agar tidak menjadi beku di situ. Apabila darah yang mengalir itu bertukar kepada warna putih jernih, biasanya dalam tempoh empat hingga lima hari, tiub itu boleh ditanggalkan.
Buat masa ini emak masih dibawah pengawasan doktor. Selepas ini emak perlu menjalani sessi fisioterapi sebelum dibenarkan pulang agar tangan kiri emak dapat berfungsi dengan baik. Kemudian dari itu, emak akan menjalani rawatan radioterapi pula..... semoga emak cepat sembuh, amin.
Thursday, December 22, 2011
Majlis Pertunangan Kak Long
Jadi tunangan orang sudah anak dara comel ni..... tahniah Kak Long. Sekarang ni berdebar-debar menunggu hari bersejarah pula, Insyaallah. Semoga segala impian menjadi kenyataan. Macam biasa, saya diamanahkan untuk membuat hantaran.
Kak Long aka Lily. Pertama kali saya lihat Kak Long berlipstick. Ngeeee... cantik anak sedara saya ni. Tahniah Kak Long. Muahhhhhh......
Hantaran dan iringan untuk pihak lelaki. Tujuh dulang berbalas sembilan dulang dari pihak kami. Selebihnya iringan untuk dijadikan buah tangan sepulangan dari Terengganu setelah berjalan jauh nun dari utara tanahair, tanah kelahiran Raja Nazrin.
Saya masih ingat lagi, masa tu anak saudara saya ni masih di kolej matrikulasi. Dengan gatalnya dia bagitahu saya "Acik, kak Long kawin nanti Acik buat hantaran Kak Long ye...." wahhhh tak padan baru 18 tahun dah very the verangan...... Dan bila nak bertunang tempohari, mek comel ni minta saya buatkan tema ala-ala lovely lace. Ok.... saya pun buatlah sikit-sikit sama, nanti kalau sebijik serupa kena saman pulak kan! Siapa nak menjawab?
Serba sedikit gambar hantaran yang saya buat. Nanti saya akan upload di blog Armalia gambar-gambar yang lebih jelas. Agak sibuk, tak sempat-sempat lagi untuk upload gambar-gambar yang lain (sebenarnya encik suami tak copykan lagi gambar-gambar tu...)
Sekarang ni pula saya sedang sibuk menggentel bunga telur untuk majlis perkahwinan yang dijadualkan akan berlangsung pada awal February nanti. Konon-konon nak buat bunga dip. Tapi macam biasalah, kalau kerjatangan saya ni, macamnya tak menjadi aja....... Kita tunggu nanti hasilnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)








