Saturday, November 07, 2009


yang baik jadikan tauladan
yang buruk jadikan sempadan

Tersentuh hati saya bila membaca di akhbar baru-baru ini kisah seorang anak yang telah mengabaikan ibu bapa sehingga sanggup mengusir insan yang melahirkan dan membesarkannya. Agaknya ketika itu dia terlupa bahawa bukankah syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu......

Iktibar untuk diri saya sendiri sebenarnya. Untuk adik beradik saya. Supaya saya lebih menyedari peranan saya sebagai seorang anak. Iya lah, sementara mereka masih ada. Esok lusa bila sampai waktu mereka dijemput Ilahi, kita nak menyesal pun dah tak berguna kan. Ketika itu nanti keluar airmata darah sekalipun, masa tetap tidak boleh diputarkan kembali.

Ibubapa tak akan minta kita bayar balik kepayahan melahirkan dan membesarkan kita. Tapi kita sendiri dianugerahkan olehNya akal dan fikiran.......betul kan. Saya juga mempunyai anak. Semoga anak-anak saya kelak tidak lupa tanggungjawab mereka terhadap ibu bapanya.

Doa untuk ibu bapa;



Ertinya: Ya Allah! Ampunilah aku dan ibu bapaku, dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihaniku sejak kecil.



related posts:

4 comments:

me, myself & mbek said...

ni mesti kes yg masuk mahkamah tu kan...

mintak2 kita x jadi mcm tu... mintak dijauhkan..

maznah said...

betul tu betul.... hilang harga diri bla masuk court sbb halau n cederakan emak sendiri kan....

adriana az said...

dah dekat rumah kita la bagan lalang cik kak oi...:)best ke cik nah?nnt bolehla try bwk marissa n muaz.selalu balik kuantan je main laut.

maznah said...

Luqman ngan udin seronok aje. Cuma airnya tak brp bersih kite slalu buat BBQ kat situ. Nnt klu buat lagi blehla roger2 kan....

Blog Widget by LinkWithin