Showing posts with label Johor Darul Takzim. Show all posts
Showing posts with label Johor Darul Takzim. Show all posts

Wednesday, September 16, 2009



Budaya berhari raya di Johor
Marhaban





Di negeri Johor (saya kira di negeri lain juga ada ), aktiviti marhaban dari rumah ke rumah pada malam ataupun pagi aidilfitri adalah satu kemestian. kumpulan marhaban ini akan bergerak dari sebuah rumah ke sebuah rumah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW beramai-ramai. Ada kumpulan yang disertai oleh kaum lelaki, kaum wanita dan juga kanak-kanak sekolah.

Selain daripada dapat mengeratkan tali silaturahim di antara penduduk kampung, ia juga memberi peluang untuk bersedekah. Derma yang disumbangkan oleh tuan rumah kepada kumpulan marhaban ini akan digunakan untuk kerja-kerja kebajikan dan pengurusan jawatankuasa kampung ataupun masjid.

Tuan rumah biasanya akan menyediakan sedikit jamuan ringan kepada ahli kumpulan marhaban ini. Ketika inilah kemeriahan dapat dirasai kerana inilah ketikanya anak-anak kampung yang merantau pulang kekampung dan peluang ini digunakan untuk bertemu kembali dengan sanak saudara dan rakan taulan.

Walaupun di sesetengah tempat aktiviti ini semakin berkubur, namun di kampung saya ianya terus disuburkan. Malah kanak-kanak telah diasuh dari sekolah rendah lagi untuk menyertai program marhaban anjuran pihak sekolah. Pendedahan ini dikira sangat penting sebagai kesinambungan budaya melayu yang semakin hari semakin hilang ini.

Tuesday, September 1, 2009

Rempah - Bandar Maharani




Saya meninjau-ninjau kedai menjual rempah di Bandar Maharani. Mencari rempah beriani. Ramai yang kata rempah beriani di Bandar Maharani sedap-sedap belaka. Saya ke kedai menjual rempah di jalan utama berhadapan dengan steysen bas Muar. Kedai M.R.S. Kasia Pillai. Ada banyak pilihan rempah di sini. Pilih saja mana yang anda suka.

Niat di hati hendak mencari rempah beriani paling sedap di bandar Maharani, di kedai runcit Hj Senan. Tapi sedikit kurang bernasib baik, yang tinggal hanya kedai yang hampir runtuh. Kurang pasti saya ke mana agaknya kedai ini berpindah. Dari jauh seperti ada kesan terbakar di bahagian dalam kedai. Mungkin juga rosak kerana terlalu lama terbiar..

Inilah kedai Runcit Hj Senan yang lama terbiar


Friday, August 7, 2009

Kolam air panas

Rupa-rupanya ada kolam air panas dekat Labis, Segamat ni.... Air panasnya memang semulajadi. Rugi kalau tak cuba. Baik untuk kesihatan. Yang peliknya, ada yang berenang, berendam macam mandi dalam kolam biasa.... ada yang siap tadahkan badan dekat paip air panas yang airnya memang tersangatlah panas...tolonglah...

Dari sinilah asalnya air kolam yang panas tu. Tapi kita tak bolehlah nak mandi berendam dalam kolam ni. Airnya agak kotor tempatnya juga kurang selamat, terutama untuk kanak-kanak.

Air dari kolam disalurkan ke dalam kolam khas untuk ditapis kasi bersih. Kemudian air yang sudah bersih di masukkan ke dalam kolam mandi.

Inilah air kolam yang kita boleh buat telur separuh masak..... panas wooooo..... Mula-mula rasa dengan tangan, ok la. suam macam nak buat susu Udin je. Relax la. Sekali masukkan kaki....tu dia.... makkkkkkk

Ada bebarapa bahagian supaya mudah orang nak mandi ramai-ramai...

Masa ni orang tak ramai lagi. Agaknya sebab waktu tu hari bekerja. Tapi bila petang je....menderu-deru orang ramai datang nak berendam.....
Panas.... tapi sedap...

Wednesday, July 29, 2009

Lagi tentang Johor...yang terindah itu keroncong


Di negeri Johor, irama keroncong berada pada arasnya yang tersendiri. Di bawah naungan Yayasan Warisan Johor, irama keroncong terus bertahan sehingga ke hari ini. Malah ramai golongan muda yang mampu menyampaikan lagu-lagu keroncong dengan baik sekali. Pertandingan nyanyian lagu keroncong dilihat sebagai penyuntik kepada minat untuk generasi baru terus menghayati irama ini.


Keroncong Untuk Ana

Irama keroncong berasal dari negara Indonesia. Ia telah melalui satu transformasi di mana muziknya telah disatukan dengan muzik Melayu. Secara asasnya, alat muzik yang digunakan dalam memainkan irama keroncong adalah biola ,gitar, flute, cello, cuk(ukulele), cak (tenor banjo), dan double-bass.




Tuesday, June 30, 2009

Tanjung Puteri


Marilah orang Johor kita pakat dengar lagu ni. Tak cukup Johor kalau tak tahu nyanyi lagu Tanjung Puteri....





Monday, June 22, 2009

Tanjung Piai






Paling istimewa mengenai Tanjung Piai adalah, di sini penghujung benua Asia. Di sini jugalah terdapatnya hutan paya bakau yang terbesar di dunia. Berbagai spesis burung dan hidupan paya bakau di sini seperti ketam nipah, ikan tembakul dan kera pemangsa ketam. Tanjung Piai merupakan kawasan semulajadi yang dilindungi. Tanjung Piai terletak di Mukim Serkat, lebih kurang 90km perjalanan dari Bandaraya Johor Baharu. Terdapat restoran makanan laut yang dibina di atas jeti kayu. Memberi peluang kepada para pengunjung menikmati keindahan alam sekitar yang belum tercemar.



Wednesday, June 17, 2009

Puteri Gunung Ledang

Di dalam buku Sulalatus Al-Salatin (Sejarah Melayu) karya Tun Sri Lanang, diceritakan mengenai seorang Puteri yang tinggal di kemuncak Gunung Ledang. Puteri Gunung Ledang dikatakan amat cantik berasal dari kerajaan Majapahit.
Terpikat dengan kecantikan puteri tersebut, sultan Melaka ketika itu iaitu Sultan Mahmud telah mengarahkan Tun Mamat, Laksamana dan Sang Setia serta rombongan untuk meminang puteri Gunung Ledang. Tun Mamat akhirnya sampai ke sebuah taman yang indah dipenuhi dengan bunga-bungaan dan burung yang berkicauan. Kemudiannya beliau berjumpa dengan seorang nenek kebayan yang merupakan dayang kepada Puteri Gunung Ledang bernama Dayang Rani.
Puteri Gunung Ledang telah mengenakan tujuh syarat sekiranya Sultan Mahmud ingin memperisterikannya. Syarat-syarat tersebut adalah ;
  • 7 dulang hati nyamuk.
  • 7 dulang hati kuman
  • 1 jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang.
  • 1 jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang.
  • 7 tempayan air mata anak dara.
  • 7 tempayan air pinang muda.
  • 1 mangkuk darah Sultan Ahmad, iaitu anak Sultan Mahmud Shah.
Tun Mamat mempersembahkan syarat-syarat tersebut kepada Sultan. Sultan Mahmud bersetuju dengn semua syarat tersebut kecuali berkenaan darah anaknya, Sultan Ahmad.



Tuesday, June 16, 2009

Istimewanya Johor

Seni dan Budaya

Zapin


Tarian Zapin merupakan tarian rakyat tradisional Johor. Ia dikatakan dibawa oleh para pedagang Arab pada kurun ke 14. Tarian Zapin ditarikan secara berpasangan dan berkumpulan. Muzik yang mengiringi tarian ini biasanya muzik yang rancak tetapi diiringi gerak tari yang sopan dan bertenaga. Tarian ini diiringi oleh alat muzik seperti gendangn, gambus, marakas dan rebana.Sehingga kini tarian Zapin masih lagi masyhur di negeri Johor.

Kuda Kepang


Kuda Kepang merupakan tarian ataupun permainan rakyat yang berasal dari Tanah Jawa. Ia biasanya dipersembahkan ketika majlis-majlis keraian ataupun perkahwinan. Peralatan muzik yang digunakan adalah gendang yang diperbuat daripada kayu leban dan kulit lembu, gong, angklung yang diperbuat daripada buluh dan rotan. Kuda yang digunakan semasa tarian diperbuat daripada kulit lembu.
Setiap persembahan dijayakan oleh 25 orang penari. 9 orang penari dan 5 orang pemain muzik. Bomoh pemulih seramai 2 orang dan selebihnya adalah penjaga kawasan.

Ghazal


Ghazal adalah muzik tradisional Johor. Peralatan muzik ghazal terdiri daripada harmonium, biola, gambus, tabla, tamborin, marakas dan violin. Keistimewaan ghazal adalah apabila ia bukan sahaja mengiringi majlis-majlis keraian tertentu, malah turut mendapat perhatian golongan Istana.

Hamdolok


Teater Hamdolok merupakan pertembungan di antara kebudayaan Melayu dan kebudayaan Arab. Hamdolok popular di daerah Batu Pahat Johor. Walaupun ia jarang sekali dipentaskan sekarang, namun hamdolok masih dipersembahkan ketika majlis-majlis keramaian dan ketika pertunjukan seni.
Hamdolok merupakan satu persembahan berbentuk jenaka yang dilakonkan oleh beberapa orang lelaki yang melakonkan watak jeneral, beberapa orang wanita dan pelawak.

Thursday, May 7, 2009

Hari ini dalam sejarah

Masjid Lama Olak Sepam



Mungkin tidak ramai yang menyedari banyak tempat bersejarah kat sekitar kita. Ye la, kisah sejarah ni tak ramai yang berapa nak minat. Masjid ni besar juga lah.... nampak ada sejadah yang dibentang. Rasanya ada juga orang yang singgah sembahyang kat sini sebab depan masjid ni pun tempat kaki pancing turun dan naik dari sungai.