Monday, July 13, 2009
Kan lebih manis sekiranya sesekali kita letakkan diri kita ditempat orang lain.. bukan orang lain yang harus sentiasa mengikut rentak kita


Masih dengan demam isu pembatalan PPSMI nampaknya.... Keputusan rasmi telahpun dibuat. Tetapi ramai juga yang masih tidak berpuas hati. Kita ketepikan sekejap tentang kedaulatan Bahasa Melayu. Kerana itu memang hakikat.

Yang dipersoalkan oleh ibu bapa sekarang adalah walangnya nasib anak-anak mereka apabiila tidak dapat belajar sains dan matematik di dalam bahasa Inggeris. Seolah-olah tidak dapat belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris itu satu malapetaka yang maha dasyat. Dan ibu bapa ini rata-rata adalah terdiri daripada golongan elit Melayu, kalau saya tak silaplah. Bukan orang sembarangan.

Kadang-kadang kita kena ingat, bukan anak kita seorang sahaja yang bersekolah. Bukan kita seorang sahaja yang mahu anak kita jadi pandai. Bukan kita seorang sahaja yang mahu anak kita pandai bahasa Inggeris. Pandai sains. Pandai matematik. Semua orang pun mahu.

Cuma kadang-kadang mungkin ada yang terlupa, di luar sana berderet-deret anak-anak orang Melayu yang bersekolah di pedalaman...yang kurang kefahaman dalam bahasa Inggeris. Yang tiada persediaan untuk belajar dalam bahasa Inggeris. Kita perlu fikirkan. Sedangkan belajar dalam bahasa Melayu pun ada yang tercicir, inikan pula dalam bahasa yang mereka tidak fahami. Saya tidak menolak kepentingan bahasa Inggeris. Rasional itu penting.

Anak-anak kita mungkin bertuah. Tak pandai belajar boleh panggil guru tusyen datang rumah. Semua kesulitan tak menjadi masalah. Usah pentingkan diri sendiri. Fikirkan jugalah nasib insan lain disekeliling kita. Usahlah dek kerana mahukan anak kita kehadapan maka ramai yang lain tertinggal di belakang. Ia melibatkan kepentingan bersama, bukan kita seorang sahaja....



related posts:

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin