Wednesday, August 24, 2011

Chemotherapy pertama emak

22hb Ogos baru-baru ni emak telah mejalani sessi chemotherapy yang pertama emak di Hospital Putrajaya. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik. Kalau berdasarkan maklumat yang kami dapat ketika temujanji yang lalu, emak akan melalui enam sesi chemotherapy sebelum pembedahan dijalankan. Berapa lama waktu yang diambil untuk melengkapkan enam sessi tersebut semuanya bergantung kepada keadaan kesihatan emak. 

Semalam saya sempat menjenguk emak di rumah Abang Long. Emak nampak ceria, cuma emak ada mengadu cepat merasa letih. Mandi pun penat..... Dalam berbual-bual, emak sempat bertanya pada saya "kenapa tak susut lagi bengkak emak, semalam dah chemo...." kesian emak. Besarnya harapan emak hanya Allah S.W.T yang tahu. Saya pujuk emak dengan menjanjikan segunung harapan yang berbunga-bunga. 

Kami hanya mampu memberikan emak semangat dan sokongan. Tanda kasih sayang kami yang tidak berbelah bagi terhadap emak. Doa kami tidak pernah putus untuk emak. Selagi daya, kami usahakan apa sahaja untuk emak. Kalau boleh dalam keadaan begini kami mahukan emak tahu yang kami semua sayangkan emak. Kami semua akan sentiasa berada di sisi emak. 

Cepat sembuh ya mak......

Thursday, July 28, 2011

Doa buat mak

Terkejut. Sedih. Simpati. Takut. Semua perasaaan bercampur baur jadi satu. Tak tahu saya macamana untuk memulakan cerita.
Minggu lalu saya dikejutkan dengan berita yang agak 'besar'. Ibu mertua (yang juga ibu saudara saya) tidak sihat. Kami bawa emak ke Poliklinik Az zaharah Kajang, Doktor bertugas merujuk kes emak ke Hospital Putrajaya. Di hospital Putrajaya, doktor kata emak mengidap breast cancer kemungkinan besar pada stage ke empat. Buat masa ini kami sedang menunggu panggilan dari hospital samada emak akan menjalani rawatan chemotherapy dan setelah selesai 6 sessi akan menjalani pembedahan ataupun doktor akan melakukan pembedahan serta merta. Semua bergantung kepada laporan ujian biopsy mak, kanser itu kanser payudara yang 'biasa' ataupun kanser payudara 'yang lain'.
Biarlah apa juga keputusan yang akan diambil nanti, semoga mak akan bertambah sihat. Itu doa saya untuk mak. Dan semoga Allah mengurangkan beban kesakitan yang emak tanggung. Amin.

Monday, May 23, 2011

al-fatihah

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mangsa-mangsa tanah runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Hulu Langat. Kepada mangsa yang terselamat, semoga tabah dengan ujian yang Allah berikan.
Doa saya moga kalian semua diberkatiNya sentiasa. Amin.


Sunday, May 15, 2011

ingat masa budak.....

Bila cuaca panas macam ni, teringat saya masa zaman budak-budak duduk kat kampung. Zaman tu di kampung manalah ada aircond. Kipas angin pun satu, dan yang satu itulah kami kongsi ramai-ramai. 
Bila dah serba tak cukup, masing-masing cari idea nak sejukkan badan. Rumah dapur mak sekerat batu sekerat papan. Siling jangan tanya confirm tak ada...... Jadi adalah yang baring bawah meja makan. Alihkan kerusi letak bantal baru boleh bernafas. Memandangkan kalau baring bawah meja sorang saja yang dapat rasa sejuk, kami ramai-ramai pakat buat hujan tiruan.Tarik getah paip abah sambungkan kat kepala paip lepas tu halakan atas bumbung rumah. Wahhhhh.... memang sejuk rasanya. Tapi bila fikir-fikir balik berapa agaknya bil air mak abah kena bayar nanti, kami pun lupakan tentang hujan tiruan. 
Lebih ekonomi dan lebih menghargai alam semulajadi, kami ramai-ramai terjun dalam sungai kecil depan rumah. Waktu tu air masih dalam dan jernih. Kawasannya pun bersih. Tak macam sekarang cetek dan keruh..... Sungai kecil tu kami panggil parit. Dekat dalam parit inilah kami berendam. Abah buat pangkin kayu siap dengan tangga sekali. Kalau takut kena panas, kami menyorok bawah jambatan kayu yang abah buat sendiri dengan tulang empat kerat abah.... sambil berendam kami tangkap ikan seluang dan ikan cocot gunakan tapis sayur mak yang kami sembunyi-sembunyi ambil ikut pintu belakang. Lepas tu ikan kami masuk dalam balang.
Seronok.... 
Tapi sekarang ni, bila dah zaman anak-anak saya, bila sebut masuk dalam parit semua lari jauh-jauh. Main baling-baling batu dalam air ajelah..... tak patut....tak patut....

Tuesday, May 10, 2011

Ma... Udin nak sekolah!


Malam tadi Udin tidur pakai baju sekolah abang. Bangun-bangun je pagi sibuk nak naik bas la pulak...... alamak. Udin kalau nak sekolah rambut tu kena potong dulu ye. Sekarang ni pun mana Udin pergi ramai sangat yang bertanya "perempuan ke lelaki?". opppsssss...... bahaya tu :))

Lagi satu....
botol susu tu kasi buang dalam laut dulu.....haha

Friday, May 6, 2011

selamat hari ibu

buat emak.....


Terima kasih emak..... atas segala pengorbanan emak. Mengandung dan melahirkan saya. Mak memelihara dan mendidik saya . Saat suka dan duka saya, mak sentiasa ada di sisi. Tak ternilai pengorbanan emak selama ini. Terima kasih emak. Semoga emak sentiasa dirahmatiNya. Amin. 

Saya sayang emak!

Wednesday, May 4, 2011

Nadine

semakin saya belajar untuk memahami,
semakin banyak yang saya tidak fahami.....

Tentang sebuah pengorbanan. bila ada yang terpaksa dikorbankan dan ada yang terkorban. 
Biar apa juga pun yang berlaku saya percaya Insyaallah, disebalik semua itu ada hikmah yang tidak terbanding nilainya. Amin ya rabbal alamin..

Wallahualam

Friday, March 25, 2011

iCity

Sebenarnya rancangan asal kami nak bawa tengok hot balloon di Putrajaya. Dah sampai sana, alahai hujan lah pulak. Jadinya, untuk tidak menghampakan anak-anak kami pun pergilah ke iCity.
Kesian kannnnn..... iCity kat situ aje, tapi tak pernah pergi. Selalu lalu lalang, nampak meriah sungguh. Luqman pun asyik sebut iCity aje.  Berombongan Cik Kiahlah kami hari itu.





Jadilah kan..... best tau!!!!! sob....sob....


Monday, March 21, 2011

Wednesday, March 16, 2011

Friday, March 11, 2011

saffron


Dah lama saya meninjau-ninjau di merata kedai dari kedai runcit hinggalah ke pasaraya mencari encik saffron ni..... akhirnya dekat batang idung aje.... hahhah!!! saya jumpa saffron ni di satu kedai Iran (agaknyalah orang Iran)  dekat dengan rumah saya.


Inilah paras rupa encik saffron yang saya idam-idamkan sangat tu......
selalunya dapat tengok gambar aje!


Ini pula saffron yang sudah direndam, menghasilkan warna kuning. 

Apa lagi, saya pun bersilatlah di dapur memasak nasi briyani. Dan dengan ini saya ingin memaklumkan bahawa saffron memang menjadikan masakan kita lebih sedap dan menyelerakan :))