Friday, March 20, 2009
Kesian Abang Zam....


Malam tadi Abg Zam telefon suami saya bagitau yang dia ada di hospital. Sakit batu karang. Doktor kata batu karang tu ada kat kedua-dua buah pinggang Abg Zam. Masa saya sampai, nampak abg Zam pucat je. Kesian sangat sebab selalu tengok abg Zam ni orangnya periang dan happy. Tapi takpe, doktor kata boleh baik.


Abg Zam antara abang ipar saya yang memang baik. Semasa saya sakit kena duduk hospital dulu, dialah yang paling sibuk menjenguk saya di hospital. Pagi, tengahari, petang... sebab kebetulan rumah abg Zam pun memang dekat dengan hospital. Ingat lagi masa saya kawen, abg Zamlah yang paling ringan tulangnya. Rasanya kat mana-mana kenduri pun, kira nama naiklah...

Semoga abg Zam cepat sembuh. Insyaallah. 

p/s segala pujian tidak membawa sebarang maksud. Tapi kalau nak belanje jugak, tak pe.

related posts:

2 comments:

Anonymous said...

suami saya tu pun baik jugak orangnya....hak milik terpelihara. hee...heee

maznah said...

tak nak kalah.... ok la laki ko pon baik lah....

Blog Widget by LinkWithin