|
||
|
Sekiranya ada yang tidak pernah kenal, inilah pembakar kuih bahulu orang dulu-dulu. Ketika zaman oven belum cukup popular. Ketika itu, kemampuan untuk membeli oven agak terhad untuk golongan yang kaya sahaja. Maka inilah yang digunakan oleh orang-orang kampung saya untuk membuat kuih raya yang satu ini.
Kuih bahulu ini juga kalau di kampung saya ada yang memanggilnya bahulu pekak (kesian bahulu ni kan...ada ke dikatanya pekak). Ada juga yang menamakannya bahulu cermai. Mungkin kerana rupa bentuknya yang ala-ala buah cermai.
Proses membuat bahulu ketika itu juga agak complicated. Maklumlah semuanya manual belaka. Dari proses memukul adunan hingga membakar, bukanlah suatu yang mudah. Kosnya juga agak tinggi. Mungkin kerana itu emak saya dahulu hanya membuat kuih bahulu ini setahun sekali, ketika menjelang hari raya. Kami budak-budak paling gembira. Sebab menunggu baki aiskrim soda yang tak habis. Kesian kan.......
Kita sekarang lebih beruntung. Terasa ingin, boleh membeli di Tesco ataupun Giant. Boleh memilih....yang sejuk atau yang panas. Tidak perlulah berpeluh dari subuh hingga ke petang.
related posts:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Mak mertua ada bagi cetak / sarang kuih bahulu yang diperbuat dari tembaga tulin dan berusia ratusan tahun. Bentuknya lebih kurang sama cuma tinggi di bahagian atas - untuk ruang mengisi arang @ sabut kelapa.
Mak mertau macam tau je sejarah bahulu ni dalam hidup Chemong kan................
kena simpan tu.... sesekali buatlah sendiri kuih bahulu ni chemong....sedap dan tahan lama
bila dah keras, ciciah ngan kopi pon sedap
kak shima, cetaknya dah ada.. buat ler..bila nak nganto kat shah alam?
kak maz, kolo buat tu jgn lupa kita yg dekat ni..
akak buat senang je, kat tesco. lembut dan gebu gitu......haha.
Post a Comment