|
||
|
Jadual kami di Terengganu sentiasa padat. Tak boleh duduk diamlah kiranya....kaki ni terasa macam gatal-gatal saja kalau tak dapat keluar ke mana-mana. Tak kering idea untuk mengeringkan poket....
Sudah sampai ke Terengganu kalau tidak singgah ke Kompleks Kraf Noor Arfa (NACC) tak patut pula la kan. Jadinya pagi hari kedua kami pun pergilah meninjau-ninjau apa yang patut di sana. Bukan nak memborong pun. Saja jalan-jalan cuci mata.
Sebenarnya pada petang sebelum tu kami semua sudah pergi ke NACC, tetapi nasib kurang baik kerana telah ditutup pada jam enam petang. Kami sampai pukul enam suku. Untuk tidak menghampakan diri sendiri kami pun subuh-subuh sepii sudah keluar dari rumah. Puas pusing-pusing, kami pun balik. Dapatlah sehelai dua kain pelekat untuk encik suami. Jadilah kan.......
Dalam ramai-ramai tu, saya rasa Luqman la yang paling seronok. Sebab dapat pengalaman baru, mewarna batik. Tekun Luqman mewarna. Abah temankan Luqman. Sesiapa yang terasa mahu mencuba boleh saja. Saya teringin juga, tetapi malulah dengan Luqman. Maklumlah tangan ibunya ni keras macam kayu. Pegang apa pun tak menjadi.
Hahaha... inilah aktiviti paling seronok di NACC. Beca pink ni kalau nak naik kena masukkan duit dua ringgit dalam tabung yang disediakan. Naiklah puas-puas. Tapi kena kayuh sendiri laa.... Abang Zam jadi pak supir. Ikan pun tak puas hati, nak bawak jugak. Terkial-kial si Ika mengayuh. Baru tau susah ke tak penarik beca mencari rezeki. Tu baru bawak budak kenit-kenit. Kalau yang naik sebesar mak-mak budak, siapa nak jawab.....
Penat berjalan....perut pun sudah lapar. Makan tengahari, kami menjamu selera di Restoran Mat Binjai. Makanannya sedap-sedap belaka. Sotong bakarnya sedap....ikan merahnya sedap.... puyuhnya pun sedap... boleh dikatakan semuanya sedap lah. Cuma satu saja yang saya dah tak muat perut hendak mencuba iaitu telur Penyu. Telur penyu banyak di jual di sini. Kesian si emak penyu. Saya rasa ini juga menjadi penyumbang kepada kepupusan penyu. Orang Terengganu jangan ambil hati ye......
Selepas makan kami ke Kedai Payang pula. Mak oooiiii..... cantik-cantik la baju batik yang dijual. Nampak yang itu teringin. Nampak yang ini berkenan. Rambang mata juga lah kira-kiranya. Kebetulan Fizza kirim baju batik. Bella pun bawa ke kedai kawan kak Maya. Dapatlah harga yang sedap sedikit. Tak tahulah samada Fizza suka ke tidak. Harap-harap berkenan.
Rancangan awal selepas balik dari Kedai Payang hendak ke Pantai Teluk Bidara . Tetapi hajat terbatal sebab masing-masing sudah kepenatan. Cuaca pula sangat panas. Berpeluh-peluh dibuatnya. Kami kembali ke rumah Kak Maya. Berehat sebentar sebelum ke agenda yang seterusnya.....
related posts:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment