Saya tak pernah ke sekolah tadika. Masa zaman saya, sekolah tadika hanya belajar abc dan menyanyi dan menari. Milah, Ati dan Ita selalu ejek-ejek saya. "Mak kita kata kalau tak sekolah tadika nanti jadi bodoh". Entah kenapa saya boleh buat tak faham aje.... dah memang dasar pemalas pergi sekolah.
Emaklah guru pertama saya. Sambil buat kerja rumah, mak nyanyikan lagu abc ulang-ulang kali. Saya melangkahkan kaki ke dalam darjah satu hanya dengan pengetahuan abc yang dihafal. Saya tak kenal pun mana satu a dan yang mana satu b. Tapi tak apa. Waktu tu semua pun tak pandai. Semua pun cuma tahu abc sahaja. Lagi-lagi saya yang tinggal di kampung. Apa sangatlah kemudahan lain yang ada selain bermain pondok-pondok dan main kawen-kawen....
Zaman terus berubah. Siapa yang lambat dia akan ketinggalan. Di luar sana ramai yang pandai. Sebab itulah mendidik anak kena bermula dari dalam kandungan kan..... Lagi awal kita didik, lagi banyak ilmu yang anak kita dapat.
Pernah saya berasa sangat ngeri melihatkan anak-anak yang baru berusia empat lima tahun terpaksa belajar itu dan ini supaya cepat pandai. Sehinggakan kadangkala kepandaian itu adalah sebagai kebanggaan ibu bapa pula. Tetapi apabila mengenangkan bahawa usia empat lima tahun itulah usia emas bagi anak-anak, saya akur. Pendidikan itu bermula bukan apabila rebung telah menjadi buluh......
Kak Cha kata pelajar yang masuk ke dalam darjah satu, kepandaian membaca, mengarang, mengira, melukis, mewarna, dan segala kepandaian mestilah tersusun rapi di dalam poket. Ngeri jugalah mendengarkanya. Maklumlah, tak berapa lama lagi Luqman nak masuk darjah satu. Nak melepaskan Luqman yang manja tu ke darjah satu saya rasa macam nak melepaskan anak pergi belajar ke oversea je.
Lepas tu si Udin le pulak........