Tuesday, December 28, 2010

Lama menghilang dan..... orang baru

Lama saya tak mengupdate blog. Jenguk pun sekali sekala. Dan hari ini saya kembali dan nak juga memperkenalkan 'orang baru'...... jeng jeng jeng.....


Nadine Nurhanna

Doa dari ibu, abah dan abang-abang, semoga Nadine menjadi anak yang baik ..... amin.  Sayang Nadine.....

Monday, October 4, 2010

Hari Keluarga Allahyarham Hj. Nursiddique


Semalam, Ahad 3hb Oktober saya menghadiri perjumpaan keluarga generasi Allahyarham Hj. Nursiddique. Majlis diadakan di rumah Mak Usu di Bandar Baru Bangi, Alhamdulillah, walaupun tidak semua tetapi ramai yang dapat berkumpul bersama-sama mengeratkan lagi tali silaturrahim. Ada yang walaupun sepupu tetapi lebih sepuluh tahun tak jumpa, semalam dapatlah bersua muka dan beramah mesra. Terima kasih kepada Mak Usu dan Pak Usu  sekeluarga selaku penganjur majlis yang sangat meriah itu. Tahun depan bolehlah kita berkumpul lagi......kan.

Dan door gift  untuk para tetamu, cupcakes......



Wednesday, September 22, 2010

Masih beraya.....

Masih mood raya. Belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari raya kepada semua. Maaf zahir dan batin atas segala kesilapan samada  yang disengajakan ataupun tidak. 


Paling menyeronokkan bila kami  dapat berkumpul di Layang-Layang, Johor dan membuat sedikit majlis tahlil dan bacaan Yaasin untuk arwah datuk dan nenek di sebelah ibu. Dan lebih mengujakan apabila  pada 3hb Oktober ini akan diadakan juga majlis reunion keluarga datuk dan nenek di sebelah bapa pula. Majlis akan berlangsung di kediaman Mak Usu di Bandar Baru Bangi. Insyaallah.

Dalam bergembira, saya ingin menyampaikan salam takziah saya kepada keluarga saudara saya yang terkorban di dalam kemalangan jalanraya pada hari raya keempat. Tragedi itu telah meragut nyawa bapa dan anak perempuannya yang berusia 15 tahun. Al Fatihah. semoga Allah SWT mencucuri rahmat keatas rohnya. Amin.

Juga turut menyentuh perasaan saya apabila bertemu anak perempuan sepupu saya yang berusia 3 tahun tetapi telah diuji dengan penyakit kanser seawal usia belum mencecah 2 tahun lagi. Sebagai seorang ibu yang juga memiliki anak kecil, ia cukup meninggalkan kesan kepada saya. Semoga Allah mempermudahkan perjalanan hidup anak yang tidak berdosa ini. Amin. Kepada si ibu, semoga terus tabah. Saya amat kagum dengan semangat dan kekuatan yang beliau miliki.

Setiap perkara yang berlaku, membuatkan saya lebih menghargai insan-insan di sekeliling saya. Membuatkan saya lebih menghargai diri saya sendiri. Kalau selama ini saya rasakan ujian yang Allah berikan kepada saya adalah besar, sesungguhnya ada  lagi insan-insan lain yang menerima ujian yang lebih besar daripada saya. Alhamdulillah, ya Allah aku bersyukur di atas segala nikmatMu........

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan....

Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah. Allah masih memberi saya peluang untuk menyambut Ramadhan tahun ini bersama suami, anak-anak, keluarga dan teman-teman kesayangan saya. 

Kawan saya tag tentang 10 perkara sepanjang hari dalam sehari kita berpuasa. Kiranya saya ni meminjam sajalah..... untuk share dengan kawan-kawan yang lain. Perkara yang baik kan elok kalau dikongsi bersama...Kenalah klik ye kalau nak lebih jelas.



Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua. Semoga segala amalan kita di bulan yang mulia ini nanti akan diterima Allah sebagai satu ibadah. Amin.



Friday, August 6, 2010

Armalia....

Ada apa ya di Armalia......  

Sempena Aidilfitri



Kad ucapan sempena Aidilfitri 
Belum sempat  kami upload semua. Ada lagi yang akan menyusul kemudian.







Bakul
Lengkap dengan bekas kuih dan jambangan bunga.
Sesuai untuk dibuat buah tangan sempena hari raya yang akan datang.








Kotak mengkuang
 Mencari idea untuk mengisi baju kurung sebagai hadiah kepada ibu tersayang.... 
kotak mengkuang inilah jawapannya!




Bunga
Semua wanita inginkan rumah yang cantik sempena hari raya. 
Ini adalah salah satu contoh gubahan bunga yang kami hasilkan berdasarkan permintaan pelanggan. 


 Perkhidmatan sepanjang masa








Album
Amat sesuai sebagai hadiah hari Lahir atau ulang tahun.






Journal
Juga sesuai dijadikan cenderahati. Atau juga sebagai simpanan peribadi.







Kad Ucapan 
Untuk apa jua sambutan. Kami juga menerima tempahan mengikut permintaan pelanggan.







Katalog
Katalog yang dihias cantik.
 Sesuai juga dijadikan guestbook bagi majlis perkahwinan dan apa jua majlis.









Scrub badan dan kaki
Scrub ini dihasilkan sendiri oleh Amelia. 
Dihias indah  untuk dijadikan kenang-kenangan. Si dia pasti akan tersenyum.......













Hantaran
Armalia juga menerima tempahan gubahan hantaran, bunga telur dan cenderamata untuk majlis perkahwinan.

dan banyak lagi

Jangan lupa singgah yaaaa.........

Wednesday, July 28, 2010

Di majlis pertunangan Iwan

25 Julai baru-baru ni anak abang saya, Iwan bertunang. kami berkumpul di rumah abang di Semenyih dan bertolak ke Cheras sebelum Zohor. Selesai solat Zohor di Masjid Azzubair Abnul Awwam, kami terus ke destinasi dituju. Namanya majlis bertunang. Tetapi kami sekeluarga yang pergi amboi mak........ berbondong-bondong tak sedar diri. Punyalah ramai. 

Abah baca doa selamat sebelum berangkat


Bapa pengantin


Ibu pengantin


Pinangan sudah diterima.....alhamdulillah

Suka...suka.... dapat cincin

sempat lagi lah mak-mak orang ni.....


yang ni semua menunggu giliran......

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak tuan rumah yang sudi menerima kedatangan kami yang ramai ni....... ni baru bertunang. Kalau majlis perkahwinan nanti tak tahulah macamana gegak gempitanya wakil dari pihak lelaki...... harus ada FRU


Monday, July 19, 2010

Kesian....Luqman demam




Kesian Luqman. Dua minggu lepas Luqman dah demam. Seminggu tak ke sekolah. Bila dah sembuh..... sempat ke sekolah seminggu, lepas tu demam balik. Selsema dan batuk sekali. Hari ni cuti lagi. Harap-harap esok Luqman sihat. Dapatlah ke sekolah macam biasa..... Cepat sembuh ya Luqman. Ibu sayang Luqman......



Monday, July 12, 2010

Kenduri Umar dan Aqeel

Hari Ahad ada kenduri potong jambul anak Abang Halim dan Kak Ash, Umar serta anak Ayun dan Fardahila, Aqeel di rumah emak dan abah kat Paya Redan, Pagoh. Saya sampai lambat.... jam dua belas baru sampai...... Maaflah ye. Tak dapat nak tolong masak. Dari Melaka, kami terus balik Pagoh. Apa lagi menyinsing lenganlah saya.... bukan menyinsing lengan menolong buat kerja, tapi hahahaaaa...... makan!!!! Apa-apa hal pun makan mesti diutamakan.

Antara tetamu yang hadir.


Majlis tahlil sedang berlangsung. 


Selawat Nabi

Umar


Aqeel


Goodie bags. Ada surah Yaasin dan sedikit kuih muih.


Dalam plastik hijau ni ada nasi putih, serunding, ayam masak kicap, sambal goreng jawa dan mee. 
Itulah adat kami di kampung. 

Majlis bersurai. Semua tetamu pulang.


Kak Cha ni isi untuk diri sendiri ke untuk tetamu?


makcik.... isi air dalam jug pun nak posing lagi yer......

Mak n the gang. Peace!.....

pari-pari mak.... berhempas pulas menjayakan kenduri 
Umar dan Aqeel.
Terima kasih  daun keladi....


Sunday, July 11, 2010

Selepas banjir

Selepas banjir yang agak besar melanda kampung Paya Redan baru-baru ini, nampaknya sungai kecil (kami panggil parit) di depan rumah emak dan abah saya telah dikorek semula. Lebih bersih dan agak luas. Hendaknya jika berlaku hujan lebat selepas ini, air yang berlebihan akan mengalir terus ke hilir. Tidaklah air dari bukit di belakang rumah tu melimpah ke rumah emak dan abah......

ketika banjir

air telah surut

parit yang baru dibersihkan