Wednesday, September 16, 2009



Budaya berhari raya di Johor
Marhaban





Di negeri Johor (saya kira di negeri lain juga ada ), aktiviti marhaban dari rumah ke rumah pada malam ataupun pagi aidilfitri adalah satu kemestian. kumpulan marhaban ini akan bergerak dari sebuah rumah ke sebuah rumah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW beramai-ramai. Ada kumpulan yang disertai oleh kaum lelaki, kaum wanita dan juga kanak-kanak sekolah.

Selain daripada dapat mengeratkan tali silaturahim di antara penduduk kampung, ia juga memberi peluang untuk bersedekah. Derma yang disumbangkan oleh tuan rumah kepada kumpulan marhaban ini akan digunakan untuk kerja-kerja kebajikan dan pengurusan jawatankuasa kampung ataupun masjid.

Tuan rumah biasanya akan menyediakan sedikit jamuan ringan kepada ahli kumpulan marhaban ini. Ketika inilah kemeriahan dapat dirasai kerana inilah ketikanya anak-anak kampung yang merantau pulang kekampung dan peluang ini digunakan untuk bertemu kembali dengan sanak saudara dan rakan taulan.

Walaupun di sesetengah tempat aktiviti ini semakin berkubur, namun di kampung saya ianya terus disuburkan. Malah kanak-kanak telah diasuh dari sekolah rendah lagi untuk menyertai program marhaban anjuran pihak sekolah. Pendedahan ini dikira sangat penting sebagai kesinambungan budaya melayu yang semakin hari semakin hilang ini.

related posts:

2 comments:

razifembi said...

Emmm seronoknya ... besar jugak keluarga ye.

Mesti riuh rendah hari raya aritu

Ayah and ma Alhamdulillah nampak sihat ...

maznah said...

razif.... memang riuh rendah.masing2 tak makan saman dah.... termasuk emak bapaknya. hehe

emak n abah sebenarnya tak berapa sihat tu. tapi nak bergambar punya pasal, senyum sokmo....

Blog Widget by LinkWithin