Dari kecil lagi kami adik beradik sudah terdidik dengan minat suka membaca. Masa saya sekolah rendah dulu, abah baca suratkhabar Utusan Melayu. Suratkhabar jawi. Nak tak nak kami pun bacalah suratkhabar jawi. Abah pun suka baca kitab. Kalau abah dah duduk baca kita, dah tak pandang kiri kanan dah.
Masa tu kami adik beradik suka membaca tapi tak ada duit nak beli bahan bacaan. Kak Noor bila balik kampung selalu bawakan kami macam-macam buku. Biasanya satu buku tu kami akan baca berulang-ulang kali sebab dah tak ada apa nak baca. Saya ingat lagi novel Liku-Liku ke Puncak karya Othman Puteh. Saya selalu baca ulang-ulang kali. Bila belajar kat UKM, saya ambil paper Dr Othman Puteh. Beliau memang best.
Lagi ada buku Gullivers Travel. Buku Aku budak Kampung karya Datuk Lat. Dan macam-macam lagilah..... itulah zaman sekolah rendah. Duduk kat kampung. Apa sangatlah yang ada masa tu. Membacalah aktiviti paling best sekali.
Bila dah pandai beli buku sendiri, abah kawal apa yang kami baca. Abah tak izinkan kami beli majalah hiburan. Zaman tu URTV meletup-letup. Pandang ajelah! Kawan-kawan semua beli. Masa tu saya minat kumpulan Headwind sebab penyanyinya tu cute betul. Hampir semua lagu Headwind saya hafal. Jiwang kan.... Beli bahan bacaan mesti yang bermanfaat. Sampai sekarang dah tua-tua ni pun kami pegang pesan abah yang satu ni.
Ada satu perangai kami yang tak berapa nak wangi adalah suka membaca masa dalam tandas. Sebelum masuk tandas tangan mesti nak mencapai apa yang sempat. Majalah tahun lepas ke, suratkhabar minggu lepas ke, semua ok je. Kalau dah tak sempat sangat nak mencapai, botol syampu dan botol sabun dalam bilik air pun boleh kami baca....
Sampai sekarang pun, tabiat itu tetap ada. Dalam bilik air di rumah saya ni saya siapkan majalah untuk dibaca. Kalau balik kampung, dalam bilik air rumah mak mesti ada buku ke, suratkhabar ke, atau majalah. Biasanya terselit-selit kat celah lubang dinding. Itu kerja Ayun la....
4 comments:
memang betul...sampai sekarang..boleh dikatakan semua...termasuk nanang. dia lg dasat...sama tgk tv...hahaha
hahhaa ye la tu... sampai teman yg x ambik sastera pun baca buku malim kundang, hikayat merong mahawangsa dan hikayat umar umaiyah.
paper jawi jer abah benarkan kat rumah tu... so nak x nak kene la baca. tapi alhamdulillah sekarang walaupun x laju baca al-quran, tapi selagi tulisan jawi masih boleh dibaca la.
*hahaha... x elok membaca dlm toilet org kata... tapi mcm x tau nak buat apa selain termenung.. at least membaca bleh menambahkan ilmu... kadang2 dlm toilet tu la dlm idea mcm2..
membaca tu bagus..x salah...tapi tempatnya kurang sesuai..masa baru kawin mcm pelik je perangai suamiku ini..dah ditegur masih gitu..yang geramnya majalah2 kita yg baru beli dan x sempat baca lagi dah dibawa msk ke dalam toilet..habis koyak n basah majalah tu..hangin betol..
akak kira bertuah la fardahila...kami berkongsi hobi yang sama. hahaha...
Post a Comment