Wednesday, September 07, 2011
Aidilfitri

Tahun ni hari raya agak berbeza sedikit dari tahun-tahun sebelumnya. Saya berhari raya bersama keluarga mertua di Bukit Mahkota. Keadaan emak yang ketika itu baharu seminggu menjalani kemoterapi yang pertama tidak mengizinkan emak untuk pulang ke kampung menyambut hari raya seperti kebiasaannya. Biasanya kami akan pulang secara bergilir antara Segamat dan Pagoh. Namun, hari raya tetap meriah. Yang penting berhari lebaran bersama keluarga di sisi.


Sehari sebelum raya kami semua berkumpul di rumah Abang Long suami. Kami panggil Abang Ya. Menganyam ketupat beramai-ramai sambil menyiapkan juadah hari raya tidak kurang meriahnya. Semua gembira. Emak asyik senyum tak sudah. Agaknya emak pun hairan bila anak-anak lelaki emak yang sebelum ni cinta sangat turun ke dapur semuanya ringan tangan menolong itu dan ini.


Inilah tuan rumah..... Abang Ya. Jangan tak percaya, mengacau rendang lagi..... Jauh dari kampung halaman tidak membataskan kegembiraan dan semangat kami untuk berhari raya. 


Malam, aktiviti rasmi di malam raya... bunga api dan mercun. Udin menangis-nangis bila bunyi mercun berdentum dentam sana sini. "nak balik rumah udinnnn" tak habis-habis udin menangis. Ohhhh sungguh la tak sesuai kan!


Pagi hari raya..... taraaaaa..... inilah ibu dan bapa mertua saya. Emak seorang wanita yang saya kira cukup tabah dalam hidupnya. Semoga Allah SWT menganugerahi emak kesihatan yang baik. Amin 


Nadine. Ini hari raya pertama si kecil Nadine. Gembira betul nampaknya anak dara saya yang seorang ni.... Cepat besar ye nanti raya boleh tolong ibu masak rendang dan ketupat kat dapur......



Bersama emak dan bapa mertua. Terima kasih mak dan abah kerana menerima saya dengan baik dalam keluarga ini. Saya sayang emak dan abah sama seperti sayang saya kepada ibu dan bapa kandung saya. Seingat saya, inilah kali pertama cik abang saya tu mengenakan baju melayu cekak musang. Sebelum ni setiap tahun baju melayu Johor teluk belanga. Sekali sekala ubah selera.....


Tengahari, seronok kami mengrill daging dan ayam. Pan grill saja. Mudah.... tak payahlah berhempas pulas menyiapkan bara api kan. 


Malam kami pulang ke pagoh. Sempat berhari raya bersama keluarga saya. Walaupun sekejap, tetapi alhamdulillah saya dapat jumpa sebahagian besar ahli keluarga saya. 


Kunjungan keluarga Abang Man. Terima kasih sudi berkunjung. Walaupun tak dapat jumpa dengan mak dan abah, tetap meriah. Jangan serik yaaa.....



Petang hari raya, keluarga mak usu sampai. 
Bergambar lagi. Inilah sesi yang paling menyeronokkan sebenarnya. Bukan senang kan nak jumpa beramai-ramai macam ni. 

Pulang ke Shah Alam, kegembiraan saya berganda apabila mendapat kunjungan dari sanak saudara jauh dan dekat untuk menziarahi emak. Terima kasih yang tidak terhingga dari kami sekeluarga kerana sudi datang. Aidilfitri masih panjang. Jemputlah datang ke rumah. Pintu rumah saya sentiasa terbuka untuk menerima kehadiran para tetamu....silakan :)))






related posts:

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin