Dua minggu lepas, seorang kawan menelefon saya sambil menangis tersedu sedan. Sedih bukan kepalang kawan saya ni bila namanya diremove dari friend list kawannya itu tanpa sebab musabab. Dan semalam kawan saya ni menelefon saya lagi. Kali ini lain ceritanya. Kawan yang telah meremove namanya itu menelefon kawan saya untuk meminta sedikit bantuan. Kecemasan katanya.
Ok. Cerita biasa kan.....
Sejak kebelakangan ini ramai warga facebook yang merungut bila menyedari nama mereka digugurkan dari friend list kawan-kawan mereka. Bagi sesetengah orang mungkin tidak kisah, 'lantaklah....", aku peduli apa....', 'ada aku kesah...'. Tetapi bagi mereka yang sangat menghargai persahabatan, tentulah terasa hati bila ini berlaku. Ye lah.... kita ni kan manusia biasa. Kadang-kadang dalam tidak sedar melakukan kesilapan. Bila kawan sudah berkecil hati, tengah geram, macam-macam boleh berlaku. masa tu. Apa yang ada di depan matalah yang menjadi mangsa. Kalau sudah mengadap facebook 24 jam, harus perkara pertama yang dilakukan adalah meremove nama kawan tadi. Puas hati!
Sekadar peringatan untuk diri sendiri, marah macamana sekalipun, seharusnya ada sedikit pertimbangan. Kawan memang ramai. Tetapi kawan yang baik sukar untuk dicari. Hari ini kita buang kawan kita. esok lusa ditakdirkan Tuhan, kawan kita itulah tempat kita meminta pertolongan. Manalah nak disorokkan muka ketika tu nanti. Kalau kita tak remove pun bukan kawan tu boleh keluar dari komputer tu.... biarkan sajalah.
Tuesday, April 27, 2010
Thursday, April 22, 2010
Bazaar@SEGi College, Kota Damansara
Ini kali kedua Armalia Gifts terlibat dengan bazaar di SEGi College Kota Damansara. Bazaar kali ini sempena graduation day yang diadakan di kolej tersebut. Armalia Gifts akan berada di booth yang sama dengan Mon Petit Cafe. Sesiapa yang meminati lasagna, kek batik dan puding cream caramel, bolehlah singgah ke booth kami. Bagi yang meminati barangan kraf hasil buatan sendiri, sudi-sudikanlah datang. Namun tidak semua barangan dapat kami bawa ke bazaar itu nanti. Bagi keperluan perkahwinan, ianya boleh ditempah dan dihantar mengikut tarikh yang ditentukan oleh pelanggan.
Jangan lupa kita jumpa di SEGi kolej Kota Damansara pada 24 dan 25 April 2010 ini dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Bawalah kawan-kawan dan keluarga datang bersama-sama...... kita jumpa nati!




........dan banyak lagi.
Monday, April 19, 2010
kari kepala ikan
Ini namanya kari kepala ikan. Walaupun tak ada rasa, ada rupa sikit-sikit pun jadi lah kan...... ok la mencuba. Maklumlah saya kan ratu tak pernah turun ke dapur. Kari kepala ikan ni nak jumpa di rumah saya setahun sekali pun susah. Mana tidaknya Luqman hari-hari nak makan ikan masak kicap....daging masak kicap....ayam masak kicap. Sekali sekala masak menu tergempar begini, wah!!! bangga sekali. Maaflah ye.....
Tuesday, March 16, 2010
Denggi!
hahaha.... ini lah gambar sebenar yang nak diupload tu. Tujuan asal adalah untuk meraih simpati. Tetapi sayang gambar yang dulu tu tak mau keluar le pulak. Sekarang ni pun dah sihat. Upload la jugak untuk tengok sendiri. Jadilah......
Selalu saya dengar si polan diserang demam denggi....si anu pula denggi berdarah.... dan kebetulan di kawasan tempat saya tinggal ini sedang diserang wabak ini. Jadi, bila demam dan sengal-sengal tulang tak lain dan tak bukan itulah yang pertama singgah di fikiran saya. Hari kelima demam, doktor mengesahkan saya menghidap demam denggi. Alhamdulillah bukan denggi berdarah.
Keluar dari wad, saya berkampung di rumah Kak Cha. Dapatlah Kak Cha tengok-tengokkan hero yang dua orang tu. Setelah dua minggu barulah keadaan kemballi normal. Cuma cepat letih dan sengal-sengal tulang sedikit. Sepanjang demam, agak sengsara juga rasanya. Demam yang tinggi, sakit badan, sakit perut, sakit tulang dan sendi, sakit kepala, sakit sekeliling mata (saya katakan pada encik suami, "yang, mata ibu ni rasa macam nak tercabut je rasanya..... macam nak tanggal pun ada") dan macam-macam sakit ada.
Saya bersyukur diberikan kesembuhan olehNya. Untuk teman-teman di luar sana, cepat-cepatlah ke klinik atau hospital bila demam. Usah ditunggu ke hari ke lima baru membuat ujian darah. Ada kes yang berlaku, ujian darah yang dibuat oleh pesakit pada hari kedua juga telah menunjukkan tanda denggi yang kronik. Di ketika denggi menjadi wabak sekarang ini, sama-samalah kita berhati-hati dan berwaspada.....
Tuesday, March 9, 2010
Bila Luqman bertanya......
Kelmarin di meja makan, Luqman cakap pada saya, "ma, abang susah hati lah ". Saya tanya kenapa. Luqman kata "macamana kalau abah dengan mama mati cepat?". Alamak . Kenapa soalan ni. Saya katakan pada Luqman, "Luqman doalah mama dengan abah panjang umur. Dapat jaga Luqman...jaga adik....Dalam dunia ni, semua akan mati. Pokok mati....kucing mati...kita manusia pun akan mati"
Keesokan harinya, Luqman tanya perkara yang hampir sama. "Ma, macamana kalau umur kita berhenti?" Jawapan saya mudah "kalau umur kita berhenti, maknanya meninggal dunialah kita" Kemudian soalan bertubi-tubi diajukan kepada saya. Macamana caranya kita mati.... bila kita akan mati.... siapa diantara kami yang mati dulu..., nanti kemana kita selepas mati....nanti bila kita dah mati kita boleh sama-sama masuk syurga ke...Saya cuba beri jawapan yang agak ilmiah. "Luqman, itu semua kuasa Tuhan. Allah yang tentukan. Kita manusia tak tahu apa-apa tapi kita kena bersedia untuk mati. Kalau pahala kita banyak nanti dapatlah kita masuk syurga sama-sama. Tapi kan Luqman, Luqman tak boleh terlalu fikir sangat soal mati. Nanti Luqman susah hati dan fikir yang bukan-bukan pulak"
Sebelum perbualan berakhir, luqman sempat bertanya kepada saya, "ma, kalau mama, abah dengan abang mati dulu, siapa nak jaga adik?" Lepas tu saya nampak mata Luqman merah dan berkaca-kaca. "Kalau kita tak ada, kan atuk ada. Nenek ada. Mak dan bapa saudara Luqman pun ramai. Luqman janganlah tanya soalan macam ni lagi ye..." saya jawab. Lepas tu saya masuk bilik. Tidak mahu Luqman memanjangkan soalan.
Sebenarnya ia adalah soalan biasa bagi kanak-kanak seusia Luqman. Cuma bila Luqman terlalu memikirkan tentang mati dan terlalu emosi saya agak bimbang. Dan soalan-soalan itu pun tidak berhenti di situ sahaja. Malam sebelum melelapkan mata untuk tidur, Luqman bertanya lagi tentang itu.......
Keesokan harinya, Luqman tanya perkara yang hampir sama. "Ma, macamana kalau umur kita berhenti?" Jawapan saya mudah "kalau umur kita berhenti, maknanya meninggal dunialah kita" Kemudian soalan bertubi-tubi diajukan kepada saya. Macamana caranya kita mati.... bila kita akan mati.... siapa diantara kami yang mati dulu..., nanti kemana kita selepas mati....nanti bila kita dah mati kita boleh sama-sama masuk syurga ke...Saya cuba beri jawapan yang agak ilmiah. "Luqman, itu semua kuasa Tuhan. Allah yang tentukan. Kita manusia tak tahu apa-apa tapi kita kena bersedia untuk mati. Kalau pahala kita banyak nanti dapatlah kita masuk syurga sama-sama. Tapi kan Luqman, Luqman tak boleh terlalu fikir sangat soal mati. Nanti Luqman susah hati dan fikir yang bukan-bukan pulak"
Sebelum perbualan berakhir, luqman sempat bertanya kepada saya, "ma, kalau mama, abah dengan abang mati dulu, siapa nak jaga adik?" Lepas tu saya nampak mata Luqman merah dan berkaca-kaca. "Kalau kita tak ada, kan atuk ada. Nenek ada. Mak dan bapa saudara Luqman pun ramai. Luqman janganlah tanya soalan macam ni lagi ye..." saya jawab. Lepas tu saya masuk bilik. Tidak mahu Luqman memanjangkan soalan.
Sebenarnya ia adalah soalan biasa bagi kanak-kanak seusia Luqman. Cuma bila Luqman terlalu memikirkan tentang mati dan terlalu emosi saya agak bimbang. Dan soalan-soalan itu pun tidak berhenti di situ sahaja. Malam sebelum melelapkan mata untuk tidur, Luqman bertanya lagi tentang itu.......
Monday, March 8, 2010
Di perjalanan pulang - Pantai Teluk Bidara & Cherating
Masih tak habis-habis lagi..... Ini cerita tentang perjalanan pulang ke Shah Alam. Dari rumah kak Maya, perjalanan pulang kami menyusuri pantai. Bayangkanlah sepanjang perjalanan kami asyik pandang kiri sahaja. Kalau boleh tidak mahu terlepas pandang . kalau boleh bawa balik, kami semua dah angkut pantai yang biru itu pulang ke rumah. Indahnya alam ciptaan Tuhan kan. Rumah-rumah kayu di pesisir pantai menambahkan lagi unsr-unsur dramatik. Alangkah bertuahnya kalau saya ada rumah di tepi pantai macam tu......
Kami singgah di Pantai Teluk Bidara. Di sini tidak dibenarkan mandi. Bahaya. Pantainya sungguh-sungguh cantik dan bersih sekali. Pasirnya sangat halus dan putih. Rugi kalau tidak singgah barang sekejap pun. Panas bukan main, tapi kami tak kira. Luqman main air dengan Ika tetapi di gigi air sahaja. Nak pergi lagi jauh ke dalam air takut lah jerlus pulak kan. Kalau nak tahu bagaimana jernihnya air di sini, belek-beleklah gambar-gambar ni......








Kalaulah saya ada rumah di tepi pantai begini, saya akan buatkan bangsal di bawah pokok kelapa tu... lepas tu petang-petang saya buat keropok lekor dan jemur ikan masin kat situ....
wah mengancam tak yang idea ibu ni.......
Luqman kalau nampak pantai memang terus jadi macam ni. Tak sempat buka-bukaan dah terus duduk kat pasir. Tapi tak apa, pasir tu bersih. Duduklah puas-puas....
Di bawah sinar terik mentari... rasa-rasanya suhu ketika itu mencecah 40 degrees celcius. Tetapi, nak bergambar di tepi laut punya pasal, kami redah je sampai terseringai tersengih dibuatnya.
Ni yang dua orang ni sebenarnya tak puas hati sebab tak dapat mandi. Dapat main sikit-sikit pun jadilah. Sejak dari bertolak tadi dah tak sabar-sabar nak singgah di tepi pantai.
Jernih kan airnya...... siapalah yang tidak geram. Kalaulah di Selat Melaka ni airnya jernih sebegini, agaknya setiap minggu kami akan berkampung di tepi pantai. Best sangat....
Terakhir sebelum pulang, kami singgah di Cherating. Nak dijadikan cerita, kereta kami terbenam di dalam pasir. hahaha.... padan muka kami. Masa kami mula-mula sampai, ada kereta tu parking betul-betul di belakang kereta kami. Jadinya bila tidak boleh reverse, encik suami terpaksalah pusing ikut depan. Dan oleh kerana hendak mengelak tiang lampu yang ada di situ, kereta kami pun kedepanlah sedikit. Dan kesudahannya........
Sebenarnya tempat kereta ni terbenam betul-betul di tepi tempat parking. Tetapi disebabkan pasirnya sangat halus dan agak dalam, lalu apa lagi. Terimalah.....
Nasib baik di tepi pantai tu ramai hero-hero idaman Malaya. Sekali Ika senyum je.... berderet-deret yang datang menghulurkan bantuan. Muda-muda belaka....
Tolakkkk bang.... kuat lagi bang..... Terima kasih buat semua yang menolong. Terima kasih yang tidak terhingga. Kalaulah tidak ada orang lain ketika tu.... maunya kami terpaksa panggil abang bomba datang.
Penat menolak kereta, bermandi mandalah kami di Pantai Cherating ini. Maklumlah pertama kali sampai di sini. Adalah unsur-unsur 'J' sedikit. Masing-masing tak sabar nak berendam dalam air. Sempat lagi mencari pelampung untuk Luqman dan Udin.
Udin buat apa tu..... tak boleh jumpa apa benda pun di tepi pantai, mesti Udin ambil lepas tu buat main... tapi bila nampak anak ketam, udin takut.
Udin tak mahu dipegang langsung. Makin lama-makin jauh ke dalam air. Bila ombak datang lagilah Udin suka. Bila terminum air masin Udin lagi suka. Terkekek-kekek dia ketawa.
Ombak di sini agak kuat. Itu yang seronoknya mandi di sini. Luqman dah tak ingat abah dan ibunya. Seronok main ombak dengan kakak Ika. Terjerit-jerit tak ingat dunia dah masing-masing.
Menunggu ombak tiba. Udin tak puas hati tak dapat ke tengah laut. Mana tidaknya, Acik Gee dengan Ika dah ketengah sama-sama dengan abang dia. Sorry la Udin bukan ibu tak nak bawa Udin ke tempat yang dalam sikit. Sebenarnya ibu tak pandai berenang...... kesian kan.
Meriah. Seronok. Abang Zam tak habis-habis menyakat Luqman. Ada-ada saja diusiknya budak Luqman tu. Tapi Luqman enjoy betul masa mandi tu.
Yeahhhhaaaaaa.......
Selamat tinggal Cherating......
selamat tinggal untuk sebuah perjalanan yang sangat indah
Sunday, March 7, 2010
Masjid Kristal
Pagi sebelum balik, kami sempat lagi melawati Masjid Kristal. Tetapi kerana kesuntukan masa, kami tidak sempat melawati kesemua 21 monumen-monumen mini pelbagai masjid dari seluruh dunia yang terdapat di dalam Taman Tamadun Islam tersebut.
Sampai saja terus bergambar. Tak habis-habis..... tak kira di mana pun.
Dari sisi masjid kristal. Hehehe... penampilan istimewa Ika. Tapi bab bergaya tak boleh nak tinggal. Tengok kaki dia yang sebelah kiri tu....
Luqman sampai saja di dalam masjid terus buat sembahyang sunat tahiyatul masjid. Disaksikan oleh Leesya dan bibik.
Inilah dua orang budak kecik yang tak makan saman. Di kawasan masjid mana boleh lari sana lari sini dik ooiii... tak boleh jerit-jreit dan bising-bising. Lain kali jangan buat lagi ye.
Masjid kristal ini sungguh cantik. Binaannya yang terdiri dari kaca kristal dan besi membuatkannya kelihatan sangat unik dan cantik.
Leesya pandai makan sendiri. Tak nak pun orang tolong suapkan. Bagus Leesya makan. Tertib. Tak ada bersepah-sepah pun.
Pulang dari masjid anak-anak semua nak makan di Mc Donald. Jadi, kami pun beramai-ramailah menyerang McD. Setelah kenyang makan, kami kembali ke rumah kak Maya untuk menghantar Bella pulang. Kemudian kami pun berangkat pulang.
Berat hati nak meninggalkan kak Maya. Kalau ikutkan hati saya teringin juga untuk menambah barang sehari dua lagi di Kuala Terengganu. Tetapi memandangkan Luqman ada exam keesokan harinya , kami pun pulang juga. Selamat tinggal Kak Maya....selamat tinggal Bella... selamat tinggal Abang Ramli..... kami balik dulu. Terima kasih atas layanan yang diberikan. Insyaallah nanti kami akan berkunjung lagi ke Kuala Terengganu.
Subscribe to:
Posts (Atom)















