Wednesday, July 28, 2010

Di majlis pertunangan Iwan

25 Julai baru-baru ni anak abang saya, Iwan bertunang. kami berkumpul di rumah abang di Semenyih dan bertolak ke Cheras sebelum Zohor. Selesai solat Zohor di Masjid Azzubair Abnul Awwam, kami terus ke destinasi dituju. Namanya majlis bertunang. Tetapi kami sekeluarga yang pergi amboi mak........ berbondong-bondong tak sedar diri. Punyalah ramai. 

Abah baca doa selamat sebelum berangkat


Bapa pengantin


Ibu pengantin


Pinangan sudah diterima.....alhamdulillah

Suka...suka.... dapat cincin

sempat lagi lah mak-mak orang ni.....


yang ni semua menunggu giliran......

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak tuan rumah yang sudi menerima kedatangan kami yang ramai ni....... ni baru bertunang. Kalau majlis perkahwinan nanti tak tahulah macamana gegak gempitanya wakil dari pihak lelaki...... harus ada FRU


Monday, July 19, 2010

Kesian....Luqman demam




Kesian Luqman. Dua minggu lepas Luqman dah demam. Seminggu tak ke sekolah. Bila dah sembuh..... sempat ke sekolah seminggu, lepas tu demam balik. Selsema dan batuk sekali. Hari ni cuti lagi. Harap-harap esok Luqman sihat. Dapatlah ke sekolah macam biasa..... Cepat sembuh ya Luqman. Ibu sayang Luqman......



Monday, July 12, 2010

Kenduri Umar dan Aqeel

Hari Ahad ada kenduri potong jambul anak Abang Halim dan Kak Ash, Umar serta anak Ayun dan Fardahila, Aqeel di rumah emak dan abah kat Paya Redan, Pagoh. Saya sampai lambat.... jam dua belas baru sampai...... Maaflah ye. Tak dapat nak tolong masak. Dari Melaka, kami terus balik Pagoh. Apa lagi menyinsing lenganlah saya.... bukan menyinsing lengan menolong buat kerja, tapi hahahaaaa...... makan!!!! Apa-apa hal pun makan mesti diutamakan.

Antara tetamu yang hadir.


Majlis tahlil sedang berlangsung. 


Selawat Nabi

Umar


Aqeel


Goodie bags. Ada surah Yaasin dan sedikit kuih muih.


Dalam plastik hijau ni ada nasi putih, serunding, ayam masak kicap, sambal goreng jawa dan mee. 
Itulah adat kami di kampung. 

Majlis bersurai. Semua tetamu pulang.


Kak Cha ni isi untuk diri sendiri ke untuk tetamu?


makcik.... isi air dalam jug pun nak posing lagi yer......

Mak n the gang. Peace!.....

pari-pari mak.... berhempas pulas menjayakan kenduri 
Umar dan Aqeel.
Terima kasih  daun keladi....


Sunday, July 11, 2010

Selepas banjir

Selepas banjir yang agak besar melanda kampung Paya Redan baru-baru ini, nampaknya sungai kecil (kami panggil parit) di depan rumah emak dan abah saya telah dikorek semula. Lebih bersih dan agak luas. Hendaknya jika berlaku hujan lebat selepas ini, air yang berlebihan akan mengalir terus ke hilir. Tidaklah air dari bukit di belakang rumah tu melimpah ke rumah emak dan abah......

ketika banjir

air telah surut

parit yang baru dibersihkan




Saturday, July 10, 2010

Bila keluarga berkumpul.....

Weekend baru-baru ni kami sekeluarga sempat berkumpul ramai-ramai di AFamosa Resort. Sekadar meluangkan masa bersama-sama, bagi peluang anak-anak semua bergembira dengan sepupu semua. Pak Cu aje yang tak dapat ikut sama. Kesian Pak Cu..... Tak apalah. Lain kali kita pergi lagi ye..... Pagi Sabtu, kami semua bertolak dari rumah masing-masing dan jumpa di sana. Kak Ina dan Abang Ani ambil mak dan abah di Kemelah. 

masa main lari-lari Udin jatuh tangan luka.... menangis-nangis la si Udin....

Sempat lagi main bola..... asal saja jumpa tempat lapang.

Kata Pak Anep....kawat cam. kita tengok siapa yang kena.....

........................................


Lepas saja check in, apa lagii..... hero-hero tu pun terjunlah ke dalam swimming pool. Mana tidaknya, swimming pool tu betul-betul di depan rumah. Sekejap-sekejap nak mandi....sekejap lagi nak mandi....


Udin dah tak sabar-sabar nak terjun dalam air. Tak sempat-sempat nak masuk rumah.

Drama aje yang lebih.... tak terjun pun. Penat pak anep tunggu.

Jurulatih renang kita.....pak anep

Seronoknya dia......

Udin asyik menyentil dekat Pak Anep dia aje.....

Ratu renang Bandar Mahkota

........................................

Lepas mandi petang tu, kami ber bbq sikit. Sebenarnya rancangan asal nak buat bbq malam. Tetapi oleh kerana perut pun dah lapar lepas main air... bakarlah ayam sedikit. Selebihnya sambung malam.....

Abang Lany dengan seksinya membakar ayam..... 

Hahaha.... lapar ye..... itulah mandi tak ingat dunia... Luqman dan Sufi.

Baju hitam tu Alin, baju hijau Fiqah, baju hijau lagi seorang tu Amir dan yang baju biru tu acik Ima. 
Makan jangan tak makan.....

.............................................

Petang tu main bola.... tak kira lelaki ke perempuan ke..... kanak-kanak ke mak budak ke.... semua turun padang. Seronok. Tengah leka main, Abang Ya datang "Maznah!!!!! main bola??? ishhh, jatuh laa nanti. "  Alamak....takut....... kakakah


Amir dengan Fiqah.

Jatuh.... sedap??????

goallllll.........

Udin tak mahu ketinggalan. Tapi Udin main ngelat..... dia golkan kat tempat lain.

Aksi world cup dari Fiqah.... cayalah. Jom futsal.

..........................................

Petang tu lepas penat main bola, sambung mandi lagi...... Memang itu sajalah pun kerjanya. Dah tak berjalan ke mana-mana asyik melayan anak-anak mandi. 

chooo....chooo... tepi....tepi... keretapi nak lalu

Luqman.... ni mandi ke berkubang.....

Udin nak mandi tapi takut.... 

Ajak naik tak mahu la pulak!

Lepas mandi, baca buku.....

............................................

Malam..... sambung bbq. Steamboat pun ada. Simple je. Tapi seronok dan kenyanggggg..... Sambil ber bbq dan bersteamboat,  haaaaa...... giliran orang-orang tua pula berendam. 

bbq...

steamboat....

Pak anep ni rasanya macam tak keluar-keluar dari swimming pool.....

Alin.... mana acik Ima ni?

.............................................

Ahad, sebelum balik.... sempat lagi mandi. Tak habis-habis main air. Mandi.... mandi.... dan mandi..... 

semua seronok..... 

Inilah wajah-wajah lifeguard kami..... bravo.....

Abang lany menjampi apalah agaknya tu.....

1....2....3....go.... yeay! Luqman menang...

Wah.... dasyatlah kakak Fiqah.....magic tu.....


Ini sessi terakhir mandi-manda @ berkubang sepanjang kami di Melaka. Lepas mandi ni kami terus balik ke Pagoh sebab ada kenduri. Agaknya mesti yang lain-lain tu pergi jalan-jalan kan......