|
||
|
Hari ibu datang lagi..... selamat hari ibu buat emak saya, emak mertua saya kawan-kawan saya dan semua kaum ibu di luar sana. Semoga kita dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih ikhlas. Menjadi ibu dan isteri yang lebih baik. Buat kawan-kawan yang telah ketiadaan ibu, sama-samalah kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.
Untuk emak saya, terima kasih atas segala pengorbanan emak dalam mendidik dan mengasuh kami adik beradik. Saya selalu berdoa semoga saya dapat menjadi seorang wanita sekuat emak. Dalam banyak perkara emak banyak menasihati saya. Terima kasih juga kerana sentiasa berada di sisi saya ketika susah mahupun senang saya, ketika sihat dan sakit saya......
Semoga kehidupan emak sentiasa dilimpahi keberkatanNya. Saya sayangkan emak.......
related posts:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment