Tuesday, March 31, 2009

Oseng-oseng

Resipi oseng-oseng (khas untuk wong jowo)

bawang merah
bawang putih
cili merah
(layang halus)
ikan bilis
pati santan

kacang panjang
tempe mak yah
kobis
suhun
nak banyak mana tu kena ikut saiz perut orang yang nak makan lah

tumiskan rencah sampai naik bau. Masukkan tempe, kacang panjang, kobis n suhun. Last skali baru masukkan santan pekat. Jangan banyak-banyak nanti jadi lodeh le plak. Jangan lupa garam secukup rasa.
Macam heran le kan. Biasa masak santan masuk dulu pastu baru sayur kan. Tapi tak pe la. Dah hukumnye gitu....

Saturday, March 28, 2009

Ikut gerak hati...

Ikut gerak hati. Saya selalu ingatkan diri saya. Ikut gerak hati. Tapi kenapa saya degil sangat? Kalaulah saya ikutkan gerak hati saya, tentu... ehm, tak apa lah. Sentimentel le pulak minah ni. Tapi saya percaya, saya tidak sendirian di bumi Allah ini. Saya tau semua orang sayangkan saya. Suami saya, anak-anak saya, emak dan abah saya, kakak-kakak saya, abang-abang saya, adik-adik saya, anak-anak buah saya dan teman-teman saya. 

Friday, March 20, 2009

Kesian Abang Zam....


Malam tadi Abg Zam telefon suami saya bagitau yang dia ada di hospital. Sakit batu karang. Doktor kata batu karang tu ada kat kedua-dua buah pinggang Abg Zam. Masa saya sampai, nampak abg Zam pucat je. Kesian sangat sebab selalu tengok abg Zam ni orangnya periang dan happy. Tapi takpe, doktor kata boleh baik.

Abg Zam antara abang ipar saya yang memang baik. Semasa saya sakit kena duduk hospital dulu, dialah yang paling sibuk menjenguk saya di hospital. Pagi, tengahari, petang... sebab kebetulan rumah abg Zam pun memang dekat dengan hospital. Ingat lagi masa saya kawen, abg Zamlah yang paling ringan tulangnya. Rasanya kat mana-mana kenduri pun, kira nama naiklah...

Semoga abg Zam cepat sembuh. Insyaallah. 

p/s segala pujian tidak membawa sebarang maksud. Tapi kalau nak belanje jugak, tak pe.

Entah bila masa kita....

Semalam saya ke Perak. Menziarahi buat kali terakhir arwah bapa Ima, adik ipar saya. Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin. 
Berada di sisi jenazah, membuatkan saya insaf. Pertama, entah bila giliran saya pula akan tiba. Kedua, Saya semakin menghargai ibu bapa saya.  Pesan Ima pada saya sebelum saya pulang supaya saya menghargai abah saya ketika hayatnya masa ada. Esok lusa bila abah kita dah tak ada, semuanya rasa macam dah tak ada makna. Terima kasih Ima. Semoga tabah.

Monday, March 16, 2009

Saturday, March 14, 2009

Terima kasih buat semua

Alhamdulillah Saya baru saja melepasi satu fasa yang agak 'menyakitkan' dalam hidup saya.Walaupun ia sebenarnya belum betul-betul berakhir. Terima kasih buat insan-insan yang setiasa berada di sisi saya. Yang tidak putus berdoa untuk saya. Buat Abah, Ibu sayangkan abah dunia dan akhirat.

Tuesday, March 10, 2009

Ingatkan nak naik boat

Tapi kasut salahudin le pulak terjatuh dalam air... sibuk kait kasut habis tangan penuh lumpur bau busuk. Terus tak naik boat. Kasut Nike punye pasal........

Jalan-jalan kat Melaka....

Thursday, March 5, 2009

Kisah Arwah Abang Din

"Arwah Abang Din baik. Sebab tu Allah Ambik cepat-cepat. Allah Sayang" itu yang emak selalu cakap pada kami adik beradik. Saya tak terlalu mengenali Arwah Abang Din. Apa yang saya ingat, arwah Abang Din selalu datang ke rumah saya. Satu ketika masa duduk-duduk kat anjung rumah di kampung, Kak Maya ada bertanya kepada saya, "Kak Na sayang abang Din tak?" Saya jawab "sayang". Arwah Abang Din senyum pandang saya. Selepas itu saya tak pernah lagi bertemu Arwah.
Arwah Abang Din. Entah kenapa nama itu cukup sensitif di kalangan kami adik beradik. Kami memang rapat. Cukup rapat. Sifat dan keperibadian Arwah membuatkan Arwah sentiasa diingati. Semakin kerap bercerita tentang Arwah Abang Din, kami terasa semakin merindui beliau. Kalaulah Arwah masih ada......
Saya , walaupun tidak terlalu kerap, masih mengunjungi pusara Arwah Abang Din. Sayu hati. Terasa dekat dengan Arwah bila berada di situ. Al Fatihah.....

p/s gambar arwah ada, tapi jauh nun di pantai timur sana. Nanti ada kesempatan kita tengok sama-sama.

Monday, March 2, 2009

Hari raya di Kemelah

Gambar masa Aidilfitri 2008. Di Kemelah, Segamat. Seronok tengok Luqman happy sebab raya tahun sebelum tu Luqman mengidap sindrom kesedihan tahap tinggi. Tahun ni raye kat pagoh pulak ye....... jangan mare

Tanah abah

Mak kata semalam hari paling gembira bagi abah. Setelah dua puluh lima tahun, akhirnya tanah itu menjadi milik mutlak abah. Sejarah hidup abah panjang. Penuh suka dan duka. Bukan calang-calang orang boleh menjadi seperti abah. Dulu abah hidup susah. Lepas abah kemalangan, abah tak boleh kerja lagi. Lepas tu abah pajakkan tanah abah pada cina. Lama. Dua puluh lima tahun bukan sekejap. Apa agaknya perasaan abah selama ni. Abah tak pernah cakap. Tapi satu yang aku tahu, abah mesti bangga kerana pengorbanan itulah abah sekarang boleh tersenyum melihat anak-anak abah yang hensem-hensem dan cantik-cantik....yang masing-masing asik keje nak melawa aje.