|
||
|
Kali terakhir saya ke Terengganu kalau tidak silap perkiraan adalah pada tahun 1998. Selalu saja plan yang dibuat tergendala. Bila Kak Maya sakit, kami akhirnya sampai lagi ke sini. Hari Rabu, encik suami kata nak pergi, saya terus telefon Kak Gee. Ajak pergi sekali sebab Kak Gee ada sebut nak ziarah Kak Maya. Hari Jumaat cuti Maulidur Rasul. Jadi, kami bertolak hari Khamis. Selepas Maghrib kami keluar rumah. Konvoi dengan Kak Gee. Sampai di rumah Kak Maya lebih kurang jam 2.30 pagi. Puas hati saya dapat jumpa kakak saya. Maklumlah, sudahlah sakit, saudara mara pula jauh. Kami datang walaupun tak dapat nak tolong ubatkan, tapi dapat hiburkan hati pun jadilah kan.....
Sarapan untuk pagi itu. Nasi dagang. Tak sempurna rasanya kalau datang keTerengganu tanpa menjamah nasi dagang. Nasi dagang ni memang sedap. Sanggup kami beratur sebab nak merasa nasi dagang sedap.......
Hihihi.... ni abang mie punya kerja. Tinggal tulang saja. Ikannya cukup fresh. Sedapppp.....Lagi satu, ikan tu punyalah besar. Kepala ikan tongkol tu rasanya adalah sebesar kepala ikan merah. Betul...tak tipu punya....
Udin tak pernah tau duduk diam. Habis rumah acik maya dilanda tsunami. Panjat kerusi.... lompat ke lantai...panjat meja....lompat lagi... semua benda perhiasan nak dicapainya. Ibu larang pun buat tak faham je.
Dua orang kanak-kanak yang seumpama sepuluh orang. Udin dan Leesya. Ditambah dengan Luqman. Emmmm....lagilah. Rumah kak Maya yang sunyi sepi selama ni jadi riuh rendah dikerjakan dengan budak-budak ni.
Luqman ke manapun pergi mesti nak bawa buku. Bangun dari tidur terus capai buku. Walaupun cuma kaler-kaler saja pun dah cukup puas hati dia..... Cuma Luqman terlupa nak bawa buku yang harus dibaca untuk exam. Ibu tak nak mengajar bukan sebab tak pandai.... tapi sebab memang tak tahu. Maklumlah paper bahasa Arab.
Tuan rumah. Kak Maya saya. Terima kasih atas layanan yang diberikan. Kami semua doakan agar kak Maya cepat sembuh. Sihat dan ceria macam selalu. Amin. Mak pesan, ambillah cuti tanpa gaji dalam sebulan ke. Rehat cukup-cukup. Nanti dah sihat kerjalah semula. Mak risau sangat bila kak Maya sakit. Abah lagilah risau. Nanti bila ada kelapangan nanti Insyaallah kami akan berkunjung lagi ke Kuala Terengganu.
Kami ke pasar untuk mencari lauk makan tengahari. Teruja saya bila melihat ikan masin yang molek-molek belaka. Tapi tak beli pun. Tengok je........
Ni lagi satu ikan tenggiri masin. Kalau yang ini saya suka. Tapi masalahnya saya dah terlupa nak beli.
Hahaha..... tu lah lain kali bila berjalan tu hati-hatilah ye..... Abang Ramli baru je habis simen belakang rumah. Datang si Ika dengan selambanya lalu kat situ. Free-free je terpeleset tergolek dok gedebek macam nangka busuk. Nasib baik tak terus lekat kat atas simen basah tu. Kami semua punyalah seronok mentertawakan orang jatuh......
related posts:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment