
Saya banyak bertanyakan kepada Nanang tentang apa yang ada di dalam hatinya. Tentang rasa yang tak pernah dapat dia luahkan. Dengan Nanang saya lebih berterus terang. Pernah saya bertanya, "Nang, ko pernah tak rasa sedih bila tengok orang lain?" Nanang angguk laju. Tangannya ditepuk-tepuk ke dada. Dia pandang saya dengan linangan air mata. Saya pun menangis sama. Saya tidak menyesal kerana membuatkan Nanang sedih. Bagi saya, itulah caranya saya dapat menolong Nanang melepaskan apa yang terbuku di dalam dada.
Untuk Nanang, akak sayangkan Nanang. Akak tahu Nanang banyak memendam rasa. Banyak perkara yang melukakan hati Nanang. Akak akan simpan setiap cerita itu baik-baik. Yang penting, kami satu keluarga amat menyayangi Nanang. Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup Nanang. Amin.
0 comments:
Post a Comment