Friday, July 31, 2009

"Aduh....susahnya hidup. Shit!"

Saya sedang menunggu giliran untuk mengambil ubat di hospital. Sedang melayan perasaan..... berangan-angan.... saya terdengar suara dari belakang tempat duduk saya, "aduh.... susahnya hidup. Shit". Spontan saya memandang ke belakang. Seorang wanita
cantik berusia empat puluhan bergaya ala-ala tokoh korporat tersenyum memandang saya.

Saya pun tersenyum sambil menyapa "hai". Wanita tersebut pun membalas, "hai". Kami bersalaman. Tidak sempat berbual lebih panjang kerana giliran saya telah tiba. Sebelum pergi, saya sempat memandang ke arah wanita tersebut. Dia mengangkat tangan, saya pun babai.....

Sesuatu yang sangat simple. Walaupun simple, sepanjang perjalanan pulang saya tak habis-habis teringat 'kalimah keramat' yang dilontarkan oleh wanita tadi. Ye lah.... dalam hidup ini mana ada insan yang tidak pernah diuji Allah. Kecil atau besar, semuanya terselindung rahmat yang kita tak tahu. Mengeluh.... jangan sekali-kali. Kan sabar itu sebahagian daripada iman. Saya selalu mengingatkan diri saya, bila kita ditimpa musibah, kenangkan insan lain yang lebih dasyat dan daif dari kita. Barulah kita akan bersyukur dengan kehidupan kita.

Saya punya seorang kawan, yang selalu saya jadikan tauladan. Saya rasa sejak setahun yang lalu penyakit silih berganti datang kepada kawan saya ni. Semasa pertama kali bercerita kepada saya yang dia sakit, dia ketawa. Bila saya datang menziarahi dia di hospital, dia ketawa. Bila bercerita kepada saya penyakitnya kembali teruk, dia ketawa. Dan sampai sekarang, bila bercerita kepada saya yang sakitnya masih belum baik, pun dia ketawa...... optimis betul kawan saya ni.... sampaikan saya hairan, "tak ada perasaan ke dia ni..."

Saya cuba menjadi seperti kawan saya. Sentiasa gembira walaupun dalam kesakitan. Ceria dan ketawa walaupun jiwa kacau.... tetapi biasanya tak menjadi. Sakitnya sikit, sedihnya amboi mak...Kekadang, orang lain yang dibelenggu masalah, saya yang berdukacita sepanjang hari....memikir mengalahkan yang empunya diri... alahai, emosional sungguh....



Wednesday, July 29, 2009

Lagi tentang Johor...yang terindah itu keroncong


Di negeri Johor, irama keroncong berada pada arasnya yang tersendiri. Di bawah naungan Yayasan Warisan Johor, irama keroncong terus bertahan sehingga ke hari ini. Malah ramai golongan muda yang mampu menyampaikan lagu-lagu keroncong dengan baik sekali. Pertandingan nyanyian lagu keroncong dilihat sebagai penyuntik kepada minat untuk generasi baru terus menghayati irama ini.


Keroncong Untuk Ana

Irama keroncong berasal dari negara Indonesia. Ia telah melalui satu transformasi di mana muziknya telah disatukan dengan muzik Melayu. Secara asasnya, alat muzik yang digunakan dalam memainkan irama keroncong adalah biola ,gitar, flute, cello, cuk(ukulele), cak (tenor banjo), dan double-bass.




Monday, July 27, 2009

steamboat & grill


Setelah puas berfikir apa yang sedap dimakan sambil melayan kerenah si Salahudin, akhirnya....
makan punya makan, tak sangka banyak betul yang kami makan... kenyang....
Alhamdulillah


menyihatkan...menyegarkan... mengenyangkan


asap amboiii.... nasib baik ayam tu tak hidup balik


sungguh enak walau dimakan begitu saja....


hangus pun sodaaappp.... dah lapar kan


simple...cepat...mudah...
(tak nak mengaku malas...)




Saturday, July 25, 2009

Terung oh terung....




terung nan sebatang

Akhirnya....Buat pertama kali saya berjaya menanam terung hingga berbuah... walaupun sebiji jer! anak pokok terung ni pun orang yang bagi... abang mie dah mengendeng... esok nak buat sayur.... maknanya hari ni kena pandang puas-puas terung kesayanganku ini.. huwaaaaaaa

Sunday, July 19, 2009

Bunga.........


Jalan-jalan di tempat menjual bunga di Sungai Buloh. Cantik.... Eloklah tinjau-tinjau sekarang untuk hari raya nanti (puasa pun belum...) Nak warna apa, pilih sajalah. Promosi le pulak... Semua ada. Merah, orange, pink, kuning, hijau, purple, putih, biru....

Thursday, July 16, 2009

Backyard


Tak tenteram betul hati saya bila pandang ke belakang rumah..... penuh dengan semak samun. Agaknya kebun kelapa sawit abah lagi bersih. Ada pokok pisang...pokok kaduk...pokok sireh....pokok serai...pokok cekur...pokok pandan...pokok mangga bantut...pokok keledek...pokok lengkuas...pokok kari....pokok kepaya...rumput....lalang... apa saja yang tidak ada.
Kebetulan ada pekerja sedang memotong rumput di rumah jiran...... apa lagi

Proses pemusnahan alam sekitar pun bermula..... habis semua sudah potong kasi bersih. Tinggal tanah sahaja. Barulah lega mata memandang. Luqman sibuk hendak buat playground kat belakang..... ayoyo....


Cuma meja , kerusi dan payung plastik ni saja yang ada.... ok lah tu. Sementara belum taburkan batu. Senang sikit...rumput pun takut nak tumbuh. Orang rajin lah katakan... hajat di hati nak buat backyard garden.... itupun kalau sempat.
Abang Mie pulak masak spaghetti. Memang sedap sangat..... bertambah-tambah makan. Spaghetti yang simple dan tetapi kaw-kaw. Resipi hanya menggunakan bahan-bahan yang segar. Udang , tomato dan parsley.....


Ingatkan nak gunakan udang Hagemaru... (badan aje kecik...kepalanya besar) tapi kat pasar tak ada. Saya pun tak pasti apa nama udang tu. Kulitnya tebal. Bila masak colour jadi merah dan baunya... alahai.


Tuesday, July 14, 2009

Nasi lemak emak


Nasi Lemak

beras - beras wangi lagi sedap
santan - lagi pekat santan, lagi lemak dan wangi nasinya
garam
daun pandan
Masak macam biasa. Kalau beras wangi, santan jangan banyak sangat. Nanti lembik pulak.


Sambal Tumis














cili kering 20 tangkai
bawang putih 2 ulas
bawang merah 5 biji
ikan bilis
blend sampai lumat.
bawang besar - 1 labu, dilayang bulat (kalau bawang tak berapa besar letak 2 biji)
ikan bilis - anggaran satu cawan
garam
gula
pak aji
Sukatan boleh diubahsuai ikut citarasa masing-masing.
  1. Panaskan minyak. Lebih pun tak apa.
  2. Masukkan ikan bilis dan bawang besar. Bila dah naik bau masukkan bahan yang telah dikisar tadi.
  3. Terus masukkan gula, garam dan pak aji.
  4. Bila dah naik minyak atau dah masak, jangan terus tutup api. Renihkan dalam 15 minit dengan api yang kecil sahaja.
  5. Kalau rasa minyak tu banyak sangat berlinang atas sambal, bolehlah di buangkan.
Hidang dengan telur rebus, timun, kacang tanah dan ikan bilis goreng. Kalau ada ayam goreng ke.... ikan bakar ke.... rendang ke.....



Monday, July 13, 2009

Kan lebih manis sekiranya sesekali kita letakkan diri kita ditempat orang lain.. bukan orang lain yang harus sentiasa mengikut rentak kita


Masih dengan demam isu pembatalan PPSMI nampaknya.... Keputusan rasmi telahpun dibuat. Tetapi ramai juga yang masih tidak berpuas hati. Kita ketepikan sekejap tentang kedaulatan Bahasa Melayu. Kerana itu memang hakikat.

Yang dipersoalkan oleh ibu bapa sekarang adalah walangnya nasib anak-anak mereka apabiila tidak dapat belajar sains dan matematik di dalam bahasa Inggeris. Seolah-olah tidak dapat belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris itu satu malapetaka yang maha dasyat. Dan ibu bapa ini rata-rata adalah terdiri daripada golongan elit Melayu, kalau saya tak silaplah. Bukan orang sembarangan.

Kadang-kadang kita kena ingat, bukan anak kita seorang sahaja yang bersekolah. Bukan kita seorang sahaja yang mahu anak kita jadi pandai. Bukan kita seorang sahaja yang mahu anak kita pandai bahasa Inggeris. Pandai sains. Pandai matematik. Semua orang pun mahu.

Cuma kadang-kadang mungkin ada yang terlupa, di luar sana berderet-deret anak-anak orang Melayu yang bersekolah di pedalaman...yang kurang kefahaman dalam bahasa Inggeris. Yang tiada persediaan untuk belajar dalam bahasa Inggeris. Kita perlu fikirkan. Sedangkan belajar dalam bahasa Melayu pun ada yang tercicir, inikan pula dalam bahasa yang mereka tidak fahami. Saya tidak menolak kepentingan bahasa Inggeris. Rasional itu penting.

Anak-anak kita mungkin bertuah. Tak pandai belajar boleh panggil guru tusyen datang rumah. Semua kesulitan tak menjadi masalah. Usah pentingkan diri sendiri. Fikirkan jugalah nasib insan lain disekeliling kita. Usahlah dek kerana mahukan anak kita kehadapan maka ramai yang lain tertinggal di belakang. Ia melibatkan kepentingan bersama, bukan kita seorang sahaja....



Sunday, July 12, 2009

Nak tukar susu ke tak...nak tukar susu ke tak.... tolong!!!!! Obes ke Udin.....



Udin makin semakin hari semakin berkembang pesat. Banyak perkara yang merisaukan saya bila Udin sihat terlebih-lebih ni. Kajian menunjukkan semakin awal kanak-kanak itu obes, bermakna semakin obeslah mereka kelak. Bukanlah saya risaukan yang bukan-bukan. Sebagai ibu, keadaan Udin sedikit sebanyak membimbangkan saya.
Udin makan tak banyak. Tapi menyusu memang kuat. Saya dah cuba bagi makan nasi supaya dia lupakan sekejap botol susunya. Tapi tak juga......susu juga yang dikejarnya. Pernah saya cuba buat-buat tak layan bila Udin minta susu. Waduh.... menghempas-hempas mengamuk meraung-raung macam ditinggal kekasih layaknya.
Ramai yang mencadangkan agar saya tukar susu Udin. Sekarang ni Udin minum susu Enfagrow. Itulah agaknya yang Udin ni asyik grow memanjang. Mungkin susu Dutch Lady ke... Dumex ke... Anmum ke.... dilema le pulak. Banyak sangat susu di pasaran. Nak kena cari susu yang rendah lemak untuk Udin.
Doktor kata kalau kanak-kanak mengelami obesiti, ada kemungkinan boleh mengalami gangguan kekurangan oksigen semasa tidur (sleep apnea), masalah tulang yang menampung berat badan yang berlebihan, asma, GERD, kecing manis, jantung dan darah tinggi. Aduh la Udin... susah hati ibu!



Birthday Aliff



Inilah birthday boy yang cute sangat..... Happy birthday Aliff!

Luqman seronok sangat main dengan kawan-kawan. Sampai rumah pun tak puas hati sebab kena balik.


Separuh masa pertama, Udin baik aje. Happy bukan main. Lepas tu Udin start buat drama air mata. Abah lah yang menjadi mangsa.....

Ana dengan Ame (mak pengantin). Ame kena buli habis-habis semalam. Tapi senyum je....Tak pe Ame...awet muda senyum selalu.

Yang baju merah ni Maihan. Mai, congratulations on your new job. I'm so happy for you! Sebelah Maihan tu entah sapa la..... tumpang glamour...


Birthday Aliff semalam bukan seronok untuk anak-anak je, ibu-ibu lagilah seronok. Maklumlah, bila Ame buat party barulah kami dapat berjumpa. Seronok sangat, itu yang terover tu (tq Ana...huhu) Sampaikan tak ingat nak balik. Tak sabar nak bergather-gather lagi....




Saturday, July 11, 2009

Untuk orang Melayu, yang sedang bercakaran beramai-ramai


Warisan

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara


Cakap pun tak guna...kita nyanyi aje lah


Thursday, July 9, 2009

Berakhirnya PPSMI - sirih pulang ke gagang


Akhirnya PPSMI dimansuhkan. Itulah yang telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ini bermakna, matapelajaran sains dan matematik akan diajar di dalam Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan. Manakala di Sekolah Jenis Kebangsaan para pelajar akan diajar dengan menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Perlaksanaan ini akan bermula pada tahun 2012 dan akan dilaksanakan secara berperingkat.

Selain memperkenalkan pendekatan baru untuk meningkatkan keupayaan para pelajar di dalam matapelajaran sains dan matematik, strategi untuk memartabatkan bahasa Melayu (MBM) dan memantapkan penguasaan bahasa Inggeris (MBI) akan dilaksanakan di semua peringkat persekolahan.

Dalam masa yang sama pelbagai perkara bakal dilaksanakan bagi membantu meningkatkan kemahiran penggunaan Bahasa Inggeris dikalangan para pelajar kita. Sekalung penghargaan buat para pejuang bahasa Melayu yang tidak pernah berputus asa berusaha memartabatkan bahasa ibunda kita. Semoga kita akan lebih menghargai Bahasa Melayu selepas ini.



Wednesday, July 8, 2009

Buttered prawn



Rasa-rasanya dah lebih sepuluh kali mencuba. Masih gagal lagi. Macamanalah nak buat egg floss ni. Tak pernah menjadi. Jadi scramble egg le pulak. Chef Wan....tolonglah.....

Inilah resipi buttered prawn yang paling simple :

Udang - belah belakang
butter
minyak
tepung jagung - tak letak pun tak apa
daun kari - lagi banyak lagi sodap
bawang putih - cincang
cili padi - cincang
kuning telur - kacau sedikit
garam
gula


1. Lumurkan udang dengan tepung jagung dan garam. Goreng udang dalam minyak, ketepikan.
2. Cairkan butter dalam kuali. Setelah cukup panas, masukkan telur dan kirai menggunakan copstick(atau yang sewaktu dengannya). Masukkan cili padi, bawang putih dan daun kari. Masak sampai naik bau
3. Masukkan udang yang telah digoreng. Agak-agak dah sebati, angkat dan toskan.
4. Kemudian taburkan garam dan gula. Kalau nak gaul sekali pun boleh.

Monday, July 6, 2009

Keselamatan di taman rekreasi


Samada tak perasan atau buat-buat tak perasan...
Rasa-rasanya papan tanda yang ada cukup besar untuk dijadikan panduan bagi pengunjung-pengunjung di taman rekreasi Seksyen 27 Shah Alam. Tapi betullah orang kata, nak mendidik orang lain bukan kerja senang.
Motorsikal ke hulu ke hilir di laluan yang disediakan untuk pejalan kaki dan orang berjogging. Bila terserempak dengan penunggang basikal atau pejalan kaki atau kanak-kanak sekalipun, saudara-saudara yang bermotor ni tak adalah hati nak ketepi sikit ke.... parking pun sesuka hati je....
Semua pihak kenalah tahu tanggungjawab masing-masing. Elakkanlah perkara-perkara yang boleh memudaratkan orang lain. Kadangkala kita memang tak perasan tingkah laku kita sebenarnya menyusahkan insan-insan di sekeliling kita....


Papan tanda - ada larangan menunggang motorsikal. Dekat tepi playground tempat budak-budak main pun ada pengunjung parking motor.


Motor parking di laluan sebelah restoran


Motor ada di mana-mana di kawasan taman