Thursday, March 04, 2010
Pantai Chendering

Saya kagum dengan keindahan pantai di Terengganu. Terasa macam tak mahu pulang bila berada di tepi pantai. Pantai Chendering ni dekat saja dari rumah Kak Maya. Dalam sepuluh minit perjalanan. Kesian Nanang tak dapat ikut sekali. Biasanya Nananglah yang paling suka kalau nak berpicnic-picnic ni. Kesian-kesian pun, itu lain cerita. Enjoy tetap enjoy..... Mula-mula tu ingatlah. Tapi bila dah nampak air jernih kebiru-biruan dah tak ingat sesiapa lagi dah. 





Puas Ika memujuk Acik Maya ikut sekali ke pantai Chendering. Pada awalnya Kak Maya menolak. Masih tak larat untuk keluar berjalan-jalan. Tetapi hasil ketereran si Ika, cair juga Kak Maya Akhirnya. Niat asal hanya hendak bermandi-manda  sahaja. Tetapi semasa mengambil khemah di stor, encik suami terjumpa set bbq yang kelihatan seperti baru. Wah....apalagi. Masa tu juga terus kata nak buat bbq kat tepi pantai. Kak Gee dengan Abang Zam pergi dulu.... kami singgah di Giant membeli apa yang sesuai untuk dibakar.





Leesya kalau boleh nak berendam je. Bibik menjadi mangsa kesejukan.  Mana orang dewasa pergi, situlah yang Leesya nak ikut. Makin jauh kami ke dalam air, makin tak senang duduk si Aleesya. Tak puas hati betul dia bila bibik ajak dia main di gigi air sahaja. 





Lepas mandi, sempat lagi Luqman main layang-layang. Udin pulak langsung tak nak keluar dari dalam air. Ibunya nak pimpin tangan tak mahu. Nak jugak dia berjalan sendiri. Itu yang sekejap tenggelam sekejap timbul tu. Terkulat-kulat muka Udin bila tertelan air masin. Tapi tetap tak serik. Tak kira anak siapa, asal budak-budak yang sebaya dengan dia saja mesti menjadi mangsa kena kejar dengan Udin. 



Tu diaaa...... dua orang anak dara yang bertungkus lumus menyediakan juadah bbq kami. Ika dengan Bella. Bukan senang nak tengok mek berdua ni membuat kerja-kerja amal sebegini. Sekali bakar...licin. Bakar lagi.....licin. Ayamnya sedap banget!!!!  Wah, lepas ni senanglah kalau acik nak buat bbq sebab dah ada orang yang boleh diharapkan. 
















Sambil makan kami semua tak kering gusi melayan kerenah Udin dan Luqman. Luqman tak habis-habis dengan pantun-pantunnya. Sekejap-sekejap bergaduh dengan acik Zam dia. Angin satu badan Luqman bila acik Zam dengan Acik Gee kata dia minum kopi jantan. Udin pulak dengan ultraman dan raksaksanya. Habis semua orang kena fire. Lepas tu menari la pulak. Lepas tu menyanyi pulak. Tapi Udin nyanyi sorang pun tak faham. maaflah ye Udin!





 Memang seronok berbbq di tepi pantai. lagi seronok bila hanya kami sekeluarga saja yang ada di sana ketika itu. Sambil makan seronok dapat dengar deruan ombak. Dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Cewahhhhh.... Lagi menyeronokkan bila kami dapat membuat Kak Maya gembira. Mana tidaknya dari mula datang sampai dah nak balik kami semua asyik mengilai-ngilai saja. 

Berat hati kami nak meninggalkan pantai yang cantik ni... 


related posts:

2 comments:

Amelia Khalik said...

Wahhh seronok nya acik nah dpt berkumpul dgn keluarga..jeles nie!!..insyallah percutian keluarga saya pun tak lama lagi..kalau di izinkan allah swt...aminnnn...hehehe

maznah said...

me, pergi Trg best sebab pantainya bersih dan tempatnya cantik sangat! Klu ramai2 dgn family lg best. meriah

Blog Widget by LinkWithin