|
||
|
Salam Aidilfitri
Sembah salam penuh takzim dari saya dan keluarga
ilriz blogspot
Ada seminggu lagi sebelum satu syawal. Tidak terlalu awal rasanya kalau saya ingin memohon maaf kepada semua kaum keluarga juga teman-teman saya dan teman-teman blogger saya seandainya ada entry-entry yang membuatkan hati tersinggung... sekiranya ada, sesungguhnya saya tidak sengaja. maklumlah, saya ni tergolong dalam kalangan insan-insan yang selalu terlepas tutur kata.
Setiap gurauan saya mohon maaf andainya terlebih.... bila berbual maaf juga andainya terlepas kata. Saya cukup takut seandainya tutur kata saya menyingggung perasaan insan lain...tapi biasanya terlepas juga. Halalkan juga makan dan minum.....terima kasih yang tidak terhingga.
Semoga Allah merahmati Syawal kita kali ini. Moga mendapat keberkatan atas apa juga yang kita laksanakan. Sama-samalah kita bermaaf-maafan di bulan yang mulia ini. Bukankah memafkan itu sesuatu yang sangat indah.........
kalau ada jarum yang patah
jangan simpan di dalam peti
kalau ada silap dan salah
jangan simpan di dalam hati
Selamat hari raya aidil fitri
maaf zahir dan batin
dari pada :
Noorazmi Abdul Aziz
Maznah Moktar
Luqman Hakim
Salahudin Yusuf
related posts:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Saya pun nak mintak maap..sob..sob..sorry yek acik nah..kita selalu gurau2 dgn awak, manalah tau dlm bergurau tak sedar terkasar, terumpat dan segala macam TER..lah. Selamat Hari Raya kepada awak sekeluarga. Kirim salam dgn semua di kg yek..:)
Sama-sama me. maklumlah saya ni byak ckp. org kata byk berkata2 byk juga dosanya...
halalkan juga mkn n minum.... slalu dtg makan2 je tp tak tlg kemas pun. hehe...
Post a Comment