Thursday, March 4, 2010

Pantai Chendering

Saya kagum dengan keindahan pantai di Terengganu. Terasa macam tak mahu pulang bila berada di tepi pantai. Pantai Chendering ni dekat saja dari rumah Kak Maya. Dalam sepuluh minit perjalanan. Kesian Nanang tak dapat ikut sekali. Biasanya Nananglah yang paling suka kalau nak berpicnic-picnic ni. Kesian-kesian pun, itu lain cerita. Enjoy tetap enjoy..... Mula-mula tu ingatlah. Tapi bila dah nampak air jernih kebiru-biruan dah tak ingat sesiapa lagi dah. 





Puas Ika memujuk Acik Maya ikut sekali ke pantai Chendering. Pada awalnya Kak Maya menolak. Masih tak larat untuk keluar berjalan-jalan. Tetapi hasil ketereran si Ika, cair juga Kak Maya Akhirnya. Niat asal hanya hendak bermandi-manda  sahaja. Tetapi semasa mengambil khemah di stor, encik suami terjumpa set bbq yang kelihatan seperti baru. Wah....apalagi. Masa tu juga terus kata nak buat bbq kat tepi pantai. Kak Gee dengan Abang Zam pergi dulu.... kami singgah di Giant membeli apa yang sesuai untuk dibakar.





Leesya kalau boleh nak berendam je. Bibik menjadi mangsa kesejukan.  Mana orang dewasa pergi, situlah yang Leesya nak ikut. Makin jauh kami ke dalam air, makin tak senang duduk si Aleesya. Tak puas hati betul dia bila bibik ajak dia main di gigi air sahaja. 





Lepas mandi, sempat lagi Luqman main layang-layang. Udin pulak langsung tak nak keluar dari dalam air. Ibunya nak pimpin tangan tak mahu. Nak jugak dia berjalan sendiri. Itu yang sekejap tenggelam sekejap timbul tu. Terkulat-kulat muka Udin bila tertelan air masin. Tapi tetap tak serik. Tak kira anak siapa, asal budak-budak yang sebaya dengan dia saja mesti menjadi mangsa kena kejar dengan Udin. 



Tu diaaa...... dua orang anak dara yang bertungkus lumus menyediakan juadah bbq kami. Ika dengan Bella. Bukan senang nak tengok mek berdua ni membuat kerja-kerja amal sebegini. Sekali bakar...licin. Bakar lagi.....licin. Ayamnya sedap banget!!!!  Wah, lepas ni senanglah kalau acik nak buat bbq sebab dah ada orang yang boleh diharapkan. 
















Sambil makan kami semua tak kering gusi melayan kerenah Udin dan Luqman. Luqman tak habis-habis dengan pantun-pantunnya. Sekejap-sekejap bergaduh dengan acik Zam dia. Angin satu badan Luqman bila acik Zam dengan Acik Gee kata dia minum kopi jantan. Udin pulak dengan ultraman dan raksaksanya. Habis semua orang kena fire. Lepas tu menari la pulak. Lepas tu menyanyi pulak. Tapi Udin nyanyi sorang pun tak faham. maaflah ye Udin!





 Memang seronok berbbq di tepi pantai. lagi seronok bila hanya kami sekeluarga saja yang ada di sana ketika itu. Sambil makan seronok dapat dengar deruan ombak. Dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Cewahhhhh.... Lagi menyeronokkan bila kami dapat membuat Kak Maya gembira. Mana tidaknya dari mula datang sampai dah nak balik kami semua asyik mengilai-ngilai saja. 

Berat hati kami nak meninggalkan pantai yang cantik ni... 


Kompleks Kraf Noor Arfa

Jadual kami di Terengganu sentiasa padat. Tak boleh duduk diamlah kiranya....kaki ni terasa macam gatal-gatal saja kalau tak dapat keluar ke mana-mana. Tak kering idea untuk mengeringkan poket....

Sudah  sampai ke Terengganu kalau tidak singgah ke Kompleks Kraf Noor Arfa (NACC) tak patut pula la kan. Jadinya pagi hari kedua kami pun pergilah meninjau-ninjau apa yang patut di sana. Bukan nak memborong pun. Saja jalan-jalan cuci mata.



 Sebenarnya pada petang sebelum tu kami semua sudah pergi ke NACC, tetapi nasib kurang baik kerana telah ditutup pada jam enam petang. Kami sampai pukul enam suku.  Untuk tidak menghampakan diri sendiri kami pun subuh-subuh sepii sudah keluar dari rumah. Puas pusing-pusing, kami pun balik. Dapatlah sehelai dua kain pelekat untuk encik suami. Jadilah kan.......




Dalam ramai-ramai tu, saya rasa Luqman la yang paling seronok. Sebab dapat pengalaman baru, mewarna batik. Tekun Luqman mewarna. Abah temankan Luqman. Sesiapa yang terasa mahu mencuba boleh saja. Saya teringin juga, tetapi malulah dengan Luqman. Maklumlah tangan ibunya ni keras macam kayu. Pegang apa pun tak menjadi.







Hahaha... inilah aktiviti paling seronok di NACC. Beca pink ni kalau nak naik kena masukkan duit dua ringgit dalam tabung yang disediakan. Naiklah puas-puas. Tapi kena kayuh sendiri laa.... Abang Zam jadi pak supir. Ikan pun tak puas hati, nak bawak jugak. Terkial-kial si Ika mengayuh. Baru tau susah ke tak penarik beca mencari rezeki. Tu baru bawak budak kenit-kenit. Kalau yang naik sebesar mak-mak budak, siapa nak jawab.....



Penat berjalan....perut pun sudah  lapar. Makan tengahari, kami menjamu selera di Restoran Mat Binjai. Makanannya sedap-sedap belaka. Sotong bakarnya sedap....ikan merahnya sedap.... puyuhnya pun sedap... boleh dikatakan semuanya sedap lah. Cuma satu saja yang saya dah tak muat perut hendak mencuba iaitu telur Penyu. Telur penyu banyak di jual di sini. Kesian si emak penyu. Saya rasa ini juga menjadi penyumbang kepada kepupusan penyu. Orang Terengganu jangan ambil hati ye...... 

Selepas makan kami ke Kedai Payang pula. Mak oooiiii..... cantik-cantik la baju batik yang dijual. Nampak yang  itu teringin. Nampak yang ini  berkenan. Rambang mata juga lah kira-kiranya. Kebetulan Fizza kirim baju batik. Bella pun bawa ke kedai kawan kak Maya. Dapatlah harga yang sedap sedikit. Tak tahulah samada Fizza suka ke tidak. Harap-harap berkenan.

Rancangan awal selepas balik dari Kedai Payang hendak ke Pantai Teluk Bidara . Tetapi hajat terbatal sebab masing-masing sudah kepenatan. Cuaca pula sangat panas. Berpeluh-peluh dibuatnya. Kami kembali ke rumah Kak Maya. Berehat sebentar sebelum ke agenda yang seterusnya.....

Wednesday, March 3, 2010

Pantai Batu Buruk

Kami beramai-ramai ke Pantai Batu Buruk. Duduk di rumah pun hero-hero tu asyik terjerit sana terjerit sini boleh membuatkan orang yang sakit kepala terus menjadi demam.



Seronoknya dua beradik tu berlari berkejar-kejar, main pasir, main layang-layang, naik kereta kuda..... 




Cuma yang kurang bestnya, di sini tidak dibenarkan mandi atas sebab keselamatan. Mungkin sebab itulah pantainya bersih dan cantik. Pasirnya pun bersih. Tapi kalau dapat mandi tentu best kan! Ishhhh....geram! geram! geram!



Udin dengan Luqman suka sangat dengan kuda. Naik kereta kuda tu saja entah berapa kali. Tak habis-habis.



 Si Udin seronok sakan berbual-bual dengan kuda sampaikan terkekek-kekek dia ketawa.



Kuda tu pun macam faham je...Sekejap-sekejap angguk...lepastu angguk lagi. Kalau tak pun mesti kuda tu tension kena kacau. Anak siapalah ni...... lubang hidung aku pun dia nak korek!


Petang tu dekat nak maghrib baru kami pulang. Itupun kena paksa. Kalau tidak tentunya sampai ke malam berkampung di tepian pantai. Dari Pantai Batu Buruk, kami ke Universiti Darul Iman untuk ambil Alin ke rumah Kak Maya untuk potong kek ramai-ramai..

Sempat singgah kat Pulau Duyung nak ambil gambar Masjid Kristal, tapi sayang Masjid Kristal tak pasang lampu.


Acara potong kek sambil doakan kesihatan Kak Maya.




Kemudian keluar  ke Dataran Syahbandar sebelum makan-makan di Water Front pulak.

Mungkin kerana tidak puas hati, keesokan paginya Luqman ke Pantai Batu Buruk lagi tengok matahari terbit.


 Tetapi kali ni Luqman ke sana dengan abahnya berdua sahaja. Tak ajak orang pun..... sampai hati tinggalkan orang ye....



Gambar-gambar lain ada di http://picasaweb.google.com/maznah74/PantaiBatuBuruk

Tuesday, March 2, 2010

Pagi di KualaTerengganu

Kali terakhir saya ke Terengganu kalau tidak silap perkiraan adalah pada tahun 1998. Selalu saja plan yang dibuat tergendala. Bila Kak Maya sakit, kami akhirnya sampai lagi ke sini. Hari Rabu, encik suami kata nak pergi, saya terus telefon Kak Gee. Ajak pergi sekali sebab Kak Gee ada sebut nak ziarah Kak Maya. Hari Jumaat cuti Maulidur Rasul. Jadi, kami bertolak hari Khamis. Selepas Maghrib kami keluar rumah. Konvoi dengan Kak Gee. Sampai di rumah Kak Maya lebih kurang jam 2.30 pagi. Puas hati saya dapat jumpa kakak saya. Maklumlah, sudahlah sakit, saudara mara pula jauh. Kami datang walaupun tak dapat nak tolong ubatkan, tapi dapat hiburkan hati pun jadilah kan.....





 Sarapan untuk pagi itu. Nasi dagang. Tak sempurna rasanya kalau datang keTerengganu tanpa menjamah nasi dagang. Nasi dagang ni memang sedap. Sanggup kami beratur sebab nak merasa nasi dagang sedap.......



Hihihi.... ni abang mie punya kerja. Tinggal tulang saja. Ikannya cukup fresh. Sedapppp.....Lagi satu, ikan tu punyalah besar. Kepala ikan tongkol tu rasanya adalah sebesar kepala ikan merah. Betul...tak tipu punya....



Udin tak pernah tau duduk diam. Habis rumah acik maya dilanda tsunami. Panjat kerusi.... lompat ke lantai...panjat meja....lompat lagi... semua benda perhiasan nak dicapainya. Ibu larang pun buat tak faham je. 


Dua orang kanak-kanak yang seumpama sepuluh orang. Udin dan Leesya. Ditambah dengan Luqman. Emmmm....lagilah. Rumah kak Maya yang sunyi sepi selama ni jadi riuh rendah dikerjakan dengan budak-budak ni. 

                                      
Luqman ke manapun pergi mesti nak bawa buku. Bangun dari tidur terus capai buku. Walaupun cuma kaler-kaler saja pun dah cukup puas hati dia..... Cuma Luqman terlupa nak bawa buku yang harus dibaca untuk exam. Ibu tak nak mengajar bukan sebab tak pandai.... tapi sebab memang  tak tahu. Maklumlah paper bahasa Arab. 


Tuan rumah. Kak Maya saya. Terima kasih atas layanan yang diberikan. Kami semua doakan agar kak Maya cepat sembuh. Sihat dan ceria macam selalu. Amin. Mak pesan, ambillah cuti tanpa gaji dalam sebulan ke. Rehat cukup-cukup. Nanti dah sihat kerjalah semula. Mak risau sangat bila kak Maya sakit. Abah lagilah risau.  Nanti bila ada kelapangan nanti Insyaallah kami akan berkunjung lagi ke Kuala Terengganu. 


Kami ke pasar untuk mencari lauk makan tengahari. Teruja saya bila melihat ikan masin yang molek-molek belaka. Tapi tak beli pun. Tengok je........


Ni lagi satu ikan tenggiri masin. Kalau yang ini saya suka. Tapi masalahnya saya dah terlupa nak beli. 


Hahaha..... tu lah lain kali bila berjalan tu hati-hatilah ye..... Abang Ramli baru je habis simen belakang rumah. Datang si Ika dengan selambanya lalu kat situ. Free-free je terpeleset tergolek dok gedebek macam nangka busuk. Nasib baik tak terus lekat kat atas simen basah tu. Kami semua punyalah seronok mentertawakan orang jatuh...... 

Thursday, February 18, 2010

cuba-cuba layout



Berangan ada.... bakat tak ada. Emmmm.... Saya mencuba. Macam biasa atas bantuan sifu saya (maznah, boleh tak awak belajar berdikari...buat sendiri). Dari sehari ke sehari saya nak post gambar ni. Ada lagi beberapa keping layout yang saya peram. Malu la pulak saya nak publish. Sebabnya....kalau tengok baru tahu.

 

Kali pertama saya mencuba ketika di Papier. Inilah percubaan kedua. Kurang di sana sini.  Tapi saya seronok. Cuma buat masa sekarang saya kena buat sendiri. Tak dapat nak jumpa-jumpa lagi sebab bibik saya sudah berhenti. Sampai hati kau bik...... huhu

Friday, February 12, 2010

ulat..... tolonglah saya geliiiiiiii



Saya tidak mendiskriminasi haiwan. Walaupun nampak cantik, tetapi ulat ni memang betul-betul menggelikan dan menakutkan. Saya jumpa ulat yang saya tidak tahu namanya ini di pokok yang ditanam oleh salah seorang tetangga saya sebagai hiasan sempadan rumah. Bukan seekor.... tapi banyak ekor. Kalau pokok tu semakin besar, tentu ulatnya pun semakin banyak kan..... Macamana kalau ulat tu merayap-rayap ke pokok-pokok bunga saya pulak? Kalau Luqman dan Udin main-main dekat pokok ni tentu nanti gatal-gatal satu badan kan. Aduh mak. Encik jiran, tolonglah tebang pokok ni..... 


Thursday, February 4, 2010

cupcakes????

bila cik abang belikan buku resipi....


Saya pernah buat cupcakes, tapi tak jadi. Kesian kan..... Saya ingat lagi, Luqman senyum-senyum kelat sewaktu saya pelawa dia rasa. Itu cerita dah lama dulu. Sejak tragedi tu saya tidak pernah lagi membuat cupcake atau apa-apa juga yang sewaktu dengannya. Saya hairan jugalah sebenarnya, dulu pernah juga saya cuba-cuba buat kek. Walaupun tidak enak tetapi ianya tetap mengembang setaman. Entah kenapa sekarang ni setiap kali membuat kek sudahlah rasanya tidak enak, mengempis sahaja pulak tu...... 


Dan kelmarin, tiba-tiba cik abang tu membelikan sebuah buku....Cupcakes.  Di dalamnya terkandung resipi dan panduan membuat cupcakes. Thank you yang..... tapi sebelum cuba ada satu benda nak kena belikan, cake mixer. Yang lama tu dah rosak. Sebabnya, saya gunakan untuk membuat adunan roti. Teruk betul kan... Roti tak jadi, mixer pun rosak! 

Nak cuba pun macam ngeri aje. Macam dah tahu endingnya......

Wednesday, February 3, 2010

bermesra dengan felt


Saya selalu sangat gagal bila bab membuat bunga. Tapi saya suka mencuba. Kebetulan musim kain felt sekarang kembali hangat. Jadi saya pun mengambillah kesempatan untuk menghasilkan beberapa bentuk bunga. Dan ini dia ..... 


Bunga-bunga kaku. Terus terang, saya ni tak pandai menjahit kerana ia akan menjadi sangat tidak kemas...... 
buat masa ni biarlah bunga saya kosong ....... nanti saya mandrem la jari jemari ni supaya pandai menjahit.


Bunga-bunga felt saya


Saya amat menghargai hasil kerja saya sendiri ataupun dalam ertikata lain, syok sendiri.....

Monday, February 1, 2010

sunday@papier

Terima kasih Ame.....seronoknya saya dapat mengerjakan embellishments Ame. Ampun maaf nanti lain kali bawak sendiri. Hihihi. 

       
hasil kerja pertama saya


satu lagi..... 

        

name tag
.
.
.
.
.
.
.
     dan hadiahnya....

     


Thank you teacher Jessie.....
:-))