|
||
|
bila cik abang belikan buku resipi....
Saya pernah buat cupcakes, tapi tak jadi. Kesian kan..... Saya ingat lagi, Luqman senyum-senyum kelat sewaktu saya pelawa dia rasa. Itu cerita dah lama dulu. Sejak tragedi tu saya tidak pernah lagi membuat cupcake atau apa-apa juga yang sewaktu dengannya. Saya hairan jugalah sebenarnya, dulu pernah juga saya cuba-cuba buat kek. Walaupun tidak enak tetapi ianya tetap mengembang setaman. Entah kenapa sekarang ni setiap kali membuat kek sudahlah rasanya tidak enak, mengempis sahaja pulak tu......
Dan kelmarin, tiba-tiba cik abang tu membelikan sebuah buku....Cupcakes. Di dalamnya terkandung resipi dan panduan membuat cupcakes. Thank you yang..... tapi sebelum cuba ada satu benda nak kena belikan, cake mixer. Yang lama tu dah rosak. Sebabnya, saya gunakan untuk membuat adunan roti. Teruk betul kan... Roti tak jadi, mixer pun rosak!
Nak cuba pun macam ngeri aje. Macam dah tahu endingnya......
related posts:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment