Tuesday, August 25, 2009

Yang lama dilupa jangan

Sekiranya ada yang tidak pernah kenal, inilah pembakar kuih bahulu orang dulu-dulu. Ketika zaman oven belum cukup popular. Ketika itu, kemampuan untuk membeli oven agak terhad untuk golongan yang kaya sahaja. Maka inilah yang digunakan oleh orang-orang kampung saya untuk membuat kuih raya yang satu ini.

Kuih bahulu ini juga kalau di kampung saya ada yang memanggilnya bahulu pekak (kesian bahulu ni kan...ada ke dikatanya pekak). Ada juga yang menamakannya bahulu cermai. Mungkin kerana rupa bentuknya yang ala-ala buah cermai.

Proses membuat bahulu ketika itu juga agak complicated. Maklumlah semuanya manual belaka. Dari proses memukul adunan hingga membakar, bukanlah suatu yang mudah. Kosnya juga agak tinggi. Mungkin kerana itu emak saya dahulu hanya membuat kuih bahulu ini setahun sekali, ketika menjelang hari raya. Kami budak-budak paling gembira. Sebab menunggu baki aiskrim soda yang tak habis. Kesian kan.......

Kita sekarang lebih beruntung. Terasa ingin, boleh membeli di Tesco ataupun Giant. Boleh memilih....yang sejuk atau yang panas. Tidak perlulah berpeluh dari subuh hingga ke petang.

Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadhan



Buat semua muslimin dan muslimat.....

Selamat menyambut bulan Ramadhan untuk semua. Semoga dapat menjalani ibadah puasa dengan ikhlas dan sempurna, ye lah.... Ramadhan datang kan setahun sekali. Alangkah baiknya kalau kita dapat mengutip setiap fadhilat solat sunat terawih setiap malam.... memanjangkan ibadat di bulan yang mulia....
Teringat saya pada abah kat kampung. Biasanya kalau bulan Ramadhan abah akan khatam al Quran sampai 3 kali. Saya..... nak habiskan sekali pun semput. Mendayu-dayu abah baca al Quran... sayu hati mendengarnya.
Dan iktibar yang paling besar buat saya adalah Nanang. Walaupun diuji Allah dengan sakit, Nanang tetap berusaha untuk habiskan sebulan berpuasa. Muka dan tangan hampir biru pun, Nanang tetap nak selamatkan puasa..... betapa besarnya erti Ramadhan kan....
Sama-samalah kita berdoa moga Allah menerima segala amal ibadat kita nanti. Moga-moga kita akan menjadi insan yang lebih bersyukur dengan segala rezeki yang telah Allah limpahkan kepada kita selama ini.... amin.


Monday, August 17, 2009

Wajah

Anak-anak ibu nanti besar jadi orang baik-baik ye.....

Sunday, August 16, 2009

apa yang kita perlu ada....

Kita konsi-kongsi sikit ye.....

Pastikan kita ada tiga benda ni.... Syrup Nurofen (bukan nak promosi ye...) tu untuk demam. Seseuai untuk anak-anak yang takut makan ubat. Luqman takut ubat...tapi kalau syrup ni, merayu-rayu dia mintak. Sesuai untuk anak-anak atas 3 tahun je....

Thermoscan thermometer. Penting sangat bila anak-anak demam... kita boleh monitor sepanjang masa. Walaupun di rumah. Yang saya punya ni dah buruk laa (ihsan dari k Cha...tq). Sekarang banyak lagi yang lagi baru dan canggih...

Untuk anak selsema. Boleh di spray terus ke dalam hidung baby dan tak merbahaya. Maklumlah, Udin kalau nak bagi ubat ibunya kena lari satu kampung baru dapat tangkap.....Kalau dah pakai spray ni tak payah bagi ubat dah...

Thursday, August 13, 2009

Bimbang semakin bimbang - oh H1N1



Memandangkan keadaan wabak Influenza A (H1N1) semakin membimbangkan, marilah kita bersama-sama mendidik diri kita daripada menjadi mangsa yang seterusnya... Sekurang-kurangnya kita berusaha yang terbaik untuk diri kita. Hospital swasta pun sekarang dah jalankan ujian pengesahan wabak H1N1 ni....

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan berita terkini, lawatilah Laman Web Rasmi Influenza A(H1N1), banyak informasi terkini yang kita boleh dapati di sin.

Kak Ani pesan, minum air kosong banyak-banyak, minum juga jus buahan-buahan, lagi bagus kalau boleh ambil apple (atau buah apa saja) sebanyak yang mungkin. Ambil supplement lebih terutama vitamin C.

Semoga kita lebih berhati-hati dan tidak berhenti berusaha......


Wednesday, August 12, 2009

Datuk Dr Mohd Anuar Rethwan - Sasterawan Negara ke 10

Tahniah saya untuk Datuk Dr Mohd Anuar Rethwan, kerana telah diumumkan sebagai Sasterawan negara ke 10 oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Saya teringat novel beliau yang amat menyentuh perasaan sesiapa sahaja yang membacanya, Hari-hari Terakhir Seorang Seniman. Malah saya membacanya berulang-ulang kali, tanpa rasa jemu....

Beliau telah dianugerahkan SEA write award pada tahun 2002. Datuk Dr Anuar kini bertugas di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) menyandang jawatan sebagai dekan Fakulti Penulisan.

(Foto Utusan Online)



Monday, August 10, 2009

Sotong bakar dan kuah asam


Bagi sesiapa yang mengalami sindrom kemalasan tahap tinggi..... cuba-cubalah resipi yang sangat mudah ini. Sotong bakar cicah kuah asam. Makan dengan nasi pun sedap.... kalau tak nak makan dengan nasi pun sedap jugak..... Tapi pastikan sotong yang digunakan segar dan sihat. barulah kaw-kaw....

Sotong dipotong 2 atau 3
Asam jawa diambil patinya
bawang merah dicincang
bawang putih dicincang
cili api dicincang

Cuci sotong bersih-bersih. kalau dapat buangkan kulit yang kaler purple tu pun ok
pastu bakar atas non stick pan. Nak letak garam pun sedap, tak letak pun tak apa.
Agak-agak dah masak, angkat. Jangan masak sangat, nanti tak sedap.

Untuk kuah asam, campurkan kesemua bahan-bahan tadi jadi satu. Kacau.

Selamat menjamu selera

Sunday, August 9, 2009

Ustaz Zulkarnain Hamzah

Sedutan VCD Keagungan Zikrullah dari Ustaz Dzulkarnain Hamzah


Istighfar, Tasbih, Allahu Allah, Hasbiallah, Zikir Kasyifah


Kalimah At-Tauhid, Istighfar, Kalimah Toyyibah, Ya Allah, Ya Latif


Ya Allah, Tubna Ya Allah

Saturday, August 8, 2009

Balik kampung, demam dan bunga telur....


Balik kampung dengan semangat yang berkobar-kobar. Sampai je kampung....demam la pulak. Orang lain sibuk masak, saya sibuk tidur. Abang Mie jaga anak. Nak buat macam mana. Dalam demam tu sempat jugak balik Segamat. Kesian kat emak dengan abah. Minggu sudah janji nak balik. Mesti menunggu cucu-cucunya sampai...

Hari Isnin balik semula ke Shah Alam. Sampai je Shah Alam, mamai demam tak hilang lagi, tapi memandangkan dah berjanji nak siapkan bunga telur yang orang order.... meraba-rabalah saya di dalam demam yang berpinar-pinar... kepala yang terpusing-pusing. Saya pun menggentel, memintal memuntal, mencelup dan akhirnya..... siap juga bunga telur itu...

Sepatutnya saya siapkan dulu bunga telur tu sebelum balik ke kampung. Tapi biasalah, lagu lama.... tunggu last minute baru buat. Terimalah akibatnya. Pengajaran yang amat penting lagi berguna.

Siap je bunga telur, Udin pulak demam.... Ohhhhh!!!!! kalau tidak berperanglah saya dengan si Udin....



Doa buat baby Amar Firdaus

Dah hampir tiga minggu baby Amar lahir. Tapi sampai hari ni baby Amar masih belum boleh balik ke rumah lagi. Semoga Acik Ima n Pak Anep terus bersabar dan jangan putus berdoa untuk kebaikan baby Amar. Kami turut mendoakan yang terbaik.

Kami tengok gambar baby Amar yang Pak Anep ambil.... comelnya..... tapi kesian bila acik Ima cerita baby Amar kena cucuk sana-sini.... masuk tiub untuk makan..... Tak sampai hati nak dengar. Baby Amar lahir tak cukup bulan. Lahir aje baby Amar terus kena duduk dalam incubator dua minggu. Lepas tu doktor kata baby kena infection pulak.


Sepatutnya baby Amar dah boleh keluar hospital minggu lepas, tapi sebab demam datang balik, tak jadilah baby Amar balik ke rumah...Untuk baby Amar, kami semua doakan agar cepat-cepat sembuh dan kami semua tak sabar nak gomol-gomol baby..... love you so much......

Astro naik harga lagi!!

http://www.astro.com.my/

Friday, August 7, 2009

Kolam air panas

Rupa-rupanya ada kolam air panas dekat Labis, Segamat ni.... Air panasnya memang semulajadi. Rugi kalau tak cuba. Baik untuk kesihatan. Yang peliknya, ada yang berenang, berendam macam mandi dalam kolam biasa.... ada yang siap tadahkan badan dekat paip air panas yang airnya memang tersangatlah panas...tolonglah...

Dari sinilah asalnya air kolam yang panas tu. Tapi kita tak bolehlah nak mandi berendam dalam kolam ni. Airnya agak kotor tempatnya juga kurang selamat, terutama untuk kanak-kanak.

Air dari kolam disalurkan ke dalam kolam khas untuk ditapis kasi bersih. Kemudian air yang sudah bersih di masukkan ke dalam kolam mandi.

Inilah air kolam yang kita boleh buat telur separuh masak..... panas wooooo..... Mula-mula rasa dengan tangan, ok la. suam macam nak buat susu Udin je. Relax la. Sekali masukkan kaki....tu dia.... makkkkkkk

Ada bebarapa bahagian supaya mudah orang nak mandi ramai-ramai...

Masa ni orang tak ramai lagi. Agaknya sebab waktu tu hari bekerja. Tapi bila petang je....menderu-deru orang ramai datang nak berendam.....
Panas.... tapi sedap...

Friday, July 31, 2009

"Aduh....susahnya hidup. Shit!"

Saya sedang menunggu giliran untuk mengambil ubat di hospital. Sedang melayan perasaan..... berangan-angan.... saya terdengar suara dari belakang tempat duduk saya, "aduh.... susahnya hidup. Shit". Spontan saya memandang ke belakang. Seorang wanita
cantik berusia empat puluhan bergaya ala-ala tokoh korporat tersenyum memandang saya.

Saya pun tersenyum sambil menyapa "hai". Wanita tersebut pun membalas, "hai". Kami bersalaman. Tidak sempat berbual lebih panjang kerana giliran saya telah tiba. Sebelum pergi, saya sempat memandang ke arah wanita tersebut. Dia mengangkat tangan, saya pun babai.....

Sesuatu yang sangat simple. Walaupun simple, sepanjang perjalanan pulang saya tak habis-habis teringat 'kalimah keramat' yang dilontarkan oleh wanita tadi. Ye lah.... dalam hidup ini mana ada insan yang tidak pernah diuji Allah. Kecil atau besar, semuanya terselindung rahmat yang kita tak tahu. Mengeluh.... jangan sekali-kali. Kan sabar itu sebahagian daripada iman. Saya selalu mengingatkan diri saya, bila kita ditimpa musibah, kenangkan insan lain yang lebih dasyat dan daif dari kita. Barulah kita akan bersyukur dengan kehidupan kita.

Saya punya seorang kawan, yang selalu saya jadikan tauladan. Saya rasa sejak setahun yang lalu penyakit silih berganti datang kepada kawan saya ni. Semasa pertama kali bercerita kepada saya yang dia sakit, dia ketawa. Bila saya datang menziarahi dia di hospital, dia ketawa. Bila bercerita kepada saya penyakitnya kembali teruk, dia ketawa. Dan sampai sekarang, bila bercerita kepada saya yang sakitnya masih belum baik, pun dia ketawa...... optimis betul kawan saya ni.... sampaikan saya hairan, "tak ada perasaan ke dia ni..."

Saya cuba menjadi seperti kawan saya. Sentiasa gembira walaupun dalam kesakitan. Ceria dan ketawa walaupun jiwa kacau.... tetapi biasanya tak menjadi. Sakitnya sikit, sedihnya amboi mak...Kekadang, orang lain yang dibelenggu masalah, saya yang berdukacita sepanjang hari....memikir mengalahkan yang empunya diri... alahai, emosional sungguh....