Saturday, March 5, 2011

BBQ


Hahaha..... kalau bab makan kami memang nombor satu! 
Ini BBQ sempena kenduri Iwan dan Umi. Tahniah untuk pasangan pengantin. 

Iwan dan Umi. Selamat pengantin baru. 
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...amin

Daging lembu...... silakan

pembakaran terbuka

yang ni pembakaran tertutup.....

taukeh ayam. dua singgit....dua singgit.....

untuk budak-budak.....
 tapi telah diselamatkan dengan jayanya oleh ibubapa budak-budak :) 

Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Lepas ni bolehlah kita berBBQ lagi ye!

Friday, February 18, 2011

headband

Hari ni saja saya nak tayang  hasil kerastangan saya membuat headband. Hahahah.....angan-angan punyalah besar nak bagi si anak dara kecik saya tu pakai. Tapi sekali tengok....haaaa tu dia, si Nadine punyalah marah bila saya letak headband atas kepala dia. Agaknya ibu dia buat tak comel kot..... emmmm :)










Bunga-bunga yang kembang setaman tu semua saya gentel sendiri. Kalau ada yang tersenget terherot tu buat-buat tak nampaklah yeeee..... 


Sunday, February 13, 2011

Armalia

armalia

Kalau sudi, singgah-singgahlah ke armalia ye..... 
hibur-hiburkan hati melihat hasil kerjatangan Maznah dan Amelia :)









mini album





altered frame







hantaran perkahwinan




kotak cenderahati




door gift



gubahan bunga



cenderahati korporat


dan banyak lagi.....

Thursday, February 10, 2011

Kenduri cukur jambul Nadine



Hujung minggu baru-baru ni mak buat kenduri. Sebenarnya kenduri tu kenduri kesyukuran untuk Nanang sebab sebelum tu nanang tak sihat. Jadi saya pun tumpanglah sekaki buat kenduri cukur jambul Nadine.  Tq nanang sebab sponsor kambing...... Alhamdulillah masa kenduri tu banjiir dah surut. Walaupun air naik, tapi tidaklah sampai melimpah ke rumah mak. 






Terima kasih kepada semua yang menghuulurkan tangan bertungkus lumus membantu. Terima kasih juga kepada tetamu yang datang. 


Wednesday, February 9, 2011

Banjir Pagoh 2011

Banjir lagi.... selepas banjir besar 2006. Bezanya banjir kali ni Paya Redan tidak begitu teruk berbanding Kampung Raja dan Panchor. Buat mangsa-mangsa banjir, saya doakan semoga tabah menghadapi ujian ini. 




Terima kasih juga kepada sukarelawan dari UITM yang sanggup turun padang untuk membantu mangsa-mangsa banjir. 






Ini pula keadaan di Bandar Segamat selepas banjir....








Tuesday, December 28, 2010

Lama menghilang dan..... orang baru

Lama saya tak mengupdate blog. Jenguk pun sekali sekala. Dan hari ini saya kembali dan nak juga memperkenalkan 'orang baru'...... jeng jeng jeng.....


Nadine Nurhanna

Doa dari ibu, abah dan abang-abang, semoga Nadine menjadi anak yang baik ..... amin.  Sayang Nadine.....

Monday, October 4, 2010

Hari Keluarga Allahyarham Hj. Nursiddique


Semalam, Ahad 3hb Oktober saya menghadiri perjumpaan keluarga generasi Allahyarham Hj. Nursiddique. Majlis diadakan di rumah Mak Usu di Bandar Baru Bangi, Alhamdulillah, walaupun tidak semua tetapi ramai yang dapat berkumpul bersama-sama mengeratkan lagi tali silaturrahim. Ada yang walaupun sepupu tetapi lebih sepuluh tahun tak jumpa, semalam dapatlah bersua muka dan beramah mesra. Terima kasih kepada Mak Usu dan Pak Usu  sekeluarga selaku penganjur majlis yang sangat meriah itu. Tahun depan bolehlah kita berkumpul lagi......kan.

Dan door gift  untuk para tetamu, cupcakes......



Wednesday, September 22, 2010

Masih beraya.....

Masih mood raya. Belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari raya kepada semua. Maaf zahir dan batin atas segala kesilapan samada  yang disengajakan ataupun tidak. 


Paling menyeronokkan bila kami  dapat berkumpul di Layang-Layang, Johor dan membuat sedikit majlis tahlil dan bacaan Yaasin untuk arwah datuk dan nenek di sebelah ibu. Dan lebih mengujakan apabila  pada 3hb Oktober ini akan diadakan juga majlis reunion keluarga datuk dan nenek di sebelah bapa pula. Majlis akan berlangsung di kediaman Mak Usu di Bandar Baru Bangi. Insyaallah.

Dalam bergembira, saya ingin menyampaikan salam takziah saya kepada keluarga saudara saya yang terkorban di dalam kemalangan jalanraya pada hari raya keempat. Tragedi itu telah meragut nyawa bapa dan anak perempuannya yang berusia 15 tahun. Al Fatihah. semoga Allah SWT mencucuri rahmat keatas rohnya. Amin.

Juga turut menyentuh perasaan saya apabila bertemu anak perempuan sepupu saya yang berusia 3 tahun tetapi telah diuji dengan penyakit kanser seawal usia belum mencecah 2 tahun lagi. Sebagai seorang ibu yang juga memiliki anak kecil, ia cukup meninggalkan kesan kepada saya. Semoga Allah mempermudahkan perjalanan hidup anak yang tidak berdosa ini. Amin. Kepada si ibu, semoga terus tabah. Saya amat kagum dengan semangat dan kekuatan yang beliau miliki.

Setiap perkara yang berlaku, membuatkan saya lebih menghargai insan-insan di sekeliling saya. Membuatkan saya lebih menghargai diri saya sendiri. Kalau selama ini saya rasakan ujian yang Allah berikan kepada saya adalah besar, sesungguhnya ada  lagi insan-insan lain yang menerima ujian yang lebih besar daripada saya. Alhamdulillah, ya Allah aku bersyukur di atas segala nikmatMu........