|
||
|
22hb Ogos baru-baru ni emak telah mejalani sessi chemotherapy yang pertama emak di Hospital Putrajaya. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik. Kalau berdasarkan maklumat yang kami dapat ketika temujanji yang lalu, emak akan melalui enam sesi chemotherapy sebelum pembedahan dijalankan. Berapa lama waktu yang diambil untuk melengkapkan enam sessi tersebut semuanya bergantung kepada keadaan kesihatan emak.
Semalam saya sempat menjenguk emak di rumah Abang Long. Emak nampak ceria, cuma emak ada mengadu cepat merasa letih. Mandi pun penat..... Dalam berbual-bual, emak sempat bertanya pada saya "kenapa tak susut lagi bengkak emak, semalam dah chemo...." kesian emak. Besarnya harapan emak hanya Allah S.W.T yang tahu. Saya pujuk emak dengan menjanjikan segunung harapan yang berbunga-bunga.
Kami hanya mampu memberikan emak semangat dan sokongan. Tanda kasih sayang kami yang tidak berbelah bagi terhadap emak. Doa kami tidak pernah putus untuk emak. Selagi daya, kami usahakan apa sahaja untuk emak. Kalau boleh dalam keadaan begini kami mahukan emak tahu yang kami semua sayangkan emak. Kami semua akan sentiasa berada di sisi emak.
Cepat sembuh ya mak......
related posts:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment