Sunday, November 08, 2009


mengajar anak-anak
bermesra dengan alam



Sebenarnya hati berbelah bagi, Bagan Lalang atau Pantai Remis. Itu sajalah pun pantai yang paling tidak jauh sekali........sekadar untuk membawa dua orang hero saya tu bermain-main dengan air di tepian pantai. Campur tolak kali darab bahagi akhirnya kami mengambil keputusan untuk ke Bagan Lalang.

Bagan Lalang terletak di daerah Sepang. Lebih kurang 50km dari Shah Alam. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam. Sepanjang perjalanan Luqman asyik merungut saja "tak sampai lagi ke abah....berapa minit lagi kita nak sampai abah.....jauhnya abah...." Aduhla budak ni....... Sampai tertidur dua-dua sekali.

Ketika sampai, air baru mula pasang. Luqman macam biasalah. Mula-mula takut-takut sikit. Lepas tu geli-geli sikit. Nak main di gigi air saja sebab takut dengan tsunami katanya. Walaupun sebenarnya tak adalah ombak pun. Bila dah boleh sesuaikan diri sikit...wah barulah nampak belang si abang ni. Asyik memujuk nak pergi lagi jauh...lagi jauh.....

Udin, macam biasalah. Ibu dan abah nak pegang tangan pun ditepisnya. Dalam air pun nak berlari. Tak larat nak berlari dalam air dia berjogginglah pulak. Lepas tu jadi ultraman pulak. Sampai jatuh tergolek tersembam dalam air. Tapi Udin mantain relax je jatuh pun. Sampaikan dijilat-jilat air masin tu. Sedap agaknya........ tak senonoh betul si Udin ni la.

Sebelum balik aktiviti bermain bubble. Penat berlari-lari mengejar bubble, kami pun balik ke rumah. Walaupun tak bermandi manda tapi penatnya bukan main lagi. Rasa memang puas hati sebab Luqman dan Udin seronok. Lepas ni saya kena selalu bawa anak-anak beriadah. Kotor sedikit tak mengapa sekurang-kurangnya mereka jadi lasak dan kuat.


Kalau ikutkan saya, besar nanti pergilah panjat gunung Everest tu...... pergilah belayar mengelilingi dunia..... buatlah apa-apa yang lasak sedikit.....lasak banyak pun tak mengapa.



related posts:

4 comments:

razifembi said...

Dua-dua pantai saya tidak pernah pergi. Cuma pekan Pantai Remis selalu lalu . . . singgah di Lumut, rumah kakak.

dua-dua hero . . . elok juga dedahkan kepada aktiviti luar.

Boleh juga isi masa lapang dari asyik tgk tv shj.

maznah said...

Ye lah...... perlu dibiasakan supaya mudah sesuaikan diri. hero2 tu walaupun dah biasa ngan kampung tp masih geli2 dgn tanah....masalah betul

mazrina said...

aku ada sekali balik masa nak raya haji..tp mak aku tidor lg kat dewan.. jln ke olak sepam..dpt la tgk paras air ngam2 kat bumbung rumah org..soknyer tlg cuci rumah..hhahahah
jgn tak tau dlm keadaan banjir tuh
ramai rumah org kena pecah masuk..
penangan banjir...

maznah said...

Tu la. seronok je kita tengok rumah orang kena banjir. tengok air macam rasa nak berenang aje kan....mangsa banjir suma rasa nak nangis habis harta benda n nak kemas lagi.....aduh. yang pencuri tu hanyutkan jer kat sungai yg air deras tu....hehe ganas betul

Blog Widget by LinkWithin