Thursday, February 4, 2010

cupcakes????

bila cik abang belikan buku resipi....


Saya pernah buat cupcakes, tapi tak jadi. Kesian kan..... Saya ingat lagi, Luqman senyum-senyum kelat sewaktu saya pelawa dia rasa. Itu cerita dah lama dulu. Sejak tragedi tu saya tidak pernah lagi membuat cupcake atau apa-apa juga yang sewaktu dengannya. Saya hairan jugalah sebenarnya, dulu pernah juga saya cuba-cuba buat kek. Walaupun tidak enak tetapi ianya tetap mengembang setaman. Entah kenapa sekarang ni setiap kali membuat kek sudahlah rasanya tidak enak, mengempis sahaja pulak tu...... 


Dan kelmarin, tiba-tiba cik abang tu membelikan sebuah buku....Cupcakes.  Di dalamnya terkandung resipi dan panduan membuat cupcakes. Thank you yang..... tapi sebelum cuba ada satu benda nak kena belikan, cake mixer. Yang lama tu dah rosak. Sebabnya, saya gunakan untuk membuat adunan roti. Teruk betul kan... Roti tak jadi, mixer pun rosak! 

Nak cuba pun macam ngeri aje. Macam dah tahu endingnya......

Wednesday, February 3, 2010

bermesra dengan felt


Saya selalu sangat gagal bila bab membuat bunga. Tapi saya suka mencuba. Kebetulan musim kain felt sekarang kembali hangat. Jadi saya pun mengambillah kesempatan untuk menghasilkan beberapa bentuk bunga. Dan ini dia ..... 


Bunga-bunga kaku. Terus terang, saya ni tak pandai menjahit kerana ia akan menjadi sangat tidak kemas...... 
buat masa ni biarlah bunga saya kosong ....... nanti saya mandrem la jari jemari ni supaya pandai menjahit.


Bunga-bunga felt saya


Saya amat menghargai hasil kerja saya sendiri ataupun dalam ertikata lain, syok sendiri.....

Monday, February 1, 2010

sunday@papier

Terima kasih Ame.....seronoknya saya dapat mengerjakan embellishments Ame. Ampun maaf nanti lain kali bawak sendiri. Hihihi. 

       
hasil kerja pertama saya


satu lagi..... 

        

name tag
.
.
.
.
.
.
.
     dan hadiahnya....

     


Thank you teacher Jessie.....
:-))


Saturday, January 23, 2010

gotong royong @ SRAI

Pagi tadi ada aktiviti gotong royong anjuran PIBG SRAI seksyen 19. Kami pun pergilah... dengan semangat yang berkobar-kobar mengalahkan askar hendak pergi berperang. Ramai jugalah bilangan  ibu bapa yang hadir. Kami pun  mencuci apa yang patut.....grill, tingkap, lantai, kipas angin dan beraneka lagi. Kemudian kaum Hawa membalut meja pelajar, manakala kaum Adam mengecat dinding kelas. Hanya mini library saja yang tidak sempat dikerjakan. Tak apalah, lain kali kami datang lagi.


Fuh....jangan tak percaya. Hero la katakan. Habis baju dan seluar
kena cat.  Lepas ni bolehlah cat rumah pula k ye cik abang.....


 Inilah encik yang sponsor cat berserta dengan tukang cat sekali.


Jangan terpedaya. Luqman bukan nak mengangkat..... tapi main nyorok-nyorok.


Coke....menghilangkan dahaga sebenar!


Selesai bergotong royong do SRAI, kami bergotong royong
makan di Nachos pula. Lapar....

Memang menyeronokkan sesekali menyertai aktiviti gotong royong begini. Para pelajar walaupun baru darjah satu tetapi masing-masing pandai membantu, walaupun sebenarnya seronok bermain air. Nanti lain kali sekiranya memerlukan tenaga kami lagi, maklumkanlah. Insyaallah jika diizinkanNya, kami akan datang.

tanda ingatan....


handmade cards




























pandang-pandang....jeling-jeling lah ye.........

Thursday, January 21, 2010

Hari yang indah.....





Seronok duduk semeja sambil bersantai..... kami berkraf sampai ke petang. Ada saja tips menarik dan berguna daripada Ame. Nampaknya minggu depan kena bawak ayam golek seekor untuk tok guru kita yang sorang ni. Itulah Amelia yang saya kenal. Tidak pernah kedekut berkongsi ilmu dengan sesiapa pun. Thank you ame.






nantikan kemunculan portfolio Armalia..... jeng...jeng...jeng...
.
.
.
.
.





Strawberry bersalut coklat

Inilah percubaan pertama saya membuat strawberry bersalut coklat. Mungkin mudah bagi yang sudah biasa. Tapi bagi saya yang memiliki jejari sekeras kayu ini....aduh la.... ilham saya peroleh melalui email yang pernah dikirim oleh kak Shima.

Kebetulan ada hantaran yang perlu disiapkan. Lalu saya pun mencuba dengan semangat yang membara dan harapan yang menggunung. Oleh kerana belum pernah bermain-main dengan coklat cair, saya pun bergurulah dengan Ame. Terima kasih Ame! Dan saya pun memulakan projek raksasa saya.... dengan hati yang berdebar-debar dan tangan yang terketar-ketarrrrrr......





Walaupun rupa bentuknya ala-ala tak cukup bulan, tapi saya cukup gembira. Ye la....selalu tu cuma buat lempeng aje....hehe. Juga sebesar-besar penghargaan buat kak Maya nun yang jauh di Pantai Timur sana, terima kasih daun keladi, kalau nak rasa datang lah sini....



hantaran

buat majlis pertunangan




Musim cuti sekolah hampir tiba. Emmmmm......masing-masing mengambil kesempatan berkenduri-kendara. Maklumlah, kepada yang mempunyai anak yang bersekolah ini sajalah masa yang paling sesuai untuk berkumpul bersama keluarga dan sahabat handai. Dengan hati yang tenang tanpa asyik berfikir nak kena balik cepat sebab esok anak nak ke sekolah. Nak gosok baju anak lagi..... kasut tak cuci lagi....homework tak siapkan lagi.....



Ini hantaran untuk majlis pertunangan. Adik Zetty. Majlis akan berlangsung di Perak pada minggu hadapan. Sebenarnya idea hantaran ni adalah idea bersama antara saya dan Zetty.



tuala


telekung


baju kurung


buah-buahan dan manisan

sebagai hantaran


Manisan
Coklat dan strawberry bersalut coklat.
Yang manis-manis saja untuk pengantin baru...




Buah-buahan
Di dalam bekas kaca bertingkat.
Saya buat je...idea sebenarnya dari Puan Amelia....


Saturday, January 9, 2010

Hutan Lipur Taka Melor

indahnya kejadian alam ciptaan Tuhan



Ramai yang tidak tahu kewujudan hutan lipur ini. Perjalanan lebih kurang tiga puluh minit dari pekan Labis melalui perkampungan orang asli dan hutan belantara yang sangat menyeramkan (seram sangat lah tu....). Akhirnya kami selamat sampai. Sekadar menikmati udara segar di kawasan air terjun.



Gelap.... lorong masuk ke kawasan hutan lipur



beberapa orang pengunjung sedang seronok bermandi-manda. Kami pun sekodeng lah.



Luqman macam ikhlas tak ikhlas saja  pergi ke tempat macam ni.
Ish...ish.... budak-budak zaman sekarang dengan daun kering pun takut!
     



Saya ingin datang ke sini lagi. Nak merasai kesejukan air terjun sepuas-puasnya. Tunggulah nanti.....

Thursday, January 7, 2010

selagi sempat




Di tepian sungai
Makan-makan di Umbai, Melaka. Inginkan yang simple, kami pun orderlah ala kadar sahaja. Saya dan Azmi  yang makan. Luqman dan Udin seronok dengan gerai menjual barangan permainan di sekitar tempat makan.




Luqman....jangan minum coke banyak-banyak ye.
Ohhh, makan nasi tak mau. Kalau coke cepat aje. Mama babap nanti.



Udang masak cili. Sungguh enak walau dimakan begitu saja.....
 Kami makan dengan nasi lemak yang siap dibungkus comel-comel.



Sotong goreng tepung. Sampai tak habis makan. Tapau bawa balik.
Pun tak habis juga. Tu la lain kali jangan order banyak-banyak.




Sotong bakar kegemaran cik abang tu. Lagi sotong yang besar... dua ekor saja tapi mak oiiii, sepinggan. Kalau nak tahu yang ni semua abang mie yang selamatkan. 

Semput jugalah saya nak menghabiskan lauk-pauk yang diorder. Perut kecil tapi selera besar. Itu lah dianya.....

Tuesday, January 5, 2010

Tanggungjawab yang belum selesai.....





Susahnya nak lepaskan Luqman ke sekolah. Kenapa susah sangat ye? Saya seorang atau ramai lagi ibu-ibu di luar sana yang berperasaan seperti saya?. Mungkin kerana Luqman masih manja-manja, jadi sayalah yang lebih tidak keruan hendak meninggalkan Luqman di dalam kelas. Emmmm....macamlah Luqman sekolah jauh sangat..... 5 minit je dah sampai. Kalutnya si Maznah ni.....hahaha

Kelas bermula pukul 7.30 pagi. Rehat pertama pukul 9.00 pagi selama setengah jam. Rehat kedua pukul 12.30 tengahari. Juga setengah jam. Rehat pertama pelajar pergi sendiri ke kantin. Rehat kedua para pelajar akan diiringi oleh guru mereka. Makanan disediakan dengan bayaran 50.00 sebulan.

Hari pertama ke sekolah, beberapa jugalah komplennya. itu begitulah....ini beginilah.... Nasihat saya pada Luqman, buruk atau baik, apa juga yang berlaku di sekeliling kita, belajarlah menyesuaikan diri. Dalam sesetengah perkara, kita boleh mengubahnya. Tapi bagi sesetengah perkara, kita yang perlu berubah. Luqman dah besar..... nanti Luqman akan jumpa masalah yang lebih besar daripada 'tandas yang berbau tidak wangi'.....

Sunday, January 3, 2010

Jom Origami




Inilah antara kesukaan saya. Saya suka melipat apa saja kecuali melipat baju....ohhhh tidak!!! Sebenarnya set origami ni encik suami yang belikan masa keluar berjalan-jalan ke kedai buku. Di dalamnya disediakan kertas dan buku kecil sebagai panduan. Menarik bagi yang suka mencuba.




Percubaan membuat bentuk heart macam dalam kotak tu. Ikut sajalah lipatan yang telah disediakan. mustahil kalau tak jadi. Cuma kemas atau tidak.... itu saja. Yang saya buat ni tak kemas...hihihi mengaku sajalah. Tapi memang best. Bagi yang ada anak perempuan tentu seronok boleh mencuba besama-sama. Sekurang-kurangnya terisi juga masa yang terluang di rumah dengan perkara yang berfaedah.