Terkejut. Sedih. Simpati. Takut. Semua perasaaan bercampur baur jadi satu. Tak tahu saya macamana untuk memulakan cerita.
Minggu lalu saya dikejutkan dengan berita yang agak 'besar'. Ibu mertua (yang juga ibu saudara saya) tidak sihat. Kami bawa emak ke Poliklinik Az zaharah Kajang, Doktor bertugas merujuk kes emak ke Hospital Putrajaya. Di hospital Putrajaya, doktor kata emak mengidap breast cancer kemungkinan besar pada stage ke empat. Buat masa ini kami sedang menunggu panggilan dari hospital samada emak akan menjalani rawatan chemotherapy dan setelah selesai 6 sessi akan menjalani pembedahan ataupun doktor akan melakukan pembedahan serta merta. Semua bergantung kepada laporan ujian biopsy mak, kanser itu kanser payudara yang 'biasa' ataupun kanser payudara 'yang lain'.
Biarlah apa juga keputusan yang akan diambil nanti, semoga mak akan bertambah sihat. Itu doa saya untuk mak. Dan semoga Allah mengurangkan beban kesakitan yang emak tanggung. Amin.
Thursday, July 28, 2011
Monday, May 23, 2011
al-fatihah
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mangsa-mangsa tanah runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Hulu Langat. Kepada mangsa yang terselamat, semoga tabah dengan ujian yang Allah berikan.
Doa saya moga kalian semua diberkatiNya sentiasa. Amin.
Doa saya moga kalian semua diberkatiNya sentiasa. Amin.
Sunday, May 15, 2011
ingat masa budak.....
Bila cuaca panas macam ni, teringat saya masa zaman budak-budak duduk kat kampung. Zaman tu di kampung manalah ada aircond. Kipas angin pun satu, dan yang satu itulah kami kongsi ramai-ramai.
Bila dah serba tak cukup, masing-masing cari idea nak sejukkan badan. Rumah dapur mak sekerat batu sekerat papan. Siling jangan tanya confirm tak ada...... Jadi adalah yang baring bawah meja makan. Alihkan kerusi letak bantal baru boleh bernafas. Memandangkan kalau baring bawah meja sorang saja yang dapat rasa sejuk, kami ramai-ramai pakat buat hujan tiruan.Tarik getah paip abah sambungkan kat kepala paip lepas tu halakan atas bumbung rumah. Wahhhhh.... memang sejuk rasanya. Tapi bila fikir-fikir balik berapa agaknya bil air mak abah kena bayar nanti, kami pun lupakan tentang hujan tiruan.
Lebih ekonomi dan lebih menghargai alam semulajadi, kami ramai-ramai terjun dalam sungai kecil depan rumah. Waktu tu air masih dalam dan jernih. Kawasannya pun bersih. Tak macam sekarang cetek dan keruh..... Sungai kecil tu kami panggil parit. Dekat dalam parit inilah kami berendam. Abah buat pangkin kayu siap dengan tangga sekali. Kalau takut kena panas, kami menyorok bawah jambatan kayu yang abah buat sendiri dengan tulang empat kerat abah.... sambil berendam kami tangkap ikan seluang dan ikan cocot gunakan tapis sayur mak yang kami sembunyi-sembunyi ambil ikut pintu belakang. Lepas tu ikan kami masuk dalam balang.
Seronok....
Tapi sekarang ni, bila dah zaman anak-anak saya, bila sebut masuk dalam parit semua lari jauh-jauh. Main baling-baling batu dalam air ajelah..... tak patut....tak patut....
Tuesday, May 10, 2011
Ma... Udin nak sekolah!
Malam tadi Udin tidur pakai baju sekolah abang. Bangun-bangun je pagi sibuk nak naik bas la pulak...... alamak. Udin kalau nak sekolah rambut tu kena potong dulu ye. Sekarang ni pun mana Udin pergi ramai sangat yang bertanya "perempuan ke lelaki?". opppsssss...... bahaya tu :))
Lagi satu....
botol susu tu kasi buang dalam laut dulu.....haha
Friday, May 6, 2011
selamat hari ibu
buat emak.....
Terima kasih emak..... atas segala pengorbanan emak. Mengandung dan melahirkan saya. Mak memelihara dan mendidik saya . Saat suka dan duka saya, mak sentiasa ada di sisi. Tak ternilai pengorbanan emak selama ini. Terima kasih emak. Semoga emak sentiasa dirahmatiNya. Amin.
Saya sayang emak!
Wednesday, May 4, 2011
semakin saya belajar untuk memahami,
semakin banyak yang saya tidak fahami.....
Tentang sebuah pengorbanan. bila ada yang terpaksa dikorbankan dan ada yang terkorban.
Biar apa juga pun yang berlaku saya percaya Insyaallah, disebalik semua itu ada hikmah yang tidak terbanding nilainya. Amin ya rabbal alamin..
Wallahualam
Friday, March 25, 2011
iCity
Sebenarnya rancangan asal kami nak bawa tengok hot balloon di Putrajaya. Dah sampai sana, alahai hujan lah pulak. Jadinya, untuk tidak menghampakan anak-anak kami pun pergilah ke iCity.
Kesian kannnnn..... iCity kat situ aje, tapi tak pernah pergi. Selalu lalu lalang, nampak meriah sungguh. Luqman pun asyik sebut iCity aje. Berombongan Cik Kiahlah kami hari itu.
Jadilah kan..... best tau!!!!! sob....sob....
Monday, March 21, 2011
Wednesday, March 16, 2011
Saturday, March 12, 2011
Friday, March 11, 2011
saffron
Dah lama saya meninjau-ninjau di merata kedai dari kedai runcit hinggalah ke pasaraya mencari encik saffron ni..... akhirnya dekat batang idung aje.... hahhah!!! saya jumpa saffron ni di satu kedai Iran (agaknyalah orang Iran) dekat dengan rumah saya.
Inilah paras rupa encik saffron yang saya idam-idamkan sangat tu......
selalunya dapat tengok gambar aje!
Ini pula saffron yang sudah direndam, menghasilkan warna kuning.
Apa lagi, saya pun bersilatlah di dapur memasak nasi briyani. Dan dengan ini saya ingin memaklumkan bahawa saffron memang menjadikan masakan kita lebih sedap dan menyelerakan :))
Saturday, March 5, 2011
BBQ
Hahaha..... kalau bab makan kami memang nombor satu!
Ini BBQ sempena kenduri Iwan dan Umi. Tahniah untuk pasangan pengantin.
Iwan dan Umi. Selamat pengantin baru.
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...amin
Daging lembu...... silakan
pembakaran terbuka
yang ni pembakaran tertutup.....
taukeh ayam. dua singgit....dua singgit.....
untuk budak-budak.....
tapi telah diselamatkan dengan jayanya oleh ibubapa budak-budak :)
Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Lepas ni bolehlah kita berBBQ lagi ye!
Subscribe to:
Posts (Atom)








