Thursday, August 27, 2009
Terkenang semasa dulu......

Di kampung saya dahulu, kalau dalam bulan Ramadan orang-orang kampung akan mendapat giliran membawa kuih ke masjid sebagai sedekah. Kuih inilah yang dijadikan juadah bagi jemaah masjid berbuka puasa dan jamuan ringan selepas terawih. Beraneka jenis kuih ada ketika ini. Kuih koci, keria, lepat, apam, kuih lapis, bingka dan macam-macam lagi lah. Apa saja yang tak ada.....

Satu hari sampailah giliran keluarga kami dan beberapa yang lain membawa kuih ke masjid. Emak pun buatlah kuih. Siap buat kuih, emak pun susunlah cantik-cantik atas pinggan. lepas tu mak tutup guna kain putih kemudian ikat. Kak ani dipertanggungjawabkan untuk menghantar kuih ke masjid. naik basikal. gelap pulak tu. Dulu pukul 7.30 di kampung sudah gelap gelita. Lampu jalan usah ditanya.


Nak dijadikan cerita, masa naik basikal tu tiba-tiba kak ani terlost control. lalu jatuh terlungkup la kak ani berserta dengan kuih nan sepinggan tadi. Yang agak kurang enak didengar tu bila kuih tu jatuh terlungkup atas najis lembu Mak Wa Jenap, jiran depan rumah mak. Kak ani pun dengan terketar-ketar balik ke rumah mengadap raja permaisuri agung.... tapi mak tak marah pun. Dah bukan rezeki. Nak buat macamana.......





related posts:

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin