Monday, March 02, 2009
Tanah abah

Mak kata semalam hari paling gembira bagi abah. Setelah dua puluh lima tahun, akhirnya tanah itu menjadi milik mutlak abah. Sejarah hidup abah panjang. Penuh suka dan duka. Bukan calang-calang orang boleh menjadi seperti abah. Dulu abah hidup susah. Lepas abah kemalangan, abah tak boleh kerja lagi. Lepas tu abah pajakkan tanah abah pada cina. Lama. Dua puluh lima tahun bukan sekejap. Apa agaknya perasaan abah selama ni. Abah tak pernah cakap. Tapi satu yang aku tahu, abah mesti bangga kerana pengorbanan itulah abah sekarang boleh tersenyum melihat anak-anak abah yang hensem-hensem dan cantik-cantik....yang masing-masing asik keje nak melawa aje.

related posts:

2 comments:

lilyto lilo said...

cucu-cucu pun cantik
lg2 saye
heeeee

me, myself & mbek said...

perasan... cucu x sedar diri... hahahhahahha

Blog Widget by LinkWithin