Friday, June 11, 2010

Pantai Batu Buruk Part 2

Masing-masing dah menangis nak mandi pantai. Tunngu kaum ibu ke pasar payang tak balik-balik. Dah petang nak pergi jauh pun tak boleh. Sudahnya kami seranglah Pantai Batu Buruk sebab itulah yang paling dekat. 

Udin..... sabar udin sabar.......

Luqman macam biasa, tak tinggal layang-layang kalau ke mana-mana

Menunggu ombak datang.....

Anak dara ni.... 

Udin dan jua. Ni time baik..... tunggu time gaduh laaa....hehehe

Akhirnya...... 

Sebenarnya di Pantai Batu Buruk pengunjung dilarang sama sekali mandi. Saya pun tak pastilah apa namanya perbuatan-perbuatan kanak-kanak tadi. Main air kot...... Tapi  kalau dah sampai buka-buka baju tu bukan mandi ke namanya. lain kali jangan buat lagi ye (padahal emak bapaknya ada kat sebelah)

Thursday, June 3, 2010

Kung Pao Chicken



Walaupun banyak bahan yang tak ada, saya belasah saja..... apa yang ada dalam peti ais itulah yang saya kerjakan. Walaupun tidak berapa sedap (memang tak sedap pun sebenarnya), tetapi encik suami tetap makan sambil tersenyum simpul.Ye la kan, nanti kalau tersilap cakap merajuk tiga hari tak masak pulak ada orang tu.....Inilah percubaan pertama memasak kung pao chicken. Kalau tengok rupa, memanglah tak sama dengan yang kita order di kedai. Bab rasanya pulak, lagilah tak de maknanya........kehkehkeh

Hari ini.....

Khamis.

Saya umpamanya sedang menunggu hakim menjatuhkan hukuman. Berdiri dengan tenang di kandang pesalah...... tenang???

Friday, May 28, 2010

email dari encik suami.....

Saya percaya tentu ramai isteri-isteri di luar sana yang menerima email yang serupa seperti ini.....


Dear Wife,

1. From 11 June to 11 July 2010, you should read the sports section of the newspaper so that you are aware of what is going on regarding the World Cup, and that way you will be able to join in the conversations. If you fail to do this, then you will be looked at in a bad way, or you will be totally ignored. DO NOT complain about not receiving any attention.

2. During the World Cup, the television is mine, at all times, without any exceptions. If you even take a glimpse of the remote control, you will lose it (your eye).

3. If you have to pass by in front of the TV during a game, I don’t mind, as long as you do it crawling on the floor and without distracting me. If you decide to stand nude in front of the TV, make sure you put clothes on right after because if you catch a cold, I won’t have time to take you to the doctor or look after you during the World Cup month.

4. During the games I will be blind, deaf and mute, unless I require a refill of my drink or something to eat. You are out of your mind if you expect me to listen to you, open the door, and answer the telephone.

5. It would be a good idea for you to keep at least 2 six packs in the fridge at all times, as well as plenty of things to nibble on, and please do not make any funny faces to my friends when they come over to watch the games.. In return, you will be allowed to use the TV when there are no games.

6. Please, please, please!! If you see me upset because one of my teams is losing, DO NOT say "get over it, it’s only a game", or "don’t worry, they’ll win next time". If you say these things, you will only make me angrier and I will love you less. Remember, you will never ever know more about football than me and your so called "words of encouragement" will only lead to a divorce.

7. You are welcome to sit with me to watch one game and you can talk to me during halftime but only when the commercials are on, and only if the halftime score is pleasing me. In addition, please note I am saying "one"game; hence do not use the World Cup as a nice cheesy excuse to "spend time together".

8. The replays of the goals are very important. I don’t care if I have seen them or I haven’t seen them, I want to see them again. Many times!

9. Tell your friends NOT to have any babies, or any other child related parties or gatherings that requires my attendance because:a) I will not go,b) I will not go, andc) I will not go.

10. But, if a friend of mine invites us to his house on a Sunday to watch a game, we will be there in a flash.

11. The daily World Cup highlights show on TV every night is just as important as the games themselves. Do not even think about saying "but you have already seen this…why don’t you change the channel to something we can all watch?" because, the reply will be, "Refer to Rule #2 of this list".

12. And finally, please save your expressions such as "Thank God the World Cup is only every 4 years". I am immune to these words, because after this comes the Champions League, Italian League, Spanish League, Premier League, FA Cup, etc.

Sekarang ni kedua-dua hero kecil saya pun dah jadi geng abah dia. Sikit-sikit bola. sikit-sikit bola. Pergi playground main bola. Keluar ke mana pun beli bola. Dalam rumah pun main bola. Buka tv pun mesti nak tengok bola. Cerita pun tentang bola....  ohh..... tidak!!!!!!!!!



Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari Ibu

Hari ibu datang lagi.....  selamat hari ibu buat emak saya, emak mertua saya kawan-kawan saya dan semua kaum ibu di luar sana. Semoga kita dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih ikhlas. Menjadi ibu dan isteri yang lebih baik.  Buat kawan-kawan yang telah ketiadaan ibu, sama-samalah kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.


Untuk emak saya, terima kasih atas segala pengorbanan emak dalam mendidik dan mengasuh kami adik beradik. Saya selalu berdoa semoga saya dapat menjadi seorang wanita sekuat emak. Dalam banyak perkara emak banyak menasihati saya. Terima kasih juga kerana sentiasa berada di sisi saya ketika susah mahupun senang saya, ketika sihat dan sakit saya......

Semoga kehidupan emak sentiasa dilimpahi keberkatanNya. Saya sayangkan emak.......

Tuesday, April 27, 2010

remove meremove di facebook......

Dua minggu lepas, seorang kawan menelefon saya sambil menangis tersedu sedan. Sedih bukan kepalang kawan saya ni bila namanya diremove dari friend list kawannya itu tanpa sebab musabab. Dan semalam kawan saya ni menelefon saya lagi. Kali ini lain ceritanya. Kawan yang telah meremove namanya itu menelefon kawan saya untuk meminta sedikit bantuan. Kecemasan katanya.

Ok. Cerita biasa kan.....

Sejak kebelakangan ini ramai warga facebook yang merungut bila menyedari nama mereka digugurkan dari  friend list kawan-kawan mereka. Bagi sesetengah orang mungkin tidak kisah, 'lantaklah....", aku peduli apa....', 'ada aku kesah...'. Tetapi bagi mereka yang sangat menghargai persahabatan, tentulah terasa hati bila ini berlaku. Ye lah.... kita ni kan manusia biasa. Kadang-kadang dalam tidak sedar melakukan kesilapan. Bila kawan sudah berkecil hati,  tengah geram,  macam-macam boleh berlaku. masa tu. Apa yang ada di depan matalah yang menjadi mangsa. Kalau sudah mengadap facebook 24 jam, harus perkara pertama yang dilakukan adalah meremove nama kawan tadi. Puas hati!

Sekadar peringatan untuk diri sendiri, marah macamana sekalipun, seharusnya ada sedikit pertimbangan. Kawan memang ramai. Tetapi kawan yang baik sukar untuk dicari. Hari ini kita buang kawan kita. esok lusa ditakdirkan Tuhan, kawan kita itulah tempat kita meminta pertolongan. Manalah nak disorokkan muka ketika tu nanti. Kalau kita tak remove pun bukan kawan tu boleh keluar dari komputer tu.... biarkan sajalah.

Thursday, April 22, 2010

Bazaar@SEGi College, Kota Damansara

Ini kali kedua Armalia Gifts terlibat dengan bazaar di SEGi College Kota Damansara. Bazaar kali ini sempena  graduation day yang diadakan di kolej tersebut.  Armalia Gifts akan berada di booth yang sama dengan Mon Petit Cafe. Sesiapa yang meminati lasagna, kek batik dan puding cream caramel, bolehlah singgah ke booth kami. Bagi yang meminati barangan kraf hasil buatan sendiri, sudi-sudikanlah datang. Namun tidak semua barangan dapat kami bawa ke bazaar itu nanti.  Bagi keperluan perkahwinan, ianya boleh ditempah dan dihantar mengikut tarikh yang ditentukan oleh pelanggan. 
Jangan lupa kita jumpa di SEGi kolej Kota Damansara pada 24 dan 25 April 2010 ini dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Bawalah kawan-kawan dan keluarga datang bersama-sama...... kita jumpa nati!
























































........dan banyak lagi.


Monday, April 19, 2010

kari kepala ikan





Ini namanya kari kepala ikan. Walaupun tak ada rasa, ada rupa sikit-sikit pun jadi lah kan...... ok la mencuba. Maklumlah saya kan ratu tak pernah turun ke dapur. Kari kepala ikan ni nak jumpa di rumah saya setahun sekali pun susah.  Mana tidaknya Luqman hari-hari nak makan ikan masak kicap....daging masak kicap....ayam masak kicap. Sekali sekala masak menu tergempar begini, wah!!! bangga sekali. Maaflah ye.....                                                  

Tuesday, March 16, 2010

Denggi!



hahaha.... ini lah gambar sebenar yang nak diupload tu. Tujuan asal adalah untuk meraih simpati. Tetapi sayang gambar yang dulu tu tak mau keluar le pulak. Sekarang ni pun dah sihat. Upload la jugak untuk tengok sendiri. Jadilah......

Selalu saya dengar si polan diserang demam denggi....si anu pula denggi berdarah.... dan kebetulan di kawasan tempat saya tinggal ini sedang diserang wabak ini. Jadi, bila demam dan sengal-sengal tulang tak lain dan tak bukan itulah yang pertama singgah di fikiran saya. Hari kelima demam, doktor mengesahkan saya menghidap demam denggi. Alhamdulillah bukan denggi berdarah.

Keluar dari wad, saya berkampung di rumah Kak Cha. Dapatlah Kak Cha tengok-tengokkan hero yang dua orang tu. Setelah dua minggu barulah keadaan kemballi normal. Cuma cepat letih dan sengal-sengal tulang sedikit. Sepanjang demam, agak sengsara juga rasanya. Demam yang tinggi, sakit badan, sakit perut, sakit tulang dan sendi, sakit kepala, sakit sekeliling mata (saya katakan pada encik suami, "yang, mata ibu ni rasa macam nak tercabut je rasanya..... macam nak tanggal pun ada") dan macam-macam sakit ada.

Saya bersyukur diberikan kesembuhan olehNya. Untuk teman-teman di luar sana, cepat-cepatlah ke klinik atau hospital bila demam. Usah ditunggu ke hari ke lima baru membuat ujian darah. Ada kes yang berlaku, ujian darah yang dibuat oleh pesakit pada hari kedua juga telah menunjukkan tanda denggi yang kronik. Di ketika denggi menjadi wabak sekarang ini, sama-samalah kita berhati-hati dan berwaspada.....

Tuesday, March 9, 2010

Bila Luqman bertanya......

Kelmarin di meja makan,  Luqman cakap pada saya, "ma, abang susah hati lah ". Saya tanya kenapa. Luqman kata "macamana kalau abah dengan mama mati cepat?". Alamak . Kenapa soalan ni. Saya katakan pada Luqman, "Luqman doalah mama dengan abah panjang umur. Dapat jaga Luqman...jaga adik....Dalam dunia ni, semua akan mati. Pokok mati....kucing mati...kita manusia pun akan mati"

Keesokan harinya, Luqman tanya perkara yang hampir sama. "Ma, macamana kalau umur kita berhenti?" Jawapan saya mudah "kalau umur kita berhenti, maknanya meninggal dunialah kita" Kemudian soalan bertubi-tubi diajukan kepada saya. Macamana caranya kita mati.... bila kita akan mati.... siapa diantara kami yang mati dulu..., nanti kemana kita selepas mati....nanti bila kita dah mati kita boleh sama-sama masuk syurga ke...Saya cuba beri jawapan yang agak ilmiah. "Luqman, itu semua kuasa Tuhan. Allah yang tentukan. Kita manusia tak tahu apa-apa tapi kita kena bersedia untuk mati. Kalau pahala kita banyak nanti dapatlah kita masuk syurga sama-sama. Tapi kan Luqman, Luqman tak boleh terlalu fikir sangat soal mati. Nanti Luqman susah hati dan fikir yang bukan-bukan pulak"

Sebelum perbualan berakhir, luqman sempat bertanya kepada saya, "ma, kalau mama, abah dengan abang mati dulu, siapa nak jaga adik?" Lepas tu saya nampak mata Luqman merah dan berkaca-kaca. "Kalau kita tak ada, kan atuk ada. Nenek ada. Mak dan bapa saudara Luqman pun ramai. Luqman janganlah tanya soalan macam ni lagi ye..." saya jawab. Lepas tu saya masuk bilik. Tidak mahu Luqman memanjangkan soalan.

Sebenarnya ia adalah soalan biasa bagi kanak-kanak seusia Luqman. Cuma bila Luqman terlalu memikirkan tentang mati dan terlalu emosi saya agak bimbang. Dan soalan-soalan itu pun tidak berhenti di situ sahaja. Malam sebelum melelapkan mata untuk tidur, Luqman bertanya lagi tentang itu.......

Monday, March 8, 2010

Di perjalanan pulang - Pantai Teluk Bidara & Cherating




Masih tak habis-habis lagi..... Ini cerita tentang perjalanan pulang ke Shah Alam. Dari rumah kak Maya, perjalanan pulang kami menyusuri pantai. Bayangkanlah sepanjang perjalanan kami asyik pandang kiri sahaja. Kalau boleh tidak mahu terlepas pandang . kalau boleh bawa balik, kami semua dah angkut pantai yang biru itu pulang ke rumah. Indahnya alam ciptaan Tuhan kan. Rumah-rumah kayu di pesisir pantai menambahkan lagi unsr-unsur dramatik. Alangkah bertuahnya kalau saya ada rumah di tepi pantai macam tu......

Kami singgah di Pantai Teluk Bidara. Di sini tidak dibenarkan mandi. Bahaya. Pantainya sungguh-sungguh cantik dan bersih sekali. Pasirnya sangat halus dan putih. Rugi kalau tidak singgah barang sekejap pun. Panas bukan main, tapi kami tak kira. Luqman main air dengan Ika tetapi di gigi air sahaja. Nak pergi lagi jauh ke dalam air takut lah jerlus pulak kan.  Kalau nak tahu bagaimana jernihnya air di sini, belek-beleklah gambar-gambar ni......


Kalaulah saya ada rumah di tepi pantai begini, saya akan buatkan bangsal di bawah pokok kelapa tu... lepas tu petang-petang saya buat keropok lekor dan jemur ikan masin kat situ....
wah mengancam tak yang idea ibu ni.......


Luqman kalau nampak pantai memang terus jadi macam ni. Tak sempat buka-bukaan dah terus duduk kat pasir. Tapi tak apa, pasir tu bersih. Duduklah puas-puas....


Di bawah sinar terik mentari... rasa-rasanya suhu ketika itu mencecah 40 degrees celcius. Tetapi, nak bergambar di tepi laut punya pasal, kami redah je sampai terseringai tersengih  dibuatnya. 


Ni yang dua orang ni sebenarnya tak puas hati sebab tak dapat mandi. Dapat main sikit-sikit pun jadilah. Sejak dari bertolak tadi dah tak sabar-sabar nak singgah di tepi pantai. 


Jernih kan airnya...... siapalah yang tidak geram. Kalaulah di Selat Melaka ni airnya jernih sebegini, agaknya setiap minggu kami akan berkampung di tepi pantai. Best sangat....


Terakhir sebelum pulang, kami singgah di Cherating. Nak dijadikan cerita, kereta kami terbenam di dalam pasir. hahaha.... padan muka kami. Masa kami mula-mula sampai, ada kereta tu parking betul-betul di belakang kereta kami. Jadinya bila tidak boleh reverse, encik suami terpaksalah pusing ikut depan. Dan oleh kerana hendak mengelak tiang lampu yang ada di situ, kereta kami pun kedepanlah sedikit. Dan kesudahannya........              


Sebenarnya tempat kereta ni terbenam betul-betul di tepi tempat parking. Tetapi disebabkan pasirnya sangat halus dan agak dalam, lalu apa lagi. Terimalah.....


Nasib baik di tepi pantai tu ramai hero-hero idaman Malaya. Sekali Ika senyum je.... berderet-deret yang datang menghulurkan bantuan. Muda-muda belaka.... 


Tolakkkk bang.... kuat lagi bang..... Terima kasih buat semua yang menolong. Terima kasih yang tidak terhingga. Kalaulah tidak ada orang lain ketika tu.... maunya kami terpaksa panggil abang bomba datang.

Penat menolak kereta, bermandi mandalah kami di Pantai Cherating ini. Maklumlah pertama kali sampai di sini. Adalah unsur-unsur 'J' sedikit. Masing-masing tak sabar nak berendam dalam air. Sempat lagi mencari pelampung untuk Luqman dan Udin. 


Udin buat apa tu..... tak boleh jumpa apa benda pun di tepi pantai, mesti Udin ambil lepas tu buat main... tapi bila nampak anak ketam, udin takut.


Udin tak mahu dipegang langsung. Makin lama-makin jauh ke dalam air. Bila ombak datang lagilah Udin suka. Bila terminum air masin Udin lagi suka. Terkekek-kekek dia ketawa. 


Ombak di sini agak kuat. Itu yang seronoknya mandi di sini. Luqman dah tak ingat abah dan ibunya. Seronok main ombak dengan kakak Ika. Terjerit-jerit tak ingat dunia dah masing-masing.


Menunggu ombak tiba. Udin tak puas hati tak dapat ke tengah laut. Mana tidaknya, Acik Gee dengan Ika dah ketengah sama-sama dengan abang dia. Sorry la Udin bukan ibu tak nak bawa Udin ke tempat yang dalam sikit. Sebenarnya ibu tak pandai berenang...... kesian kan.


Meriah. Seronok. Abang Zam tak habis-habis menyakat Luqman. Ada-ada saja diusiknya budak Luqman tu. Tapi Luqman enjoy betul masa mandi tu. 


Yeahhhhaaaaaa....... 
Selamat tinggal Cherating......
 selamat tinggal untuk sebuah perjalanan yang sangat indah