Monday, September 26, 2011
Bekas cupcake
Murah dan mudah..... tapi masih cantik (iye ke cantikkkkk....) Kalau-kalau ada terlebih doily paper yang bulat tu, bolehlah cuba-cuba. Template untuk paper cup ni saya dapat atas pertolongan pakcik google. Print, potong lepas tu tekap sajalah atas doily paper tu, potong kemudian lekatkan. Jadilah rupa ini.... Nanti kalau ada cupcake untuk hantaran, kita sarungkan aje paper cup ni. Kalau nak lagi cantik, pakai doily yang warna warni tu tentu comel kan...... boleh ikut tema hantaran!
Sunday, September 11, 2011
Handmade cards....
Lama saya tak menjenguk barang-barang dalam bilik yang bersepah tu...... Belek punya belek baru terperasan, oh! saya ada bunga ni...oh! saya ada reben tu.... oh! saya ada kertas ni.... oh! rupanya gam saya sudah habis....oh! rupanya sudah lama saya tidak duduk menggunting itu dan ini sambil melayan perasaan berangan seorang diri di atas kerusi yang sudah bergoyang menunggu saat nak roboh ni.....
Saya buat beberapa kad ucapan. Bila dah siap baru perasan... alamak, font tulisan ni sama aje semua kan.... Emmmm tak apalah benda dah siap takkan nak tanggalkan semula.
Ilhamnya daripada layout-layout cantik hasil kerjatangan Ame. Kira-kiranya hasil kerja meniru lah ni..... uhuhu malunya..... :))) Terima kasih Ame untuk ilham dan macam-macam benda yang Ame bagi tempohari. Rambang mata makcik nak...... Terima kasih daun keladi.
Wednesday, September 7, 2011
Aidilfitri
Tahun ni hari raya agak berbeza sedikit dari tahun-tahun sebelumnya. Saya berhari raya bersama keluarga mertua di Bukit Mahkota. Keadaan emak yang ketika itu baharu seminggu menjalani kemoterapi yang pertama tidak mengizinkan emak untuk pulang ke kampung menyambut hari raya seperti kebiasaannya. Biasanya kami akan pulang secara bergilir antara Segamat dan Pagoh. Namun, hari raya tetap meriah. Yang penting berhari lebaran bersama keluarga di sisi.
Sehari sebelum raya kami semua berkumpul di rumah Abang Long suami. Kami panggil Abang Ya. Menganyam ketupat beramai-ramai sambil menyiapkan juadah hari raya tidak kurang meriahnya. Semua gembira. Emak asyik senyum tak sudah. Agaknya emak pun hairan bila anak-anak lelaki emak yang sebelum ni cinta sangat turun ke dapur semuanya ringan tangan menolong itu dan ini.
Inilah tuan rumah..... Abang Ya. Jangan tak percaya, mengacau rendang lagi..... Jauh dari kampung halaman tidak membataskan kegembiraan dan semangat kami untuk berhari raya.
Malam, aktiviti rasmi di malam raya... bunga api dan mercun. Udin menangis-nangis bila bunyi mercun berdentum dentam sana sini. "nak balik rumah udinnnn" tak habis-habis udin menangis. Ohhhh sungguh la tak sesuai kan!
Pagi hari raya..... taraaaaa..... inilah ibu dan bapa mertua saya. Emak seorang wanita yang saya kira cukup tabah dalam hidupnya. Semoga Allah SWT menganugerahi emak kesihatan yang baik. Amin
Nadine. Ini hari raya pertama si kecil Nadine. Gembira betul nampaknya anak dara saya yang seorang ni.... Cepat besar ye nanti raya boleh tolong ibu masak rendang dan ketupat kat dapur......
Bersama emak dan bapa mertua. Terima kasih mak dan abah kerana menerima saya dengan baik dalam keluarga ini. Saya sayang emak dan abah sama seperti sayang saya kepada ibu dan bapa kandung saya. Seingat saya, inilah kali pertama cik abang saya tu mengenakan baju melayu cekak musang. Sebelum ni setiap tahun baju melayu Johor teluk belanga. Sekali sekala ubah selera.....
Tengahari, seronok kami mengrill daging dan ayam. Pan grill saja. Mudah.... tak payahlah berhempas pulas menyiapkan bara api kan.
Malam kami pulang ke pagoh. Sempat berhari raya bersama keluarga saya. Walaupun sekejap, tetapi alhamdulillah saya dapat jumpa sebahagian besar ahli keluarga saya.
Kunjungan keluarga Abang Man. Terima kasih sudi berkunjung. Walaupun tak dapat jumpa dengan mak dan abah, tetap meriah. Jangan serik yaaa.....
Petang hari raya, keluarga mak usu sampai.
Bergambar lagi. Inilah sesi yang paling menyeronokkan sebenarnya. Bukan senang kan nak jumpa beramai-ramai macam ni.
Pulang ke Shah Alam, kegembiraan saya berganda apabila mendapat kunjungan dari sanak saudara jauh dan dekat untuk menziarahi emak. Terima kasih yang tidak terhingga dari kami sekeluarga kerana sudi datang. Aidilfitri masih panjang. Jemputlah datang ke rumah. Pintu rumah saya sentiasa terbuka untuk menerima kehadiran para tetamu....silakan :)))
Wednesday, August 24, 2011
Chemotherapy pertama emak
22hb Ogos baru-baru ni emak telah mejalani sessi chemotherapy yang pertama emak di Hospital Putrajaya. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik. Kalau berdasarkan maklumat yang kami dapat ketika temujanji yang lalu, emak akan melalui enam sesi chemotherapy sebelum pembedahan dijalankan. Berapa lama waktu yang diambil untuk melengkapkan enam sessi tersebut semuanya bergantung kepada keadaan kesihatan emak.
Semalam saya sempat menjenguk emak di rumah Abang Long. Emak nampak ceria, cuma emak ada mengadu cepat merasa letih. Mandi pun penat..... Dalam berbual-bual, emak sempat bertanya pada saya "kenapa tak susut lagi bengkak emak, semalam dah chemo...." kesian emak. Besarnya harapan emak hanya Allah S.W.T yang tahu. Saya pujuk emak dengan menjanjikan segunung harapan yang berbunga-bunga.
Kami hanya mampu memberikan emak semangat dan sokongan. Tanda kasih sayang kami yang tidak berbelah bagi terhadap emak. Doa kami tidak pernah putus untuk emak. Selagi daya, kami usahakan apa sahaja untuk emak. Kalau boleh dalam keadaan begini kami mahukan emak tahu yang kami semua sayangkan emak. Kami semua akan sentiasa berada di sisi emak.
Cepat sembuh ya mak......
Thursday, July 28, 2011
Doa buat mak
Terkejut. Sedih. Simpati. Takut. Semua perasaaan bercampur baur jadi satu. Tak tahu saya macamana untuk memulakan cerita.
Minggu lalu saya dikejutkan dengan berita yang agak 'besar'. Ibu mertua (yang juga ibu saudara saya) tidak sihat. Kami bawa emak ke Poliklinik Az zaharah Kajang, Doktor bertugas merujuk kes emak ke Hospital Putrajaya. Di hospital Putrajaya, doktor kata emak mengidap breast cancer kemungkinan besar pada stage ke empat. Buat masa ini kami sedang menunggu panggilan dari hospital samada emak akan menjalani rawatan chemotherapy dan setelah selesai 6 sessi akan menjalani pembedahan ataupun doktor akan melakukan pembedahan serta merta. Semua bergantung kepada laporan ujian biopsy mak, kanser itu kanser payudara yang 'biasa' ataupun kanser payudara 'yang lain'.
Biarlah apa juga keputusan yang akan diambil nanti, semoga mak akan bertambah sihat. Itu doa saya untuk mak. Dan semoga Allah mengurangkan beban kesakitan yang emak tanggung. Amin.
Minggu lalu saya dikejutkan dengan berita yang agak 'besar'. Ibu mertua (yang juga ibu saudara saya) tidak sihat. Kami bawa emak ke Poliklinik Az zaharah Kajang, Doktor bertugas merujuk kes emak ke Hospital Putrajaya. Di hospital Putrajaya, doktor kata emak mengidap breast cancer kemungkinan besar pada stage ke empat. Buat masa ini kami sedang menunggu panggilan dari hospital samada emak akan menjalani rawatan chemotherapy dan setelah selesai 6 sessi akan menjalani pembedahan ataupun doktor akan melakukan pembedahan serta merta. Semua bergantung kepada laporan ujian biopsy mak, kanser itu kanser payudara yang 'biasa' ataupun kanser payudara 'yang lain'.
Biarlah apa juga keputusan yang akan diambil nanti, semoga mak akan bertambah sihat. Itu doa saya untuk mak. Dan semoga Allah mengurangkan beban kesakitan yang emak tanggung. Amin.
Monday, May 23, 2011
al-fatihah
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mangsa-mangsa tanah runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Hulu Langat. Kepada mangsa yang terselamat, semoga tabah dengan ujian yang Allah berikan.
Doa saya moga kalian semua diberkatiNya sentiasa. Amin.
Doa saya moga kalian semua diberkatiNya sentiasa. Amin.
Sunday, May 15, 2011
ingat masa budak.....
Bila cuaca panas macam ni, teringat saya masa zaman budak-budak duduk kat kampung. Zaman tu di kampung manalah ada aircond. Kipas angin pun satu, dan yang satu itulah kami kongsi ramai-ramai.
Bila dah serba tak cukup, masing-masing cari idea nak sejukkan badan. Rumah dapur mak sekerat batu sekerat papan. Siling jangan tanya confirm tak ada...... Jadi adalah yang baring bawah meja makan. Alihkan kerusi letak bantal baru boleh bernafas. Memandangkan kalau baring bawah meja sorang saja yang dapat rasa sejuk, kami ramai-ramai pakat buat hujan tiruan.Tarik getah paip abah sambungkan kat kepala paip lepas tu halakan atas bumbung rumah. Wahhhhh.... memang sejuk rasanya. Tapi bila fikir-fikir balik berapa agaknya bil air mak abah kena bayar nanti, kami pun lupakan tentang hujan tiruan.
Lebih ekonomi dan lebih menghargai alam semulajadi, kami ramai-ramai terjun dalam sungai kecil depan rumah. Waktu tu air masih dalam dan jernih. Kawasannya pun bersih. Tak macam sekarang cetek dan keruh..... Sungai kecil tu kami panggil parit. Dekat dalam parit inilah kami berendam. Abah buat pangkin kayu siap dengan tangga sekali. Kalau takut kena panas, kami menyorok bawah jambatan kayu yang abah buat sendiri dengan tulang empat kerat abah.... sambil berendam kami tangkap ikan seluang dan ikan cocot gunakan tapis sayur mak yang kami sembunyi-sembunyi ambil ikut pintu belakang. Lepas tu ikan kami masuk dalam balang.
Seronok....
Tapi sekarang ni, bila dah zaman anak-anak saya, bila sebut masuk dalam parit semua lari jauh-jauh. Main baling-baling batu dalam air ajelah..... tak patut....tak patut....
Tuesday, May 10, 2011
Ma... Udin nak sekolah!
Malam tadi Udin tidur pakai baju sekolah abang. Bangun-bangun je pagi sibuk nak naik bas la pulak...... alamak. Udin kalau nak sekolah rambut tu kena potong dulu ye. Sekarang ni pun mana Udin pergi ramai sangat yang bertanya "perempuan ke lelaki?". opppsssss...... bahaya tu :))
Lagi satu....
botol susu tu kasi buang dalam laut dulu.....haha
Friday, May 6, 2011
selamat hari ibu
buat emak.....
Terima kasih emak..... atas segala pengorbanan emak. Mengandung dan melahirkan saya. Mak memelihara dan mendidik saya . Saat suka dan duka saya, mak sentiasa ada di sisi. Tak ternilai pengorbanan emak selama ini. Terima kasih emak. Semoga emak sentiasa dirahmatiNya. Amin.
Saya sayang emak!
Wednesday, May 4, 2011
semakin saya belajar untuk memahami,
semakin banyak yang saya tidak fahami.....
Tentang sebuah pengorbanan. bila ada yang terpaksa dikorbankan dan ada yang terkorban.
Biar apa juga pun yang berlaku saya percaya Insyaallah, disebalik semua itu ada hikmah yang tidak terbanding nilainya. Amin ya rabbal alamin..
Wallahualam
Friday, March 25, 2011
iCity
Sebenarnya rancangan asal kami nak bawa tengok hot balloon di Putrajaya. Dah sampai sana, alahai hujan lah pulak. Jadinya, untuk tidak menghampakan anak-anak kami pun pergilah ke iCity.
Kesian kannnnn..... iCity kat situ aje, tapi tak pernah pergi. Selalu lalu lalang, nampak meriah sungguh. Luqman pun asyik sebut iCity aje. Berombongan Cik Kiahlah kami hari itu.
Jadilah kan..... best tau!!!!! sob....sob....
Monday, March 21, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)
















