|
||
|
Susahnya nak lepaskan Luqman ke sekolah. Kenapa susah sangat ye? Saya seorang atau ramai lagi ibu-ibu di luar sana yang berperasaan seperti saya?. Mungkin kerana Luqman masih manja-manja, jadi sayalah yang lebih tidak keruan hendak meninggalkan Luqman di dalam kelas. Emmmm....macamlah Luqman sekolah jauh sangat..... 5 minit je dah sampai. Kalutnya si Maznah ni.....hahaha
Kelas bermula pukul 7.30 pagi. Rehat pertama pukul 9.00 pagi selama setengah jam. Rehat kedua pukul 12.30 tengahari. Juga setengah jam. Rehat pertama pelajar pergi sendiri ke kantin. Rehat kedua para pelajar akan diiringi oleh guru mereka. Makanan disediakan dengan bayaran 50.00 sebulan.
Hari pertama ke sekolah, beberapa jugalah komplennya. itu begitulah....ini beginilah.... Nasihat saya pada Luqman, buruk atau baik, apa juga yang berlaku di sekeliling kita, belajarlah menyesuaikan diri. Dalam sesetengah perkara, kita boleh mengubahnya. Tapi bagi sesetengah perkara, kita yang perlu berubah. Luqman dah besar..... nanti Luqman akan jumpa masalah yang lebih besar daripada 'tandas yang berbau tidak wangi'.....
related posts:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Acik nah..saya setuju dgn kena menyesuaikan diri tuh. Takpe luqman manja esok lusa ok lah tuh. Alif pulak lain pesen...ntah lerrr saya syukur gak dia jenis tak kisah..semua boleh blasah tapi rasanya alif pun mcm luqman part tandas tuh sebab soalan pertama dia kat saya masa masuk sekolah..'mama toilet dia wangi tak? Bersih tak? Tak kotor?' hehehe. Mintak maap lah yea dia mmg mcm tuhhh...kekeke.
me, Luqman tu makan dah le susah betul. Kalau disuruh makan mesti nangis.... adoiii... tak apalah klu maknya strong anak pun jadi strong kan! klu fikir2kan, sampai bila nak duk bwk ketiak emak....(dah le masem)
Post a Comment