Friday, June 25, 2010

Banjir lagi!!!









Main air!






Keadaan dalam rumah













Gotong-royong membasuh rumah






Luqman & Udin pun sama tolong




Upah Luqman & Udin: naik motor


Penat sangatlah Luqman tu..zzzz

Sunday, June 13, 2010

Selamat hari bapa....

Terima kasih untuk bapa kepada anak-anak saya.... Tiada kata seindah bahasa, hanya Allah swt jua yang dapat membalasnya. Sebenarnya tidak cukup semangat saya untuk berdiri sendiri. Tetapi saya bersyukur punya dahan yang sangat kuat untuk saya berpaut. Terima kasih dari ibu, Luqman dan Salahudin. Sayang sangat-sangat.....

Untuk abah saya, saya sangat bersyukur dikurniakan abah sebagai bapa saya. Terima kasih untuk segala pengorbanan abah selama ini yang hanya Dia yang tahu.... Semoga Allah sentiasa merahmati abah. Kebahagiaan abah adalah kebahagiaan kami juga. Sayang abah!

Friday, June 11, 2010

Pantai Chendering Part 2

Cuaca panas betul masa tu. Tapi demi anak-anak (ye-ye aje), kami pun pergilah juga ke tepi pantai. Dapat mandi sekejap pun jadilah. Puaslah budak-budak ni main air. Ada yang luka, ada yang tenggelam, ada yang asyik lap muka tak boleh kena air masin, ada yang hilang bola...... macam-macam.....

Udin bila dekat pantai....

seronok bukan budak aje, dengan mak-mak budak sekali....

Luqman luka terjatuh kat batu. Tu yang duk diam aje dalam air tu. 
Tengah ambik mood.

Udin sebelum insiden tenggelam dalam air....


takut sekejap

start balik......

Abah.... kak cha tepi sikit boleh tak?

kak Cha dengan mak. 

orang dewasa picnic kat tepi kereta sajalah.... tengok tu abah dah penat

Udin.... sayang sangat dengan kak bella ke....

Pantai Batu Buruk Part 2

Masing-masing dah menangis nak mandi pantai. Tunngu kaum ibu ke pasar payang tak balik-balik. Dah petang nak pergi jauh pun tak boleh. Sudahnya kami seranglah Pantai Batu Buruk sebab itulah yang paling dekat. 

Udin..... sabar udin sabar.......

Luqman macam biasa, tak tinggal layang-layang kalau ke mana-mana

Menunggu ombak datang.....

Anak dara ni.... 

Udin dan jua. Ni time baik..... tunggu time gaduh laaa....hehehe

Akhirnya...... 

Sebenarnya di Pantai Batu Buruk pengunjung dilarang sama sekali mandi. Saya pun tak pastilah apa namanya perbuatan-perbuatan kanak-kanak tadi. Main air kot...... Tapi  kalau dah sampai buka-buka baju tu bukan mandi ke namanya. lain kali jangan buat lagi ye (padahal emak bapaknya ada kat sebelah)

Thursday, June 3, 2010

Kung Pao Chicken



Walaupun banyak bahan yang tak ada, saya belasah saja..... apa yang ada dalam peti ais itulah yang saya kerjakan. Walaupun tidak berapa sedap (memang tak sedap pun sebenarnya), tetapi encik suami tetap makan sambil tersenyum simpul.Ye la kan, nanti kalau tersilap cakap merajuk tiga hari tak masak pulak ada orang tu.....Inilah percubaan pertama memasak kung pao chicken. Kalau tengok rupa, memanglah tak sama dengan yang kita order di kedai. Bab rasanya pulak, lagilah tak de maknanya........kehkehkeh

Hari ini.....

Khamis.

Saya umpamanya sedang menunggu hakim menjatuhkan hukuman. Berdiri dengan tenang di kandang pesalah...... tenang???

Friday, May 28, 2010

email dari encik suami.....

Saya percaya tentu ramai isteri-isteri di luar sana yang menerima email yang serupa seperti ini.....


Dear Wife,

1. From 11 June to 11 July 2010, you should read the sports section of the newspaper so that you are aware of what is going on regarding the World Cup, and that way you will be able to join in the conversations. If you fail to do this, then you will be looked at in a bad way, or you will be totally ignored. DO NOT complain about not receiving any attention.

2. During the World Cup, the television is mine, at all times, without any exceptions. If you even take a glimpse of the remote control, you will lose it (your eye).

3. If you have to pass by in front of the TV during a game, I don’t mind, as long as you do it crawling on the floor and without distracting me. If you decide to stand nude in front of the TV, make sure you put clothes on right after because if you catch a cold, I won’t have time to take you to the doctor or look after you during the World Cup month.

4. During the games I will be blind, deaf and mute, unless I require a refill of my drink or something to eat. You are out of your mind if you expect me to listen to you, open the door, and answer the telephone.

5. It would be a good idea for you to keep at least 2 six packs in the fridge at all times, as well as plenty of things to nibble on, and please do not make any funny faces to my friends when they come over to watch the games.. In return, you will be allowed to use the TV when there are no games.

6. Please, please, please!! If you see me upset because one of my teams is losing, DO NOT say "get over it, it’s only a game", or "don’t worry, they’ll win next time". If you say these things, you will only make me angrier and I will love you less. Remember, you will never ever know more about football than me and your so called "words of encouragement" will only lead to a divorce.

7. You are welcome to sit with me to watch one game and you can talk to me during halftime but only when the commercials are on, and only if the halftime score is pleasing me. In addition, please note I am saying "one"game; hence do not use the World Cup as a nice cheesy excuse to "spend time together".

8. The replays of the goals are very important. I don’t care if I have seen them or I haven’t seen them, I want to see them again. Many times!

9. Tell your friends NOT to have any babies, or any other child related parties or gatherings that requires my attendance because:a) I will not go,b) I will not go, andc) I will not go.

10. But, if a friend of mine invites us to his house on a Sunday to watch a game, we will be there in a flash.

11. The daily World Cup highlights show on TV every night is just as important as the games themselves. Do not even think about saying "but you have already seen this…why don’t you change the channel to something we can all watch?" because, the reply will be, "Refer to Rule #2 of this list".

12. And finally, please save your expressions such as "Thank God the World Cup is only every 4 years". I am immune to these words, because after this comes the Champions League, Italian League, Spanish League, Premier League, FA Cup, etc.

Sekarang ni kedua-dua hero kecil saya pun dah jadi geng abah dia. Sikit-sikit bola. sikit-sikit bola. Pergi playground main bola. Keluar ke mana pun beli bola. Dalam rumah pun main bola. Buka tv pun mesti nak tengok bola. Cerita pun tentang bola....  ohh..... tidak!!!!!!!!!



Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari Ibu

Hari ibu datang lagi.....  selamat hari ibu buat emak saya, emak mertua saya kawan-kawan saya dan semua kaum ibu di luar sana. Semoga kita dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih ikhlas. Menjadi ibu dan isteri yang lebih baik.  Buat kawan-kawan yang telah ketiadaan ibu, sama-samalah kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.


Untuk emak saya, terima kasih atas segala pengorbanan emak dalam mendidik dan mengasuh kami adik beradik. Saya selalu berdoa semoga saya dapat menjadi seorang wanita sekuat emak. Dalam banyak perkara emak banyak menasihati saya. Terima kasih juga kerana sentiasa berada di sisi saya ketika susah mahupun senang saya, ketika sihat dan sakit saya......

Semoga kehidupan emak sentiasa dilimpahi keberkatanNya. Saya sayangkan emak.......

Tuesday, April 27, 2010

remove meremove di facebook......

Dua minggu lepas, seorang kawan menelefon saya sambil menangis tersedu sedan. Sedih bukan kepalang kawan saya ni bila namanya diremove dari friend list kawannya itu tanpa sebab musabab. Dan semalam kawan saya ni menelefon saya lagi. Kali ini lain ceritanya. Kawan yang telah meremove namanya itu menelefon kawan saya untuk meminta sedikit bantuan. Kecemasan katanya.

Ok. Cerita biasa kan.....

Sejak kebelakangan ini ramai warga facebook yang merungut bila menyedari nama mereka digugurkan dari  friend list kawan-kawan mereka. Bagi sesetengah orang mungkin tidak kisah, 'lantaklah....", aku peduli apa....', 'ada aku kesah...'. Tetapi bagi mereka yang sangat menghargai persahabatan, tentulah terasa hati bila ini berlaku. Ye lah.... kita ni kan manusia biasa. Kadang-kadang dalam tidak sedar melakukan kesilapan. Bila kawan sudah berkecil hati,  tengah geram,  macam-macam boleh berlaku. masa tu. Apa yang ada di depan matalah yang menjadi mangsa. Kalau sudah mengadap facebook 24 jam, harus perkara pertama yang dilakukan adalah meremove nama kawan tadi. Puas hati!

Sekadar peringatan untuk diri sendiri, marah macamana sekalipun, seharusnya ada sedikit pertimbangan. Kawan memang ramai. Tetapi kawan yang baik sukar untuk dicari. Hari ini kita buang kawan kita. esok lusa ditakdirkan Tuhan, kawan kita itulah tempat kita meminta pertolongan. Manalah nak disorokkan muka ketika tu nanti. Kalau kita tak remove pun bukan kawan tu boleh keluar dari komputer tu.... biarkan sajalah.

Thursday, April 22, 2010

Bazaar@SEGi College, Kota Damansara

Ini kali kedua Armalia Gifts terlibat dengan bazaar di SEGi College Kota Damansara. Bazaar kali ini sempena  graduation day yang diadakan di kolej tersebut.  Armalia Gifts akan berada di booth yang sama dengan Mon Petit Cafe. Sesiapa yang meminati lasagna, kek batik dan puding cream caramel, bolehlah singgah ke booth kami. Bagi yang meminati barangan kraf hasil buatan sendiri, sudi-sudikanlah datang. Namun tidak semua barangan dapat kami bawa ke bazaar itu nanti.  Bagi keperluan perkahwinan, ianya boleh ditempah dan dihantar mengikut tarikh yang ditentukan oleh pelanggan. 
Jangan lupa kita jumpa di SEGi kolej Kota Damansara pada 24 dan 25 April 2010 ini dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Bawalah kawan-kawan dan keluarga datang bersama-sama...... kita jumpa nati!
























































........dan banyak lagi.


Monday, April 19, 2010

kari kepala ikan





Ini namanya kari kepala ikan. Walaupun tak ada rasa, ada rupa sikit-sikit pun jadi lah kan...... ok la mencuba. Maklumlah saya kan ratu tak pernah turun ke dapur. Kari kepala ikan ni nak jumpa di rumah saya setahun sekali pun susah.  Mana tidaknya Luqman hari-hari nak makan ikan masak kicap....daging masak kicap....ayam masak kicap. Sekali sekala masak menu tergempar begini, wah!!! bangga sekali. Maaflah ye.....